Thursday, July 28, 2011

Analisa Malaysia Vs Singapore : FAM You! Rajagobal

Bro, pinjam gambar. Lu memang terbaik malam ni. Member lu sebelah Abe Hasing pun sepatutnya main sama malam ni.
Cerdik : Menyenaraikan Khairul Fahmi Apek sebagai penjaga gol.

Bodoh : Menggantikan Abdul Hadi Yahya dengan Ahmad Fakri Shaarani. (Walaupun tak sebodoh menggantikan Abdul Hadi Awang dengan Idris Jusoh atau Mat Said!).

Bangang : Menyandarkan Aidil yang cedera dengan barisan pertahanan yang terbukti telah bolos banyak.

Bengong : Membiarkan team utama Malaysia berlawan dengan Arsenal dan Liverpool, padahal ada game penting menanti.

Meloyakan : Seperti musang tak dapat anggur, pengacara di stadium berkata, "kita berbangga kerana berjaya mengumpulkan penyokong yang berbagai bangsa dan agama pada malam ini."
Kalau diikutkan, team Singapore lagi 1Malaysia, ada Melayu, ada Cina, ada India, ada Mat Salih, ada Mat Arab...

Memualkan : Buat apa pun, wajah Rosmah Mansur mesti appear dalam TV!

FAM you! Rajagobal

Monday, July 25, 2011

Mujurnya Aku Pelupa

Dikala gelap malam yang sunyi hingga menzahirkan hatta bunyi air yang menitis di tandas, disaat itulah mata melawan tidak mahu ditutup.

Maka menerawanglah fikiran mengimbau sesalan demi sesalan yang telah terbuatkan. Amat sayu mikirin kenapa semua itu telah diperlakukan. Mahu saja aku memeluk cium meminta maaf daripada yang telah dipersalahlakukan disaat dan minit itu juga.

Mujurlah sifat lupa yang ada menghalang lebih banyak sesalan yang datang. Dan esoknya aku mampu punch card seperti biasa walaupun mata sedikit layu.

**Melihatkan anak-anak yang sedang lena, mahu saja air mata tumpah.

Sunday, July 24, 2011

Dah Sampai Masanya Kita Belajar


Hari ini aku melihat bas sekolah dengan 3-4 orang pelajar perempuan bergayutan di pintu bas. Padahal di dalam bas masih banyak ruang yang kosong. Sampai bila dan apa baru kita nak belajar dan diajar?

Tempat orang lain sudah wajibkan penumpang bas memakai tali pinggang keledar la.

Friday, July 22, 2011

Pulanglah Perantau

18 tahun yang lalu
Aku berlabuh di Masjid Chalok untuk ke tandas sekejap. Waktu zohor masih jauh.

Semasa ingin berlepas meneruskan perjalanan ke Kelantan, kelihatan seorang pakcik baru sampai dengan sebuah kapcai. Begitu awal dia datang untuk rutin zohornya. Dia melihat kepadaku yang berada di dalam kereta.

Si pakcik terus melihat dan mendekati. Aku turunkan cermin kereta dan tersenyum.

"Oh! Ingatkan anak pakcik," katanya semacam ada kesalahan dalam nada suara tuanya.

"Dah lama dia tak balik. Dia di Selayang," bagitahu dia lagi tanpa dipinta.

Aku hanya boleh menguntumkan senyuman yang paling manis moga-moga dapat menjadi ubat bagi penyakit rindunya. Aku meneruskan perjalananku bersama sebuah wajah rindu seorang pakcik tua.

Cerita-Cerita Bodoh


Wordless

Cerita 1 : Mi Spik No Inglish

Seorang mat saleh menghampiri Labu dan Labi.

"Excuse me young men, where are you heading with this Chelsea jersey and all these blue stuff. I am from Stamford Bridge. Have you been there? "

"Eh Labu, kau faham ke apa dia cakap ni?"

"Entah.... Sori  Sori.... don no don no...."

"Cepatlah Labu, nanti lambat pula kita nak tengok Chelsea pulun Malaysia ni."

