Friday, April 1, 2011

Bila Cikgu Biologi Bengang

Adik beradik Noel & Liam Gallagher
dari kumpulan Oasis
Semua kami dalam makmal Biologi tunduk menikus mendengar Cikgu Che Mat berleter. Jarang cikgu lelaki berleber. Puncanya kerana keputusan ujian kami teruk. Teruk sangat.

"Ingat, awak semua dah tingkatan 5. Kalau soalan basic macam ni pun tak boleh jawab, macam mana nak ambik SPM tahun ni," panjang leteran Cikgu Che Mat.

Aku tahu kenapa sebenarnya terjadi begitu. Soalan ujian yang diberi banyak berkaitan topik semasa tingkatan 4. Itulah yang banyak pelajar tidak bersedia dan lupa.

"Ini satu," Cikgu Che Mat mengangkat tinggi satu kertas ujian pelajar.

"Saya nak fotostat kertas ni dan tampal di serata sekolah, jawab osmosis pun tak tahu apa!" Cikgu Che Mat masih melampias kemarahannya. Tak puas hati benar dia.

Kebenarannya, Cikgu Che Mat bukanlah cikgu paling faveret pelajar-pelajar. Biasa-biasa saja dia. Tetapi dia guru penasihat homeroom aku. Jadi aku respek padanya dan memandangnya sebagai seorang bapa. Bagi aku dia baik dan ada kelebihan tersendiri.

Cikgu Che Mat terus membaca jawapan seorang pelajar di kertas yang dipegangnya dengan nada mengeluh.

"Osmosis adalah kawasan di gurun di mana terdapat air."

Kah Kah Kah

Patutlah ....

6 comments:

  1. cikgu Bio kat sini tergelak sama nihh!

    ReplyDelete
  2. pehh kalau aku jadi cikgu bio aku nk resign bai

    ReplyDelete
  3. selama ni gua memang ingat osmosis adalah kawasan di gurun di mana terdapat air....

    "sudah tukar, ka?"

    ReplyDelete
  4. pn kartini,
    budak tu lupa la cikgu, dia kan melayu

    ReplyDelete
  5. hentakbelipat,
    jgn resign bai, kerja payah sekarang.

    ReplyDelete
  6. gedek!,
    itu reversed osmosis bro. bukan tukar.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...