Wednesday, August 25, 2010

Mangsa Keadaan


Diam tak terkata kita apabila mendengar berita seorang anak comel 3 tahun disembelih bapa sendiri. MasyaAllah. Besarnya ujian Allah pada kita semua, lebih-lebih lagi keluarga mangsa.

Sebelum ini kita mendengar dan melihat berita anak kecil tersangkut di atas pokok kerana ledakan mercun. Tak dapat kita bayangkan perasaan keluarga yang terlibat.

Kita juga mendengar berita seorang bapa menyimbah asid ke atas isteri dan anak-anak termasuk mentua. Alangkah peliknya dunia ini.

Di Perak, seorang suami menetak isteri sehingga mati semasa bangun sahur, dia juga menetak tangan anak perempuannya.

Lama dulu seorang pemuda di Negeri Sembilan membunuh ahli keluarganya. Kemudian dia memenggal leher ayahnya dan membawanya ke Shah Alam!

Banyak lagi kes-kes yang tak logik dan menyayat hati. Yang tak terfikir oleh kita. Ada yang sakit mental, ada yang stress, ada yang gila, ada yang .......entah kita pun tak tahu apa masalah dia yang sebenarnya.

Banyak perkara yang membuatkan kita stress sekarang. Terlalu banyak. Buka TV dengar aje berita, jadi stress. Pemberitaan media kita TV1, TV2, TV3 sampai 10, semua cukup untuk membuatkan kita stress. Beritanya liar, berat sebelah, menyakitkan hati, mengampu, jilat punggung, bodoh, bangang dan ahmad maslan.

Baca paper pun boleh jadi stress. Berita macam membodohkan pembaca. Macam pembaca tak ada otak nak fikir sendiri. Semua berita stress. Kes bunuh, kes ragut, rebut takhta, anak saman mak, mentua marah menantu, khutbah tak sebut Agung, Melayu Islam tak yakin hudud, Indon lumur najis Jalur Gemilang, mufti main politik, sidang DUN asyik kecoh, royalti Kelantan dinafi, eksiden sana-sini, Brahim Ali, Ezam, Muhyiddin.....Semua stress.

Bila bawak kereta, keadaan traffik dan sikap biul kebanyakan pemandu membuatkan kita stress. Sikap mementingkan diri, nak cepat tak kira tempat, nak tunjuk macho, nak tunjuk terer tak padan dengan tine garik, atau sikap kurang sabar membuatkan kita stress.

Minyak naik, harga barang naik menyebabkan kita stress. Jawapan dan alasan menteri lagi membuatkan kita stress. Stress kita memikirkan macam mana orang yang selalu beralasan bangang boleh dilantik jadi menteri.

Baca isu semasa lagi kita stress. Stress sungguh melihat tanah kita di Singapore diserahkan begitu saja. Blok minyak diserahkan kepada Brunei. Lesen judi. Buang anak. Zina. Rogol. Fitnah. Macam-macam membuatkan kita stress.

RM77 juta dibayar kepada Apco juga cukup men’stress’kan kita kerana kita hari-hari mengutuk Israel kononnya. Stress melihat tangan yang sama menggenggam mengutuk zionis, tangan itu juga yang sain cek bayaran Apco.

Hari ni semasa baru sampai di rumah, ada orang datang rumah kempen untuk P1 w1max internet pakej.

“Abang ada pakai internet? Apa?” Dia bertanya.

“Celcom,” aku jawab.

“Berapa sebulan?”

“90”

“Tukar inilah RM99 je...tambah RM9 lagi dapat free modem ....bla..bla..bla...” iklannya.

“Takpa la....” Aku menolak. Dia nampak tak mahu mengalah.

“Kenapa tak nak tukar...?” Aik...Boleh pula dia tanya macam tu...Ikut aku la. Sebenarnya Celcom ni pun aku nak potong dah. Receptionnya slow macam Zahid Hamidi!

“Sekarang ni semua orang tak nak fikir fasal benda-benda ni. Semua orang stressss.......”

“Takpa bang ...Saya pergi dulu.” Belum aku habis bersuara budak Cina ni dah nak blah. Tadi nak tahu sangat kenapa...

Tuesday, August 24, 2010

Kenapa Asyik Tangkap Orang Tak Puasa

Sejak bulan puasa bermula, dah berapa ramai orang tak puasa ditangkap?

Berapa ramai pula orang main mercun telah ditangkap?

Mana bahaya orang tak puasa dengan orang main mercun?
.
Bahana mercun pernah mengorbankan nyawa 26 orang di Sungai Buluh pada Mei 1991. Hampir seratus orang tercedera.
.
Jangan kita ingat Bright Sparklers itu kilang ubat gigi Sparkle. Tidak!!! Ianya kilang mercun di Sungai Buluh.
.
Ia meletup, dan kesannya macam di bom Israel.
.
Selepas itu mercun di ban, apalagi kilang. Undang-undang Bahaya Kemalangan Besar untuk kilang juga dikuatkuasakan. Tetapi kenapa hari ini kita masih mendengar budak tercampak mati ke atas pokok kerana mercun?
.
Kenapa masih ada budak putus jari, rosak mata kerana mercun? Bodohkah budak itu, atau mak bapak dia yang bangang?
.
Baru tadi aku tanya budak yang tengah main mercun depan rumah. Beli kat mana mercun? Tak jawab, hanya tersengih. Rumah mana? Tak jawab juga.
.
Aku ceramah kat budak-budak tu 2-3 kerat.
.
"Tak dengar ke budak kat Losong tersangkut atas pokok kes mercun. Tak tengok dalam TV budak putus jari, rosak mata? Kalau duit banyak bagi je kat orang miskin..."
.








