Saturday, September 25, 2010

The Amnesiac Arsonist


Rais berjalan menyusuri sungai di dalam kebun getah itu sambil mengusung radio. Tujuan Rais adalah untuk ke taman bunga di seberang sungai sebelah kebun getah. Hajat Rais untuk bersantai dan berjoget lambak di taman bunga dengan ditemani lagu dari Klasik FM. Kerana itulah radio besar itu dikiliknya ke hulu ke hilir. Letih kilik, dikendung pula.

“Langkah mayat aku dulu!” Begitulah tegasnya Rais apabila ada suara menyuruhnya berhenti mengilik radio besar itu. Orang kesiankannya, tetapi dia pula bertegas seakan Karpal Singh. Akan kubawa radio ini sampai ke muzium, begitulah tegasnya.

Berjam-jam Rais menyusuri sungai mencari jambatan untuk menyeberang ke taman bunga, tetapi usahkan jambatan, lubang hidung pembuat jambatan pun tak kelihatan. Lama Rais mencari, akhirnya Rais melihat kesan abu dan arang.

“Celaka sungguh!” Marah besar Rais.

“Siapa yang bakar jambatan ni?” Soal Rais semacam pendekar bernama Badek dengan misai melentang dan kemuncup di mulut. Rais terus menyumpah dan memaki pembakar jambatan. Rais lupa. Seminggu sudah dialah yang bertindak pandir membakar jambatan tersebut.

Jambatan itu dibakar minggu lepas oleh Rais sendiri. Rais marahkan jambatan itu kerana seharian dia memancing dari atas jambatan itu, hanya ikan-ikan keli, sepat, haruan dan sebarau yang diperolehinya.

Jambatan sial! Pembawa sial! Maki Rais. Rais mahukan ikan yang lebih besar. Rais sudah jemu dengan keli, sepat, haruan dan sebarau. Rais mahukan ikan tuna, ikan marlin, ikan yu malah ikan paus. Sialan jambatan punya angkara. Lantas Rais mencurah petrol dan membakar hangus jambatan tersebut. Bukan Rais tak pernah belajar Sains tentang habitat ikan, tetapi dia lupa.

“Sial punya pembakar jambatan. Menyusahkan betul,” mulut busuk Rais masih tak puas hati. Hajatnya untuk berjoget lambak di taman bunga seberang sungai terbantut.

Semasa hati Rais membuak marah, perutnya memulas seakan irama Klasik FM. Alamak! Rais nak melepaslah pulak. Lantas Rais meletakkan radio gedang yang sedang dikiliknya di umbi pokok getah dan mencari tempat melepas.

Semasa melepas, Rais melihat sekeliling. Mana tahu ada orang yang melihat atau mencuri rakam dengan handphone. Tup-tup, ada gambarnya sedang melepas dalam Youtube. Naya nanti!

Semasa mata Rais meliar ke kiri-kanan. Rais ternampak sebuah radio di umbi pokok getah.

“Tak bersyukur betul. Tak syukur nikmat. Tak insaf nikmat tuhan. Radio masih elok dan cantik dibuang sesuka hati!” Protes Rais. Ek-eleh, lupa pulak bahawasanya dialah yang meletakkan radio itu di situ.

“Aku ambil je lah radio ni. Membazir dibiarkan di situ,” Rais membuat keputusan sambil membetulkan zip seluarnya. Lega...

Rais mengambil radio di umbi pokok getah dan mula berjalan. Tiba-tiba dia tersepak sesuatu.

“Binawe betul! Jembalang mana pulak berak merata ni! Celaka!”

Marah tahap megawatt Rais apabila dia tersepak tahi yang masih panas. Masakan tidak panas. Punggung Rais pun masih panas kerana dialah yang melepaskan tahi itu sebentar tadi.

Dalam keadaan marah Rais berjalan pulang. Tetapi sekali lagi dia terlupa.

“Eh! Jalan mana aku nak ikut ni. Kiri ke kanan?” Rais bertanya dirinya sendiri.

Bersesat-sesatlah Rais sebelum sampai ke rumah kerana dia Melayu, dia mudah terlupa!

Friday, September 24, 2010

Terlalu Baik Sampai Muflis

.
Aku terbaca dari portal Malaysiakini, artikel I'Da World batal niat laksana projek RM313b di K'tan. Aku petik,
.
**** mula****
.
Syarikat itu dilanda kontroversi ekoran tindakannya yang mengekut semua pihak kerana bermurah hati untuk menderma sebanyak RM4 bilion kepada PAS Kelantan bagi membangunkan negeri itu.
.
Ini termasuk Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta.
.
Cek replika sumbangan itu diterima oleh adik menteri besar Kelantan, Nik Din Nik Mat pada Ahad lalu.
.
Sementara itu, Abdul Rahim menjelaskan bahawa sumbangan RM4 bilion itu merupakan satu bentuk bayaran pendahuluan daripada jumlah keuntungan daripada projek yang hendak dilaksanakan itu.
.
"Tiap-tiap negeri, bila buat projek usahasama, 20 peratus akan diperolehi kerajaan negeri, 80 peratus kepada (rakan niaga). Jadi bila bercakap tentang RM300 bilion, 20 peratus itu lebih kurang RM60 bilion.
.
******Akhir*****
.
RM300 billion tu kos projek. Takkan nak derma kat orang 20% daripada kos projek. Bankrap la macam ni berniaga. Untung berapa ni?
.
Cakap nak share untung dengan kerajaan negeri, tetapi bagi derma kat parti. Ni mesti fikrah Umno, sebab tak faham beza antara parti dan kerajaan.
.
Nak Lebong pun cerdik la sikit.
.
Dahlah duitnya belum ada lagi. Jangan selepas ni cakap pula....sebenarnya I nak bagi 4 billion rupiah... sudahlah.

