Berpeluh Pak Rais mengayuh basikal membonceng anaknya, Amri yang debab walaupun baru masuk pra-sekolah. Mereka dari Pulau Duyung dalam perjalanan ke seberang sungai untuk ke pasaraya Sabasun. Di Sabasun harga tepung dan telur murah beberapa sen daripada di tempat lain. Berbaloi lah tu. Fikir pak Rais. Lagipun basikal Pak Rais setakat ni belum pakai petrol atau diesel.
"Banyak bendera atas jambatang ni. Siapa nak datang ayah?" Tanya Amri.
"Presiden Umno dan BN nak datang," jawab Pak Rais.
"Presiden Umno & BN? Adik tak kenal la. Siapa?" Tanya Amri.
"Tuu...." Pak Rais menunjukkan ke arah satu bunting di tiang lampu.
"Yalah."
"Kenapa ayah tak cakap saja Perdana Menteri Malaysia?" Tanya Amri.
"Sebab dia datang bukan sebagai PM, tapi sebagai Presiden Umno & BN," jawab Pak Rais.
"Kalau datang atas kapasiti PM, bendera Malaysia dan Terengganu lah yang sepatutnya penuh di atas jambatang ni. Ni penuh dengan bendera kati dan keris sahaja," Terang Pak Rais.
Sampai di hujung jambatan, Signage 'Allah Peliharakanlah Terengganu' jelas kelihatan di atas Bukit Kechil Besar. Pak Rais berpesan kepada Amri.
"Nanti di kedai, adik jangan minta macam-macam ye"
"Jadi ayah, tak boleh beli kaler warna untuk adik?" Tanya Amri.
"Kaler tu nanti ayah dapat wang ehsang, ayah beli selaluh."
"Buleh ke adik nak duduk dalang trolley, ayah tolak?" tanya Amri lagi.
"Yang tu boleh...."
"Yahuu..............."
Gembira betul si Amri hari ini.
Pak Rais lagi gembira kerana dapat memenuhi hajat anaknya untuk ditolak dalam trolley. Selagi mampu, apalagi tak payah keluar modal, ayah sanggup buat apa saja, nak.
Kesiang adik dok dapat pensel kaler ari ning...
ReplyDeleteHandphone untuk orang buta
Bukan pak rais yatim kang kang kang ???
ReplyDeletemiecyber,
ReplyDeletetiap tahun adik dapat tengok monsoong cup.
tiap hari adik dapat tengok masjid kristal.
itu kelebihan adik.
tuan sot,
ReplyDeleterais ini memang sudah yatim tetapi dia belum dapat datuk dan tak mampu nak gaji amah.
Murah rezki pak rais dapat uang ehsang.
ReplyDeletenur,
ReplyDeletesemoga rezeki pak rais dimurahkan Allah.
tulisan ini cuba menegur semua entiti yg menjadi kerajaan. samada bn, pr, umno, pas, pkr, dap, pbb...
ReplyDeletekalau buat function yg guna dana rakyat/kerajaan, jangan jadikan function parti.
kalau guna helikopter kerajaan, jangan pergi rasmi mesyuarat parti.
pengikut dan penyokong pun agak-agak la.
senyum baca citer Pak Rais dgn anknya Si Amri debab lam loghat ga'nu..
ReplyDeletetup2!!hampir tersedakkkk tgk statement ngelast sekali tuu..huhuhuh....
:p
demokrasi terpimpin negara malaysia...gituler...
ReplyDeleteKenapa 'pak rais' bro...?
ReplyDeleteLu buat gua baca entry ni 2 kali!
pn kartini,
ReplyDeletetiru stail cikgu la pulak.
sham,
ReplyDeletedemokrasi abdul wahab & abdul wahib haha..
gedek! bro,
ReplyDeletepak rais can change his mode as he please.
he can be either protagonist or antagonist just like a salamander.
this minute he may be seen as a predator, in a jiffy he manage to make us think that he is in fact a prey. and act as cute as the dream maker in the barney movie.
" ada lagi jambatan tu..kan pak rais dah bakar dulu...
ReplyDeletebrutalsolo,
ReplyDeleteyou got me la bro.
haji hadi repair balik masa sepenggal dia jaga. nasib baik tang rosak tu plaza tol saja.
cikli,
ReplyDeletebukit paling besar di KUALA TERENGGANU
ialah BUKIT BESAR. Saya dibesarkan di Bkt Kecil
seingat saya itu gambar BUKIT BESAR lah.......
Anonymous,
ReplyDeletealamak tersilap fakta la pulak. thanks for kabboring.
mesti betulkan.