Gambar-gambar diambil tanpa izin dari blog http://hazriishak.blogspot.com/2008/12/mengingati-letupan-kilang-bright.html

Monday, August 23, 2010

Khutbah Fasal Mercun


Ramai orang bercakap tentang khutbah sekarang. Aku pun nak bercakap pasal khutbah.

Khutbah di bulan puasa ni elok sangat kalau khatib focus pasal isu main mercun. Kupas sebaik-baiknya agar bapak-bapak dan remaja yang mendengar khutbah boleh menitiskan air mata keinsafan. Biar mereka rasa tongong dan bengongnya mereka kerana main mercun dan membiarkan anak-anak mereka main mercun.

Kreatif la sikit kepada sesiapa yang buat teks khutbah tu. Masukkan isu semasa. Masukkan perjuangan umat Islam di Palestin. Relatekan dengan hukum Islam. Jangan relatekan dengan nama Lim Guan Eng sudah. Nanti habis dilupakan isi yang bernas tadi. Nama Lim Guan Eng juga yang akan dijaja.

Bila isi khutbah dah baik dan cukup kreatif, khatib yang baca pun mestilah turut kreatif. Biarlah kena dengan apa yang diperkatakan. Kalau perlu hentak tongkat tu. Hentaklah. Jangan baling kat makmum yang tengah berdengkur sudahlah.

Cakap kaw-kaw dan cukup-cukup pasal mercun. Hentam habis-habisan apa jua jenis mercun sekalipun. Tapi kalau anak khatib sendiri pun main mercun, kena nasihatkan anak dulu la. Baru betul.

Sudah banyak mangsa mercun setakat ini. Kebanyakkannya budak-budak kecil yang masih bersih hatinya. Kesianlah mereka. Kesianlah anak anda. Jangan jadikan mereka bodoh dan bangang dengan bermain mercun. Apa lagi putus jari, rosak mata atau mati dengan tragis.

Mercun ni pun macam dadah. Bahan terlarang, tetapi dijual merata. Mainnya boleh ketagih. Silap haribulan nyawa atau anggota tubuh melayang. Duit banyak habis, faedah tak ada sedikitpun. Menyusahkan orang, bunyi bising sana-sini.

Apalah malangnya bangsa kita. Barang harian naik harga, kita mengeluh. Tetapi ayah hisap rokok, anak main mercun!

Sampai masanya kita bertindak. Ittaqullah.

Saturday, August 21, 2010

Semangat Patriotik Islam


"Kenapa ada bendera Kelantan di sini, abah?"

Tanya Salsa semasa kami berkereta menyusuri jalan pantai dekat Rusila, Terengganu.

Aku melihat ke kiri. Lalu berkata,

"Tu bendera Pas lah.... "

Patutlah Pas bertapak kukuh di negeriku.


Nota: Nasib baik Zahid Hamidi tak mendengar. Jika tidak keluar lagi dalam Utusan.

Friday, August 20, 2010

Khutbah Jumaat Hari Khamis



Hari ni masih menghadap komputer. Assignment belum siap. Sampai terlupa hari ni hari Jumaat. Pukul 1, kedengaran suara isteriku...


"Abe... Jumaat hari ni!"


Bergegas aku bersiap dan ke masjid berdekatan. Sempatlah dengar khutbah.


Balik sambung lagi menghadap komputer. Kedengaran berita kat TV... Lim Guan Eng jadi macam kaduk naik junjung kata pembaca berita.


Kedua-dua pemberita, seorang lelaki, seorang perempuan bergilir mengata Lim Guan Eng. Lebih Umno dari kuah pula mereka. Ditunjukkan pula pembesar MCA yang marahkah Lim Guan Eng kerana 'naik junjung'.


Isu apa pula ni? Tanyaku... Lalu aku buka internet.


Rupanya, akhbar Umnotusan hari ni melaporkan'Nama Guan Eng ganti Agung'. Lapornya, Zahid Hamidi marah kerana ada imam di Pulau Pinang ganti nama Agung dengan nama Lim Guan Eng. Mangkuk betul imam tu, kata aku.


Aku terfikir. Hari ni hari Jumaat, berita tu hari ni. Jadi isu khutbah tu bukan khutbah hari ini. Mesti khutbah Jumaat lepas. Takkanlah khutbah Jumaat lepas sebut nama Lim Guan Eng ganti Agung, hari ni, lepas seminggu baru Zahid nak bertindak. Slownya. Mangkuk betul Zahid Hamidi, kata aku lagi.


Mungkin di Pulau Pinang baca khutbah hari Khamis kot sejak Lim Guan Eng memerintah?


Payah betul kalau mangkuk naik junjung.


Apapun, sambung buat assignment.



Monday, August 16, 2010

Sibuk Manjang

.
Lebih baik sibuk daripada menyibuk.

Dok dang nok wat gape setarang ler ning.

Sunday, August 1, 2010

Kakak Yang Lawak



Salsa dah besar dan semakin cerdik. Suka bertanya itu ini.


"Abah, kalau Terengganu binatang dia penyu, kalau Sarawak kucing, kalau Sabah binatang apa abah?"


"Sabah, orang utan. Sarawak binatang dia burung kenyalang bukan kucing," aku menjawab dan membetulkan fakta.


"Kan nama ibu negeri dia Kuching..." protes Salsa.


"Betul, tapi binatang dia burung kenyalang. Kelantan kijang, Perak seladang, Melaka kancil. Pahang, kakak tahu binatang apa?" Aku bertanya Salsa pula.


"Penguin...." Jawab Salsa selamba.


"Ada ke pulak penguin ....." Protes isteriku. Aku gelak saja.


Sekarang aku tertanya-tanya. Adakah Salsa dah faham politik? Mungkin tidak. Dia jujur menjawab penguin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...