 |
| Indah yang derita |
Aku diperkenalkan oleh Salwa dan Zura dengan housemate mereka.
"Ini Syaikal...."
"Syaikal from Kashmir...."
Mak oiii, patutlah bermata hijau, beralis lentik, putih gebu, comel, langsing, rambut ikal, pipi pauh dilayang, bibir delima merkah. Ingatkan budak Pasir Mas, rupanya dari Kashmir. Hebat!
Aku tak terkata apa-apa kecuali memberikan senyuman yang paling manis yang aku ada. Kalau aku ini seketurunan dengan Goku dan Bizita, pasti aku telah bertukar kepada super-sayyan pada masa itu, dengan cahaya api jingga disekeliling tubuh!
"Are you moslem?" Aku angguk. "I'm moslem too. Non-practicing moslem..."
Ada jugak istilah non-practicing muslim. Hadhari lah tu konon Syaikal ni.
Kemudian Salwa kenalkan pula aku dengan seorang lagi rakannya. Dari jauh aku dah tahu dari India.
"Hi, I am Anju..." Dia menyebut namanya dengan mulut memuncung.
"Anju?" Tanyaku untuk kepastian. Kalau aku ini keturunan Goku dan Bizita, masa inilah kuasa super-sayyan aku dengan api jingga sekeliling tubuh akan hilang dan kembali normal.
"Anju," sekurang-kurangnya itulah yang aku dengar daripada accent Indianya yang tebal.
Setelah berborak sambil membelasah kopi dan makanan yang disediakan oleh Salwa dan Zura, tiba-tiba Salwa bertanya kepadaku.
"Kenapa hang panggil dia Anju?"
"Kan nama dia?"
"Angel lah!"
Laa.... Anju tu dah sesuai sangat dengan nama seorang gadis India. Angel la pulak.. Sebutlah betul-betul kalau begitu. Tak pun pakai name tag 24 jam.
Syaikal, walaupun cantik dan da bomb tetapi seperti katanya, dia non-practicing muslim. Apa yang aku tahu selepas itu, pada hujung minggu dia practice clubbing dan mabuk-mabuk. Poor Kashmiri...