Wednesday, February 29, 2012

Berani Dia Kata Kelantan Paling Miskin!!

From Sdk to KK
"Ini memang terang-terangan menghina orang Kelantan," marah betul Setapa. Kopi susu ditangannya diteguk habis sekaligus. Tanda marah yang amat.

"Betul tu Setapa. Sekarang terbukti Kelantan bukan negeri yang paling miskin dalam Malaysia," sokong Mamat.

"Kau lebih pandai daripada PM kita la jadinya," sampuk Rais, mencemik bibir sambil membetulkan songkoknya.

"Kau tak baca ke Rais, laporan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri?" Tanya Mamat dengan mata terjegil. Marah dia dengan orang bodoh sombong macam Rais. Harap songkok je tinggi, IQ rendah!

"Dia mana baca tu semua Mamat. Utusan dan TV3 je rujukan dia," Setapa menambah.

"Indek kemiskinan Kelantan adalah 4.8 sahaja, Sabah 19.8... Jauh bezanya," beritahu Setapa sambil memesan secawan kopi susu lagi.

"Wah! Kita lagi kaya dari Sabah," sokong Mamat.

"Ye ke tu? Kaya pun tak pandai memerintah buat apa? Semua projek bagi Cina, Melayu apa dapat? Stadium pun tak cukup syarat untuk main bola AFC, terpaksa main kat Bukit Jalil," Rais terus skeptik.

"Isu stadium tu modal politik individu tertentu je. Perlis pun lebih sesak dari Kelantan. Indeks kemiskinannya 6.0, Sarawak 5.3, Kedah 5.3...." Setapa terus berfakta, macam Husam Musa la pulak.

"Kita kaya sebenarnya. Itu belum kira royalti yang dirompak daripada kita lagi," sokong Mamat. 110%.

"Masjid pun baru sebuah dibina dalam 20 tahun memerintah. Kaya apa?" Bantah Rais. Memang semacam songkok tinggi itu yang menyekat kepala hotaknya daripada berhujah dengan rasional.

"Ayah.....Ayah...."

Tiba-tiba 3 orang budak datang ke kedai kopi mencari ayah mereka. Mereka adalah anak Setapa, Mamat dan Rais.

"Ayah mak suruh minta duit dengan ayah, gula habis," beritahu anak Setapa.

"Mamat, Rais aku pergi cari gula dulu ye. Dah 2 hari aku minum teh kurang manis kat rumah tu," Setapa berlalu bersama anaknya.

"Ayah, ada orang datang rumah minta duit ansuran TV," beritahu anak Mamat pula.

"Aku balik dulu Rais," Mamat pula berlalu dengan anaknya.

"Ayah, mak sakit kaki. Lantai dapur patah. Kaki mak terjerlus tadi. Ayah ......" Beritahu anak Rais pula.

"Ok..Ok...Ayah balik sekarang. Tokey, air ni masuk buku ye...." Rais pula berlalu dengan anaknya.

Pak Din, tokey kedai kopi hanya memandang sepi.

"Huh! Indeks kemiskinan 4.8 pun minum air berhutang. Kalau 19.8 tak tahu la....." Sungut Pak Din dalam hati.

****
Kata Cikli:  Apa ada pada statistik? Lihatlah pada hakikat. Duduk di negeri kaya macam Selangor pun kalau terpaksa buat 2-3 kerja sehari untuk bagi anak-isteri makan, apa maknanya!

Tuesday, February 28, 2012

Peter Butler, Hassan Ali, Ir Phahrolrazi

.............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................!!!!!!!

Monday, February 27, 2012

Tera Mujshe Hai Pehle Ka Nata

Walaupun dah sampai depan rumah, aku masih diam membatu dalam kereta. Tak keluar-keluar. Lama aku dalam kereta, hinggakan Kajol yang sedang melihat dari dalam rumah pun naik heran.

"Buat apa dalam kereta,?" Tanya Kajol apabila aku akhirnya masuk ke dalam rumah.

Aku hanya tersengih. Aku capai komputer, buka Youtube, terus mencari.....Haa, ini dia. Lagunya Tera Mujshe Hai Pehle Ka Nata dari filem Aa Gale Lag Ja tahun 1973, lakonan Shashi Kapoor dan Shamila Tagore. Betul-betul mengimbau zaman aku kecik-kecik dahulu.

"Lagu ni memang top," komen Kajol apabila mendengar lagu Tera Mujshe Hai Pehle Ka Nata di Youtube. Aku kalau Kajol komen apa-apa pasal Hisdustan aku mengiya saja.

Sebenarnya lagu inilah yang aku layan dalam kereta tadi. DJ Teganu FM mainkan. Itu sebab aku lambat keluar kereta walaupun dah sampai rumah. Tersandar sambil teringat zaman kecik-kecik tengah panas panjat pokok jambu butir banyak.

Saturday, February 25, 2012

Sabah Tanah Airku, Negeri Kita Yang Tercinta

Early Saturday I received an sms from my Keningau friend.


