Monday, June 18, 2012

Kasi Nizar La...

Hari ini aku interview seorang budak Cina yang berasal dari Pulau Pangkor.

Habis interview, aku berkata padanya.

"Saya ada kenal satu orang di Pangkor..."

"Siapa?" Dia bertanya serius.

"Zambri Kadir."

"Ooooo..... Dia tuuu..." 

Sebelum keluar bilik interview, budak Cina itu sempat berkata kepada aku dalam nada bergurau,

"Nanti kasi pas ye...."

Aku hanya gelak sambil membalas,

"Sebab you orang Perak, saya pun nak bagi tahu benda yang sama. Nanti kasi PAS ye...."


Sunday, June 17, 2012

Tak MunaSABAH Langsung


Assalamualaikum,
  1. Perlawanan Liga Super malam tadi, 16 Jun 2012. Singapura 9- Sabah 0.
  2. Pilihanraya Umum, PRU7 pada tahun 1985 dibuat dalam musim Haji.
  3. Pilihanraya Umum, PRU11 tahun 2004 dibuat semasa Malaysia menganjurkan Grand Prix di Sepang.
Tepuk dada, tanya otak.

Tuesday, June 12, 2012

SMACKDOWN!!!


WWF Wrestling memang top dulu. Walaupun semua orang tahu, TIPU, tetapi menghiburkan.
Faveret sudah tentu Hulk Hogan...


WWE yang menggantikan WWF di kaca TV semakin menghiburkan. Semakin TIPU dan BERLAKON, semakin menarik. Walaupun Hulk Hogan masih membuat penampilan, tetapi faveret bertukar kepada The Rock.



WWW15 memang tak boleh blah. TIPU, CILOK, SANDIWARA, COVER UP, COVER LINE hanya menjadikan suasana semakin soilek dan menarik untuk ditonton. Feveret yang tentunya  akan menenggelamkan populariti Hulk Hogan & The Rock semestinya wrestler kolar putih, Liow Tiong lai.

Saturday, June 9, 2012

Alasan Tak Boleh Blah


Kah kah kah
Kah kah kah
Coooobaaaaaaaan...
.
**Takziah kepada Cikgu Zam atas pemergian ayah mentua beliau hari ini. Semoga rohnya bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

Antara taubat nasuha & taubat, Nasoha!!!

Iblis, dajjal, syaiton..... Cukup pakej.

Sebelum ni bapak kafir.....

Fikirkanlah...

Friday, June 8, 2012

Peduli Apa Betul Atau Belawok

This is a free country

Dah gatal dok beli paper, baca je la apa yang ditulis. Benar atau tidak sesuatu berita tu pakai otak masing-masing la. Tak payah nak bising-bising.

Kalau laporan orang pakat keluar Pas, masuk Umno kerana mahukan jalan tar dan balairaya, memang betullah tu.

Kalau berita orang keluar Pas pulak, kemudian masuk Umno 'demi Islam' tu,  ianya ibarat player bolasepak Liga Super yang berhijrah dari  team Kelantan FA ke team Felda United kerana terlalu impikan gelaran Juara Liga Super pada tahun ini. Jadi dah tentu pelawok besar.

Thursday, June 7, 2012

Jadi Bodoh Sebab Lebuhraya

Dari RMK5 ke RMK9.... Bila buat sendiri ada mangkuk kutuk kaw-kaw pulak....
Tok Pa, Awang Adek dan Brahim Ali masing-masing melampiaskan kebusukan hati masing-masing apabila majlis pecah tanah Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai akhirnya disempurnakan oleh MB Kelantan.

Awang Adik tuduh lebuhraya ini hanya taktik untuk merembat balak sahaja. Padahal bagi aku, kalau nak merembat balak, baik buat lebuhraya Kuala Krai- Gua Musang.

Tok Pa dan Brahim meragui keupayaan Kerajaan Kelantan mendapatkan RM1.8 billion untuk projek tersebut.

Mujurlah Annuar Musa setakat ini masih sibuk pasal bola dan tak ada masa nak 'carro' pasal lebuhraya ini. Harap-harap Annuar terus tumpu pada bola sahaja agar Piala Liga dan Piala Malaysia pula tiba di bumi Kelantan. Piala AFC pula, biar dapat pergi sejauh mungkin.

Berbalik pada soal RM1.8 billion untuk lebuhraya rakyat, apa susah sangat...  Jika PRU13 nanti berlaku perubahan besar, duit tu pastinya akan datang dari Putrajaya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...