Monday, April 4, 2011

Tunjuk Power

Cathode Ray Tube
Allahu akbar Allahu akbar.

Azan Maghrib berkumandang daripada Surau Diri Jumaat Hajah Putih Mahami berdekatan rumah aku.

Tok! Tok! Tok! Hellooo...

Aku buka pintu. Cilakak! Berdetak hati kecilku. Time-time begini ada lagi orang nak berniaga. Tak mesra alam langsung.

"Abang. Wa mau survey sikit," satu Cina berperut buncit berdiri di muka pintu. Aku nak halau, nampak tak 1Malaysia pulak. Aku dengar saja, walaupun sebenarnya aku nak pergi sembahyang Maghrib.

"Rumah abang pakai barang elektrik brand apa?" Soalan pertamanya. Sambil matanya meliar ke dalam rumah.

"Barisan National, ooppsss National, " jawab aku acuh tak acuh.

"TV abang berapa inci?" Soalan keduanya.

"21 inci," masa tu tahun 2004, 21 inci kira masih mahal lagi. LCD dan plasma tv belum ada lagi masa tu kot. (Sekarang pun aku masih guna tv 21 inci nih...)

"Abang tahu tv 42 inci berapa harga?" Soalan ketiganya.

"Tahu...RM 400 lebih kurang...." Aku bagitahu.

"Jangan bergurau bang...Betul-betul la," dia tak puas hati. Dia ingat aku main-main.

"Di Makro R300 lebih pun ada...." Aku bagitahu lagi. Makro Bercham dekat dalam 15 minit saja dari rumah aku.

"Itu China made la brader. Ini original punya berapa?" Dia cuba memancing aku lagi.

"Apa beza maa... Dia punya dalam picture tube semua dari kilang Chung Hwa Picture Tube, Shah Alam. Dekat Kampar pun ada kilang buat picture tube. Semua brand pun beli situ punya. Bungkus saja lain-lain. Kalau National bungkus, brand National. Kalau Singer bungkus, brand Singer. Lu tahu tak, remote control tv Singer & Panasosonic boleh share?" Aku pulak bertanya selepas berhujah panjang.

Cina buncit itu nampak terkebil-kebil. Kesian pulak aku tengok.

"Kalau lu cakap itu macam. Wa pergi dulu ma..."

Dia berpusing lalu pergi. Huh! Berguna juga ilmu fizik yang aku belajar masa tingkatan lima dulu.

2 comments:

  1. salam,

    itu jam omega bleh kongsi ka tak buleh?

    ReplyDelete
  2. bro brutal,
    dulu gua ada jam omega, beli dengan mamat afrika yang terjah ofis gua. rm40 jer. sekarang dah hilang, entah gua tertinggal kat hotel mana semasa outstation.
    dna gua banyak kat jam tuh. tali kulit bro...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...