Monday, April 25, 2011

Pengayuh Beca

suatu hari di Jalan Pusara
seorang pengayuh beca
mengayuh beca kosong
di bawah terik mentari


ke manakah tujuan
beca kosong dibawa?


sudahkah pagi ini dia mendapat
duit yuran SPM anak bongsu
dan bil letrik yang expire esok


berjayakah sudah si pengayuh beca adakan
harapan isteri yang lumpuh
untuk mendapat sebelah ayam
yang sudah RM8.50 sekilo


atau 2 ekor anak kembong
yang tiba-tiba menjadi RM14 sekilo
walaupun rumah mereka bertanah pasir pantai
dan angin yang masuk ke tingkap mereka berbau hanyir laut


oh pengayuh beca
salahkah tempat ini?
kerana tiba-tiba menjadi bandaraya


16 comments:

  1. "Lebih baik aku mati daripada menanggung siksa begini" ~ Azizah

    "Jikalau kau ingin mati, aku juga tak ingin hidup Azizah. Tetapi lebih baik kita bersabar. Tuhan akan menolong kepada orang yang bersabar" ~ Amran

    OK... gua tau takde sangkot-paot

    ReplyDelete
  2. PEmbangunan selalu di kaitkan akan mendapat menguntungkan rakyat.....tapi selalunya hanya menguntungkan pelabur, ahli perniagaan dan ahli politik....Yg selalu didengar dari org atasan ialah.." kenaikan harga ni tak membebankan golongan berpendapatan rendah.."..sedangkan diorg tak pernah menyelami apa yg org bawah buat untuk hidup...

    ReplyDelete
  3. pengayuh beca membawa diri.....

    ReplyDelete
  4. salam cikli,
    Sedih dengan kisah pendek ini. Banyak menyedarkan kita dan membuatkan kita berfikir lebih ke hadapan. InsyaAllah kita sama-sama membantu dan memartabatkan insan malang, InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Cikli,

    Sekarang beca di Kuala Terengganu dah berkurang nampaknya.

    ReplyDelete
  6. gedek!,
    nostalgik betul tu. gua suka

    ReplyDelete
  7. fadzli amir,
    betulla tu, beca tak pakai minyak petrol.
    sebab tu tak beban
    (bagi yg singkat otaknya...)

    ReplyDelete
  8. puteri,
    terengganuang kata:
    penggatih teksi...

    ReplyDelete
  9. cikguzam,
    semoga kita sama-sama

    ReplyDelete
  10. kunang-kunang,
    pernah melihat beca patah riuk tayar di persimpangan lampu isyarat.

    ReplyDelete
  11. penggatih teksi?
    payohnya nk sebut

    ReplyDelete
  12. puteri,
    gatih=kayuh
    teksi=beca, bickal roda tiga

    ReplyDelete
  13. kalau teksi (beroda 4 tu) panggil apa pulak?

    ReplyDelete
  14. ayam Rm 8.50 tu siam ke cina ke kampung punya..

    ReplyDelete
  15. puteri,
    itu kereta sewa atau orang kelate sebut kereta plate/plet

    ReplyDelete
  16. brutal,
    bmi ayam biasanya tahap obese.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...