Mengapa payah untuk melupakan kekasih lama? Apalagi kalau kekasih pertama?
Anak dah sederet pun, masih terkenang kekasih lama. Duduk sorang-sorang tersengih. Tengok gambar lama tersenyum. Tidur lengan atas dahi. Siap mengigau lagi. Kalau isteri sporting takpa. Tapi kalau isteri yang jenis cemburu buta, ributlah jawabnya. Boleh melayang peti ais di dapur.
Apa yang special sangat dengan awek lama? Kadang-kadang awek lama tu jenis pisau cukur pun masih diingat. Awek kaki kutuk dan kaki umpat pun dikenang juga. Apa lagi kalau awek lama tu memang jenis baik bersopan-santun. Laaaaagilah ingat.
Kadang-kadang awek lama tu takde lah lawa sangat. Isteri kita jauh lagi jelita. Tapi perangai manusia ni, awek lama dikenang jua. Kalau awek lama kita tu memang kembar Aishwarya Rai agak munasabah juga.
Kita tak pernah tengok awek lama kita potong bawang. Tak pernah tengok dia cuci lampin anak. Tak pernah terserempak dia berkemban keluar tandas. Tak pernah dia gosok gigi depan kita. Selalunya kita jumpa dia dalam keadaan dia ‘the best’. Dressed up, make up .... cukup bersedia.
Dalam banyak-banyak pendapat tentang hal ini, saya setuju sangat dengan kata-kata kawan saya Pak Ya sedikit masa dulu di Ipoh. Katanya,
Sekumpulan anak muda bergaya rock sedang melintasi abang saya yang sedang membeli nasi lemak pada suatu pagi di Kuala Lumpur.
“Budak-budak Kelantan tu….samseng, tak beradap…”, beritahu Makcik Nasi Lemak tanpa dipinta oleh sesiapa. Menjuih-juih mulutnya.
“Sayapun orang Kelantan jugak Makcik”, abang saya bersuara.
Makcik Nasi Lemak terkedu. Diam seketika, tapi tangannya lincah bekerja.
“Tak semua orang Kelantan kurang ajar nak….”, kendur saja suara Makcik Nasi Lemak seperti menyesali diri.
.
Generalization. Orang kita selalu sangat buat kesimpulan melulu tentang sesuatu.
.
Kalau ada pegawai polis ditangkap rasuah, habis satu Malaysia polis dikatakan taik rasuah.
Dek kerana sesetengah puak dalam SPRM buat pendakwaan terpilih, habis sepasukan SPRM yang sedang bergaya dengan topi baru dikatakan barua BN.
Bila ada atlit Malaysia dikenakan tindakan disiplin, habis satu kontinjen dituduh kaki masalah.
Bila ada bekas sponsored student yang tak bayar loan walaupun dah berjaya dan kaya raya, habis yang lain dicop sebagaikacang menglembu lupakan kulit.
Bila ada menteri buat kenyataan tak cerdik di Parlimen, habis satu jemaah menteri dimasukkan ke dalam cabinet besi dan dicop bodoh!
Bila Bung Mokhtar Radin berlagak tunjuk pandai dalam Parlimen, hampir-hampir habis orang Sabah dilabelkan bengong tak bertempat.
Bila seorang-dua pemimpin Pemuda Umno kecut tak berani berdebat tentang isu rakyat, habis segerombolan Pemuda dianggap takda teloq.
Bila ada Adun PKR meloncat-lacur, satu parti termasuk DS Anwar dikatakan tak boleh pakai.
Bila Karpal menggila nak saman Sultan, habis satu Pakatan Rakyat ditohmah penderhaka!
.
Entahlah…. mungkin sudah menjadi budaya kita untuk membuat generalization.
.
Orang Trengganu bodoh sombong, payah nak ajak orang bertandang ke rumah.
Orang Perempuan Negeri Sembilan suka queen control.
Orang Sarawak anti Semenanjung, ingat orang Semenanjung nak rampas hak-hak mereka.
Orang Perempuan Kelantan suka bomohkan suami.
Jangan kahwin perempuan Sabah, nanti tak balik Semenanjung (rasa-rasa je ada atas dahi!),
Orang Perak suka santau-menyantau.
Orang Melaka cakap lepas tak reti jaga hati orang.
.
Ada juga generalization yang positif.
.
Orang Kelantan pandai agama, kuat agama. Sebab tu Pas menang.
Wanita Negeri Sembilan pandai mengurus. Pandai jaga (control?) suami.
Orang Perlis pengamal sunnah tak main bidaah.
Kerabat Perak bijak pandai dan perihatin.
Kerabat Pahang bijak bersukan.
Kerabat Trengganu hormat alim ulamak.
Kerabat Negeri Sembilan pandai berniaga.
Orang Cina rajin dan pandai berniaga.
Orang India pandai berpersatuan dan ada tokoh jadi lawyer.
Orang Melayu penuh sopan dan suka ke low yatt.
.
Semuanya terpulang kepada kita. Mau positif atau negatif.
.
Suatu pagi di kaunter Malaysia Airlines, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semasa menempah tiket, saya terdengar dialog ini yang terjadi sesama staff Malaysia Airlines yang masing-masing bersolek cantik dan berkebaya ketat,
“Orang Kelantan pandai berniaga”, kata seseorang.
“Politik pun pandai”, tambah seseorang.
“Tak boleh dibeli”, tambah lagi seseorang.
“Kalau nak belajar politik, datang ke Kelantan”’, seseorang lagi semacam membuat kesimpulan.
Saya diam saja (tanda setuju?). Inipun generalization, tapi indah bah.
