Sunday, April 17, 2011

KoNtEsT KeNaNgAn zAmAn SeKoLaH

Demi memeriahkan contest yang dianjurkan Cik Nurussalwa
Tok! Tok! Tok!

Pintu kelas 1 Merah di ketuk oleh seorang pelajar. Kami yang sedang asyik mendengar cikgu di depan masing-masing berpaling ke muka pintu.

“Assalamualaikum cikgu. Nak jumpa Ramli, Cikgu Dol panggil dia,” beritahu budak di muka pintu.

Aku membontoti budak itu hingga ke kelas 4 Merah. Di dalam kelas 4 Merah aku lihat Cikgu Dol sedang menanti. Semua mata pelajar dalam kelas 4 Merah juga tidak berkelip-kelip memandang aku. Alamak! Apa aku dah buat ni. Apa kesalahan aku.

Cikgu Dol adalah cikgu yang paling ditakuti oleh pelajar termasuk aku. Tangannya se’laser’ mulutnya. Dia mengajar Bahasa Inggeris di kelas aku.

“Ramli, pisang dalam Inggeris apa?” Soal Cikgu Dol apabila aku merapatinya.

“Banana,” aku jawab walaupun dalam fikiran aku tertanya-tanya apa tujuan dia panggil aku ke kelas senior ini.

Selepas itu Cikgu Dol terus bertanyakan beberapa vocabulary mudah yang sepatutnya diketahui oleh budak darjah satu seperti aku sambil diperhatikan oleh pelajar kelas 4 Merah. Di dalam kepala aku masih tertanya-tanya. Apa ni? Kalau setakat nak tanya vocabulary, tak perlulah panggil aku ke sini.

“Sikat,” soalan terakhir daripada Cikgu Dol.

“Comb.”

“Budak kelas ni tak tahu, sebab tu saya panggil awak datang ke mari,” akhirnya terjawab pertanyaan kenapa aku dipanggil ke kelas ini.

Tindakan Cikgu Dol berbuat begitu mungkin satu teknik pengajaran yang baik dan berkesan. Rasulullah S.A.W juga pernah berdialog dengan malaikat Jibrail yang menyerupai seorang pemuda di hadapan para sahabat berkaitan persoalan Islam, iman dan ihsan.

Cuma bagi aku, kelemahan manusia biasa seperti kita ialah kerana terdapatnya unsur ‘humiliation’ di dalam tindakan itu. Cikgu Dol seakan-akan secara tersiratnya berkata kepada semua pelajar 4 Merah, ‘tengok... budak darjah satu pun tahu apa yang kamu tak tahu’.

Anggapan aku ternyata benar apabila sebelum melepaskan aku pergi, Cikgu Dol bertanya satu soalan maut yang aku tak mahu jawab tetapi terpaksa menjawab jua.

“Budak kelas ni cerdik ke bodoh?” Kuat suara Cikdu Dol. Cukup untuk didengari oleh makhluk yang berada di sekitar 12 meter radius.

Aku serba-salah. Kerana aku tahu apa jawapan yang dimahukan Cikgu Dol. Dengan penuh kenaifan, aku menjawab ‘bodoh’.

Dalam perjalan pulang dari sekolah hari itu, seorang budak tiba-tiba menuding jari ke arah aku sambil berkata kepada rakannya.

“Inilah budak yang kata kita bodoh tadi.”

****
Sori last minute tag. Saya pun tahu last minute. Selamat mencuba
 
Puteri
Anak Haji Amir

22 comments:

  1. budak kacamata,
    jd cikgu sekolah la. baru hari2 boleh pegi sekolah

    ReplyDelete
  2. Kenangan zaman sekolah gua hanya mesti kena gunting rambot setiap kali cikgu spot cek...!

    huh!

    ReplyDelete
  3. waa..
    sonok gak cite ni

    aik???

    laa.. di tag rupanya.

    :D

    ReplyDelete
  4. lepas tu bdak2 4 merah tu buat ape kat cikgu li? diorang tak buli ke? yelah.. budak drjah satu, junior katakan.. :)

    ReplyDelete
  5. Hahahaha......baru balik dari mandi laut kat batu feringghi...hehehehe.....takde smbungan ke cerita ni...aku kena tag....hehehhe

    ReplyDelete
  6. kenapa membontoti budak kelas 4 merah itu

    ReplyDelete
  7. miecyber,
    budak dulu baik-baik. takde musuh-musuh

    ReplyDelete
  8. gedek!,
    kalau tak kena gunting, pasti rambut lu terpanjang sekarang ni

    ReplyDelete
  9. puteri,
    mana ada buli. masa tu tahun 1979. pm hussein onn lagi. nostalgik

    ReplyDelete
  10. fadzli,
    kena tag sebab hang suka buat cerita...haha

    ReplyDelete
  11. brutalsolo,
    alamak...double meaning la. hang memang cekap.

    ReplyDelete
  12. as'salam cikli.
    thnx sebab join ye :)
    hm.. saya rasa terkesima baca cerita cikli ni..

    pape pun,
    gud luck ye :)

    ReplyDelete
  13. as'salam cikli, anda pemenang poskad untuk kontest kenangan zaman sekolah.. do make a visit to my blog untuk email address. tahniah & terima kasih.

    ReplyDelete
  14. direct sungguh itu cikgu..
    ada pro and con

    ReplyDelete
  15. cik nurussalwa,
    arigato gozaimasu.

    ReplyDelete
  16. cikgu tu nak bagi pengajaran kat klas drjah 4 tu je, xd niat lain kot, kan? =)

    ReplyDelete
  17. cik nurussalwa,
    chotto matte...chotto matte

    ReplyDelete
  18. kami dan mereka,
    betul tu, semua cikgu hanya mahu the best utk anak2 murid mereka

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...