"Sejak palistine d ceroboh lg, sy terima byk msg yg menyeru kita memboikot brgn dr israel & membaca surah2 tertentu. Msg tu pula di suruh forward pd 10 org lg. Napa x suruh goverment ja yg iklankan d tv1?Napa brgn israel msh d iklan d tv? "


I didn't answer the message because I could see the answer in the message itself.

Reform is imminent in Sabah and I think Keningau will be the turning point for that. No..... Not because of Dr. Jefrey Kitingan. It's because of decent everyday people like Edy, my dude.

Friday, February 24, 2012

Parasit di Kuala Terengganu


Seminggu-dua ini, kawasan sekitar Kuala Terengganu diwarnai dengan gambar Pakar Motivasi tersohor Datuk Dr. Hassan 'Jati' Ali yang bakal menggegar di Stadium Negeri, Batu Buruk pada Sabtu ini pada program Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah.

Turut mewarnai bandar Kuala Terengganu adalah gambar bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin di kain pemidang yang bertajuk Membongkar Penyelewengan Pakatan Rakyat.

Huh! Tak cukup dengan TV, radio, akhbar, majalah yang nak-nak hari, nak-nak malam yang mengajar kita tentang penyelewengan dan kebusukan Pakatan Rakyat, perlu lagi dipanggil parasit-parasit ini untuk 'kelas tambahan'. Bodoh sangatkah kita ini?

Wednesday, February 22, 2012

Tuesday, February 21, 2012

Cerita Dari Kawan

Kawan aku, seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan menyedari kewujudan seorang gadis muda yang bekerja sebagai tukang cuci di bangunan tempat dia bekerja. Kawan aku mengagak gadis itu dalam lingkungan 18-19 tahun umurnya. Mungkin baru lepas SPM. Orangnya agak cantik, nampak sopan dan pemalu.
Naluri kawan aku terasa ingin mendekati gadis muda itu. Terasa sesuatu yang istimewa tentang gadis itu. Sesuatu yang bukan terbit daripada nafsu seorang lelaki. Tetapi sesuatu yang datang dari naluri seorang manusia.
Seorang insan yang mengambil berat sesama insan pasti ingin tahu dengan lebih lanjut. Kenapa gadis semuda itu melakukan kerja yang biasanya dibuat oleh orang yang telah separuh umur. Apalagi di bangunan yang dipenuhi oleh kakitangan lelaki dan perempuan yang memang dressing maut setiap hari.
Perasaan ingin tahu kawan aku tertangguh beberapa kali. Beliau teragak-agak kerana bimbangkan mata-mata yang memandang akan menyangka yang bukan-bukan. Kawan aku masih muda, 20an, sudah ada anak isteri, hensem, soft spoken, baik hati.
Sehinggalah suatu hari,
“Dik, adik ada SPM?” Kawan aku akhirnya memberanikan diri apabila mendapat peluang.
Gadis muda yang sedang mengemop lantai itu agak terkejut. Mungkin dia tidak menyangka ada di kalangan ramai-ramai kakitangan kerajaan di bangunan besar itu datang menegurnya. Lelaki pulak tu. Muda pulak tu. Iras Saif Ali Khan pulak tu. Gadis itu hanya mengangguk.
“Tak nak sambung belajar lagi ke?” Kawan aku terus melepaskan teka-teki yang bersarang selama ini.
Hari itu barulah kawan aku tahu. Jauh di sudut hatinya, kawan aku kagum dan terharu dengan gadis muda itu. Rupanya di zaman internet rempit ini, masih wujud anak gadis yang berhati mulia sepertinya.
Ceritanya begini,
Gadis itu berumur 18 tahun. Baru habis SPM. Result SPMnya bagus. Dia memang mendapat tawaran ke sebuah IPTS. Tetapi keluarganya susah. Tak pernah dapat projek besar-besar. Tak dapat permit teksi. Tak dapat AP. Memang ayahnya kenal PM, TPM dan beberapa orang menteri, tetapi daripada TV dan surat khabar saja. Macam kebanyakan marhain juga. Jadi gadis itu membuat keputusan. Dia meminta pihak IPTS menangguhkan kemasukannya hingga ke tahun berikutnya. Jadi beginilah dia sekarang, mengemop lantai, membersih tandas, menvakum karpet, mengelap cermin di bangunan pejabat ini. Mengenepikan semua ego dan rasa malu yang normal bagi seorang gadis muda sepertinya demi mencari wang yuran dan belanja.
Suatu hari kawan aku terserempak dengan gadis muda itu lagi. Kali ini dia berbaju kurung, tidak lagi berpakaian kerja biasanya. Terserlah keayuan gadis Cik Siti Wan Kembang ini. Kali ini dia yang mula menegur kawan aku.
“Saya dah tak kerja sini lagi, dah sambung belajar, hari ni datang jumpa kawan-kawan lama.”
Kawan aku tersenyum puas. Seorang anak bangsanya sedang menuju ke puncak walaupun dalam kepayahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...