Minta halalkan tuan empunya material yang asal. Ada dalam mailbox, teman guna je la. Lagipun benda elok baiklah di share. Kebelakangan ini teman tak upaya nak pikior untuk menulis artikel sendiri. Rasa semacam je dengan perkembangan semasa negara. .
Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah, tiba-tiba muncul memberi salam di rumah kita... Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita..
.
Apa yang akan kita lakukan?
.
Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk Baginda erat-erat, dan lantas mempersilakan Baginda masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi beberapa hari di rumah kita.
Baginda tentu tersenyum..... Tapi barangkali ...
Kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam.
Baginda tentu tetap tersenyum..... Atau barangkali,
Kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa..
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping dan meletakkannya di ruang tamu.
Baginda tentu tersenyum.....
Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita? Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi.
Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.
Baginda tentu tersenyum.....
Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya, tetapi hafal anggota Power Rangers atau Ninja Turtles.
Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar menjadi ruang solat.
Barangkali kita teringat bahawa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW.
Baginda tentu tersenyum.....
Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita..
.
Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?
.
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi.
.
Baginda tentu tersenyum.....
.
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV. Kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat.
.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-Quran.
.
Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.
.
Baginda tentu tersenyum.....
.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.
.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita.
Barangkali kita akan terkedu bersama rokok dan ayam KFC di tangan jika Rasulullah bertanya apa yang kita lakukan untuk membantu umat Islam Palestin?
Barangkali kita akan terkelu jika Rasulullah bertanya pemimpin mana yang kita pilih dan mengapa?
Barangkali kita akan terus terkesima dengan coklat cadbury's di mulut jika Rasulullah bertanya adakah kita dan media kita riuh hiruk pikuk seperti sekarang semasa karikatur Baginda dilukis secara hina dan mengaibkan sedikit masa dulu?
.
Betapa senyum Baginda masih ada di situ.....
.
Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita...Apa yang akan kita lakukan?
.
Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita?
.
Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu?
Maafkan kami, ya Rasulullah.....
.
Masihkah Baginda tersenyum.....?
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir.....
Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah.....
Ceritera bermula menjelang PRU10 1999. Si Gomok masih berada di dalam sarkis. Bak kata Sudin Pendekar Bujang Lapok, Sarkis Jinak.
Memandangkan rakyat di Negeri Pasir2 Butir Emas sudah tidak minat lagi untuk ke Sarkis Jinak, Si Gomok terpaksa mengatur strategi baru untuk melariskan tiket.
Maka melompatlah Si Gomok ke hulu dan ke hilir. Ke depan dan kadang-kadang gostan. Sekian lama melompat akhirnya masuklah ia ke sebuah gelanggang silat di atas tali air di Bambu Cina.
Mahaguru silat yang lebih banyak senyum dan mengepah rokok daripada bersuara dan sekalian anak muridnya kenal benar dengan Si Gomok. Ye lah siapa tak kenal Si Gomok ini yang telah mereka tabalkan sebagai ketua semasa dia menyertai Sarkis Bernombor pada PRU 1990 dulu. Tup-tup bila dipilih, dia melompat ke Sarkis Jinak.
Mulutnya, tangannya, lidahnya cukup berbisa. Mengingatkan itu, anak-anak murid Mahaguru Silat Senyum Secupak mendekati Si Gomok dengan tangan masing-masing seolah-olah ingin mencekik leher Si Gomok.
Mereka lupa. Katak mana ada leher. Ye ke? Sains dalam Bahasa Inggeris pun takde leher ke? Ada kot, cuma pendek je. Hentam sajalah. Sambung cerita....
Melihatkan telatah anak muridnya, Mahaguru Senyum Secupak bersuara,
“Sabar, Si Gomok tetamu kita. Kita tanya apa tujuannya”.
“Ambo mari ni nak sponsor lembu. Dengar khabar gelanggang ni dah nak perlimau. Ambo berkenan benar aktiviti macam ni. 2 ekor cukup?” Si Gomok bercakap macam dalam Parlimen lagaknya.
Mendengar lembu 2 ekor dan melihat kerdipan mata Si Gomok yang seolah-olah insaf, cair jualah Mahaguru dan anak muridnya sekalian. Maka diterimalah sponsor Si Gomok. Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Itu memang moto Gelanggang Silat Atas Tali Air Bambu Cina.
Malam perlimau gelanggang pun tiba. Anak murid silat diraikan dan diberi sijil. Sebundle sijil diserahkan oleh Si Gomok kepada Mahaguru Senyum Secupak. Senyum Mahaguru bertambah jadi segantang apabila pihak stesen TV 0.75 pun ada.
Orang sekampung pun tumpang semangkuk. Nanti tak habis lembu 2 ekor. Kata budak-budak rock, makan lembu sembelih katak.
Silap. Rupanya mereka yang disembelih. Berita Utama TV 0.75 melaporkan malam esoknya....
Mahaguru Senyum Secupak serah borang masuk Sarkis Jinak.
Bising sekampung. Orang kampong sudah ura-ura mahu boikot Mahaguru Senyum Secupak. Adik-beradik yang jauh juga telefon marah-marah. Buat pertama kali Mahaguru terasa payah nak senyum.
Nasib baiklah ada yang tampil membela Mahaguru Senyum Secupak.
“Mahaguru kena kencing katak. Kita semua dikencing!”.
Penduduk Negeri Pasir 2 Butir Emas seterusnya menolak apa saja yang datang dari Sarkis Jinak. Jualan tiket terus merudum. Akhirnya Si Gomok ditendang daripada Sarkis Jinak. ‘Bebas’ lah ia.
Berkelanalah terlompat-lompat Si Gomok sehingga akhirnya melukut di tangga Masjid Pulau Melaka.