Sunday, September 19, 2010

Kononnya We Care




Kehadiran mereka kononnya agenda utama kita,


Jemputan ke atas mereka kononnya pewarna program kita,


Nama mereka kita gahkan dibanner-banner di segenap persimpangan,


Tetapi....


Kenapa kita asingkan mereka bila tiba masa nak berkudap?


Makhluk hijau bersesungutkah mereka kerana kematian ibu ayah?


VVIP kita yang sepatutnya menyendukkan gulai untuk mereka!

Friday, September 17, 2010

Doa Untuk Yang Tiada



Ramadhan yang bertandang
telah berganti Syawal
.
Kita yang menumpang
pasti bersua ajal
.
Menyayangi seseorang
bersedia untuk terpisah
.
Mengingati yang telah pergi
jangan dilupa yang ada di sisi
.
Mencintai Yang Maha Kekal
Sejahtera dunia, Selamat akhirat
.

Thursday, September 16, 2010

Semuanya Kerana Wang

Kerana wang ramai manusia sanggup lakukan apa sahaja. Lagi besar nilai wang, lagi brutal manusia sanggup lakukan.

Kerana beberapa ribu, seorang manusia sanggup membunuh 2 insan yang tak berdosa dengan dibiarkan terikat tanpa oksigen.
Kerana beberapa juta, seorang manusia sanggup merancang pembunuhan kejam dengan membakar mayat-mayat mangsa.
Kerana berjuta-juta wang, manusia juga sanggup membunuh dan menghapuskan bukti dengan meletupkan mayat mangsa.
Hatta kerana beberapa ringgit pun, ada manusia yang sanggup meragut, melawan ibu-bapa, merderhaka kepada ibu-bapa, bergaduh adik-beradik, menipu, mengkhianat, mencuri, merompak.
Kerana wang juga, ramai manusia yang berani menempah api neraka!
Ya Allah janganlah aku tertipu dek wang, banyak atau sedikit.

Tuesday, September 14, 2010

Ter Bestest


Terima kasih kepada tuan punya kartun.
Dikopi dari laman bro tukar tiub.

Saturday, September 11, 2010

Dikencing Yahudi Puak-Puak Ni


Siapa rugi kalau Quran dibakar? Bakar Quran bukan macam bakar Utusan atau Sinar harian. Kalau mereka rasa Islam akan rugi, atau Allah akan rugi. Bodohlah mereka. Islam tak rugi apa-apa kalau mereka bakar Quran.

Yang rugi mereka sendiri. Habis duit beli Quran untuk bakar. Mereka lupa kita ada hafiz dan hafizah seumur 9 tahun!

Paling besar kerugian mereka kerana Quran sudah di tangan, tetapi tidak mahu membaca atau beriman dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran.

Mungkin mereka berjaya mem’provoke’ segelintir umat Islam. Memang itulah yang mereka mahu. Melabelkan muslim sebagai pengganas.

Mereka mahukan muslim bertindak balas. Mereka mahu kita hysteria. Mereka mahu pengebom di Iraq, Pakistan terus mengebom sana-sini. Mereka mahu muslim pembakar bendera Malaysia di Indonesia terus berdemo secara ganas dan mengebom kelab malam di Bali.

Selari dengan itu, mereka sebenarnya mahukan kafir terutamanya orang kristian terus membenci Islam. Jangan cuba-cuba jinak dengan Islam. Mereka mahu Kristian di Australia, England, Perancis dll membuat demostrasi balas terhadap orang Islam.

Kalau ada seorang muslim yang tiba-tiba membakar bible, itulah sebenarnya yang mereka mahukan!

Jadi kita janganlah terjebak dengan taktik pelampau-pelampau ini.

Tuhan mereka Allah juga. Mereka mahu berperang dengan Allah, bukan dengan kita. Allah mampu tewaskan mereka tanpa pertolongan kita. Lagipun kebanyakan kitapun banyak menyerang Allah kebelakangan ini, semata-mata kerana nak menang pilihanraya.


Membaca Quran tetapi menolak hukum yang terkandung di dalamnya rasanya lebih teruk daripada si jahil yang tak pernah kenal alif ba ta yang membakar Al-Quran.

Yang berdekah-dekah siapa lagi, tentunya Yahudi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...