Thursday, April 21, 2011

Pil EQ

Aku pernah bercakap dengan seorang kakak yang menjual pil EQ.

"Bagus pil ni dik. Kalau Pil IQ untuk bijak. Pil EQ ni untuk sikap dan pertimbangan yang positif," bersungguh-sungguh dia cerita.

"Anak akak sendiri. Dulu dia payah bangun pagi. Sejak makan pil EQ ni, bukan setakat bangun awal, baju pun dia basuh sendiri," bangga sungguh dia.

"Jadi baguslah untuk anak-anak dan orang yang ingin berubah," dia meyakinkan aku.

"Kakak......" Aku mamanggil untuk menarik perhatian.

"Kenapa tak propose je pil EQ ni kat pusat serenti? Budak-budak dadah tu, depa pun nak berhenti sebenarnya, tetapi bila ketagih, mindanya tak terkawal, lalu ambil dadah semula," aku melontarkan cadangan.

"Betul juga ye," naif juga kakak ni, disokongnya pula cadangan aku yang sinikal itu.

"Satu lagi elok jual kat Ahli-Ahli Parlimen, supaya bila berhujah di Parlimen, nampak cerdik sikit," kataku lagi mendedikasikan cadangan khas buat Bung Mokhtar Radin 'bocor' Kinabatangan, Mohamad Aziz 'macam bagus' Sri Gading dan Mohd Yusof Said 'tutup sebelah mata' Jasin.

Mereka inilah the real trio Datuk T yang terawal dan teroriginal.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. pil EQ tu kalau di jual awal awal dulu tak terlepas malaysia, batu putih

    ReplyDelete
  3. brtalsolo,
    batu putih tu, pil IQ dah cukup bro.
    pil EQ utk bantu masalah mendera dan mem'bela' amah.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...