Monday, April 4, 2011

Oh! Cikgu, Kenapa?

Al-Fatihah untuk cikgu yang telah tiada. Terima kasih semua.
Saya sayang cikgu.
Diambil dari FB Group Guchil Kita. Thanks.

 Hari ini hatiku menangis lagi
Kenapa cikgu?
Tak cukupkah pengajaran kisah lalu?

Cikgu
Semua tahu tugasmu mulia
Tugas kami juga begitu cikgu
Selagi kami tidak menipu dan tak makan rasuah

Cikguku dahulu terlalu baik
Kadang-kadang aku bising juga
Kadang-kadang aku berlari juga dalam kelas
Kadang-kadang aku juga tak buat kerja rumah
Selalunya aku terlepas
Cikgu selalunya membiarkan aku pergi
Sedangkan kawanku dijentik telinganya
Sedangkan kawanku dirotan tapak tangannya
Sedangkan kawanku ada yang digoncang kepalanya

Adakah kerana aku berwajah kasihan dan mengundang simpati?
Adakah kerana aku miskin dan perlu dikasihani?
Adakah kerana aku selalu dapat nombor satu?
Adakah cikgu pilih kasih?

Cikgu, aku cukup menyanjungimu
Aku cukup bangga denganmu
Aku betul-betul menghormatimu
Walaupun kadang-kadang engkau memualkan aku dengan songkok tinggimu
Walaupun kadang-kadang engkau menjengkelkan aku dengan bendera partimu
Walaupun kadang-kadang sesetengahmu digelak kerana berlagak serba tahu
Tetapi bisamu di mataku tak luntur kerana itu

Kenapa cikgu?
Bosankah engkau dengan tugasmu?
Bosankah engkau mengajar budak-budak yang benak dan bodoh?
Adakah engkau berimpian untuk mengajar hanya pelajar kelas A?

Kenapa cikgu?
Lupakah engkau pelajarmu itu masih kecil?
Bila kecil, perangainya budak
Bila perangainya budak, fikirnya singkat, otaknya ketat
Oh! Cikgu

Kenapa cikgu?
Stresskah engkau dengan kondisi hari ini?
Frustkah engkau dengan demokrasi hari ini?
Tertekankah engkau dengan isu-isu kebelakangan ini?
.
Kenapa cikgu?
Stressmu sudah melepasi tahap kawalan?
Apa engkau fikir engkau superman?
Engkau fikir engkau layak memakai underwear di luar dan memakai baju bersaiz ‘S’?
Tak sedarkah engkau cikgu?
Engkau seorang tak dapat mengubah dunia
Tetapi engkau mampu mengubah perjalanan hidup sebuah keluarga
Baik pun boleh, buruk pun boleh
Engkau berkuasa cikgu

Kenapa cikgu?
Lupakah engkau kepada Tuhan?
Engkau bukannya cikgu sekolah missionary yang ada patung dan salib geder di dewannya
Engkau bukannya cikgu di Akademi Fantasia yang asyik menjaga pitching pelajarnya
Engkau bukannya cikgu sekolah memandu yang mengajar orang yang sudah dewasa
Engkau cikgu sekolah agama
Agama apa?
Agama Islam

Kenapa cikgu?
Semua orangpun stress cikgu
Beratus ribu cikgu lain yang engkau wakili....
Mereka pun stress juga, malah ada yang sudah distress
Kasihan mereka cikgu
Tapi dunia ini bukan hujung jatuh mereka dan kita
Di sini bukan matlamat kita cikgu

Oh! Cikgu!
Budak itu baru 7 tahun mengenal kehidupan, cikgu...


Chendering
8.33 pm Isnin 4/4/2011

4 comments:

  1. salam

    kerana mereka yang begelar mak tiri dan ayah tiri ni la gua dapat belajar di dua buah negara over sea...
    terimakasih kepada mereka ...

    ReplyDelete
  2. brutal,
    gua setuju bro.
    kadang-kadang cikgu kampung yang tak pernah ke mana-mana, anak murid sampai ke uk, us, uganda, jepun. berbangga betul dia dgn anak muridnya sambil membetulkan songkok tingginya.
    thanks to them all.

    ReplyDelete
  3. nice 'sajak'

    serius skng ni keje cikgu stress. ahaha, ntahlaa stress is everywhere

    ReplyDelete
  4. matjoe,
    thanks.
    tanpa stress, dunia slow...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...