Saturday, April 9, 2011

Suatu Hari Seorang Cikgu di Malaysia....


"Nais pikcher," kata budak sekolah itu kepada gurunya.

Seorang cikgu baru bertugas di sebuah sekolah rendah di pedalaman Kelantan. Mengajar Inggeris dalam Bahasa Melayu.

Budak-budak excited betul bila dapat cikgu baru, muda dan cun jugaklah. Mula-mula budak-budak panggil teacher, kemudian bila dah mesra dipanggil cher aje. (Sebutan cer macam dalam 'cerita' bukan Cher penyanyi pujaan tu).

Suatu hari seorang budak menegur si cikgu untuk memantapkan vocabularynya,

Budak: Good moring cher, saya nampak pik cher....
Cikgu: Hah! (Terkejut betul dia..... Adakah budak ni juga dah dirasuk kelucahan datuk T?) Apa awak royat awak nampak tadi?
Budak: Itu....Pik cher. (Budak itu menunjuk ke dinding)
Cikgu: Oh... Picture... (Dalam hati, suspen betul hehehe).

8 comments:

  1. "opoiki mencarut kue?"kata jawa johor...

    ReplyDelete
  2. Brutalsolo,
    Dewasa: mana kau belajar cakap kotor macam ni?
    Budak: TV, akhbar, ceramah, forum, diskusi..

    ReplyDelete
  3. susah gak kalau mengajar di negeri yg berlainan lorat ni kan...lain yg di sebut lain bunyinya...lain pulak mksudnya...

    ReplyDelete
  4. hahaha....pernah duduk kelantan, praktikal...pastu kawen ngan org kelantran...hehhee

    ReplyDelete
  5. nyanyisunyi,
    di kelate, lorat tu maknanya nak cepat, tergopoh-gapah, terkocoh-kocoh, rushing, in a hurry.
    selamat datang. tq

    ReplyDelete
  6. gedek!,
    di kelantan bengong bermaksud
    1. tolol
    2. blackout sekejap
    3. kerek
    4. tak cool
    5. lost!
    gua rasa no. 5 yang lu rasa. apakah lu rasa apa yang gua rasa lu rasa?

    ReplyDelete
  7. fadzly amir,
    patutlah orang kelantan kurang seorang, lu bawak balik ke penang rupanya haha

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...