Thursday, April 7, 2011

Aku Bukan Takut Bini...Cuma...


Salsabila gelak besar melihat
Yong posing maut

Biasanya jika aku tiada kerja di luar, habis waktu pejabat, aku terus balik rumah. Jarang aku nak layan sembang kat kedai kopi selepas kerja. Bagi aku balik rumah lagi afdal.

Sesekali bila kawan ajak, aku join juga. Nanti orang kata anti-sosial pulak. Aku kalau bab berbual, champion jugak. Setakat sejam dua tu tak terasa. Dah masuk waktu Maghrib baru sampai rumah.

Wife aku tak pernah kesah. Dia cool aje. Cuma tuan puteri rumah aku aje yang sound.

“Kenapa abah balik lambat, mama?” Tanya Salsabila, anak sulung aku. Semasa tu umurnya baru 7 tahun.

“Kenapa tanya mama? Tanyalah abah?” Jawab isteri aku.


Dengan suara nyaring penuh tanggungjawab, Salsabila menginterrogate aku.

“Abah! Kenapa balik lambat ? Abah ada teman wanita ke?”

ADOISSHH.





6 comments:

  1. ADOISSHH bukan jawapan....

    Apa jawapannya? Gua pon nak tau!?!

    ReplyDelete
  2. gedek!
    dah ada kajol, takkan mahu aishwarya rai pulak..

    ReplyDelete
  3. Tang TEMAN WANITA yang lawak tu...hehhehe

    ReplyDelete
  4. hahah... kalau kita orang x tanya kan ayah macam tu... " ayah.. ayah x nak kuar lagi ker malam ni..." heheheh

    ReplyDelete
  5. fadzli,
    itu yang tak tahan, apabila keluar dari mulut sikecil

    ReplyDelete
  6. aiza,
    nanti ayah ingat mak yang ajar

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...