Friday, April 22, 2011

Anuar Kecik, Anuar Besar

Set-set megge nih
Dulu semasa di asrama, teman sebilik aku ada 2 orang bernama Anuar. Seorang besar macam Giant, seorang kecik macam Suneo.

Depa ni nama je sama Anuar, tetapi selalu bergaduh macam Anwar dengan Mahathir.

Suatu hari entah apa kes, tiba-tiba Anuar Giant naik angin dan mencabar Anuar Suneo.

"Nak goccoh? Mung ingat aku takut ke mung?" Cabar Anuar Giant. Memanglah dia tak takut sebab dia besar macam gajah.

Kami yang menyaksikan peristiwa itu menjadi suspen. Ada yang lebam bijik mata nanti ni.

Aku memandang Anuar Suneo yang cekeding. Habislah kau, fikir aku. Tiba-tiba Anuar Suneo menjawab,

"Mung ingat aku berani dengan mung?"

Ayat diplomatik Anuar inilah yang menyelamatkan Anuar daripada Anuar.

8 comments:

  1. salam tuan,
    hahahahhaa......bijak bijak

    ReplyDelete
  2. npe anuar suneo xfight jer tros../?hahaha

    ReplyDelete
  3. cikguzam.
    itulah cara seorang underdog melepaskan diri

    ReplyDelete
  4. budak kacamata,
    kalau fight terus yg ada sekarang hanyalah anwar ibrahim kot.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. orang nama nuar ni memang susah nak mengalahdan tingi diapunya ayat politik dan deplomatik

    ReplyDelete
  7. brutal,
    betol bro.
    tengok annuar musa. kalah pru, dia pi pulun bola pulak. sikit lagi bertanding lagi tu.

    ReplyDelete
  8. oh/... bru baca post ni..
    buat den kotawo bosa
    hehe

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...