Terkocoh-kocoh 2 sahabat itu dengan tangan penuh spanduk biru dan muka biru putih.


Cerita 2 : Aidil

"Harimau Malaya mesti pulun Singapore nanti. Selagi Aidil main, payah bolos bro. Dia tu kebal. Boleh score gol lagi. Terbaeekkk," bicara Maslan kepada Saberi yang tengah memamah kacang pong.

Booooooo......
Boooooo.....
Boooooo....

Maslan dan Saberi turut mengeboooo ke tengah padang. Meriah betul depa dengan jersey Arsenal. Tak kasi can.

Kelihatan di padang anggota Unit Amal sedang mengusung Aidil yang baru bertembung dengan pemain Arsenal.


Cerita 3: Apek

"Khairul Fahmi penjaga gol terbaik Asia bro," bicara Yen Yen kepada Nazri.

"Apek terbaik," sambut Nazri.

"Payah nak bolos Apek tu. Kebal. Boleh ganti Van der Sar," api Yen Yen lagi.

"Eh bro, lu pegi tak Stadium malam ni?"

"Mesti..... Liverpool mesti menang besar ini malam. Mesti score banyak!" Motivate Yen Yen dengan semangat 1Malaysia.

Wednesday, July 20, 2011

Teori Cikgu Puji Tentang Bolasepak Kelantan

Cikgu Puji adalah cikgu PE yang tersohor di MRSM Kota Bharu. Dia warden dan juga cikgu disiplin. Aku sendiri (yang baik ni pun) bersama Gudung, Riming dan seorang lagi member pernah makan penampar tawarnya kerana kantoi tengah main 4 ratus semasa AGM koperasi sedang berlangsung di Dewan Besar.


Hero Kelate dulu dan kini

Cikgu Puji aktif bersukan. Yelah nama pun cikgu PE. Dia ada black belt karate (warna hitam!) dan menjadi jurulatih kelab karate maktab. Dia juga menjadi jurulatih bolasepak maktab. Di bawah bimbingannya banyak pencapaian maktab yang boleh dibanggakan di peringkat negeri Kelantan.


Kelebihan Cikgu Puji, walaupun dia cikgu disiplin yang paling berjaya dalam arena menangkap budak hisap rokok dan curi keluar malam, dia masih boleh berborak mesra dan santai dengan para pelajar.

Suatu hari Cikgu Puji dikelilingi pelajar di bangku dekat Taman Hamid Yaman.

"Payoh Kelate nak menang Piala Malaysia," Cikgu Puji membuka topik bola.

"Bakpo cikgu?"

"Tengoklah jersey bola tu....penaja kita syarikat rokok,  DUNHILL. Sebab tu lembik, tak sihat, tak cergas," tegas Cikgu Puji sambil membetulkan spek raybannya.


Sorang-dua member yang memang perokok tegar buat-buat mencari cacing dengan menguis-nguis kaki ke tanah.

Kan sekarang dah Happy

"Cuba di jersey team kita tulis 'Nasi Air Moksu Nab'. Mesti boleh menang," Cikgu Puji sambung lagi, merujuk kepada kedai nasi air tersohor di Kelantan di Berek 12.

Sekarang aku lihat memang ada kebenaran kata-kata Cikgu Puji walaupun dia joke je dulu tu.




Monday, July 18, 2011

Sense of Ownership

Aku cuba mencari sebab
untuk menyokong Chelsea
yang aku jumpa hanyalah
Chelsea itu nama anak President Clinton dan Hillary

Aku mencari-cari alasan
untuk menyokong Liverpool
kalau setakat warna yang merah
hanyalah se gah jersey The Red Warrior

Aku bermenung mencari hujah
untuk menyokong Arsenal
Emirates di jersey mereka sekadar penaja
tiada kena mengena dengan Islam atau Melayu

Aku cuba merasionalkan jiwa
untuk menyokong Umno
tetapi aku tidak buta dan tuli
untuk menidakkan mata dan telinga
yang asyik melihat dan mendengar
korupsi korupsi korupsi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...