Saturday, April 23, 2011

You Asal Mana ?

Wherever I lay my hat,
that's my home
 - Kata Paul Young
Bila aku melalui kampung Telaga Putat di Terengganu, aku terfikir pernahkah seorang budak yang dipanggil Putat telah membuat jasa di sini dengan menggali sebuah telaga yang akhirnya dapat digunakan oleh seluruh penduduk kampung?

Aku tahu nama Guchil kampung aku di Kelantan adalah sempena nama pokok guchil yang buahnya sebesar manik dan rasanya masam-masam manis.

Nama Beaufort di Sabah mungkin digunakan untuk mengubati hati terlara kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negeri kerana tidak credit Bahasa Malaysia.

Nilam Puri bagi aku adalah nama yang paling indah dalam Malaysia yang menempatkan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Kampung Aur Cina, Pasir Mas adalah tempat aku bertemu jodoh. Di situ yang ada hanya aur, Cina tak ada seorang pun di situ. Yang berwajah iras-iras Cina adalah. Yang iras Kajol pun ada.

Batu Buruk mungkin hanyalah kata-kata penyair yang kedapatan di situ yang frust dengan harga sotong celup tepung yang naik mendadak atau mungkin juga gelaran penduduk untuk ketua kampung mereka yang ada masalah kelelakian.

Pengkalan Chepa tempat aku mengenal kehidupan di MRSM KB dahulu menggambarkan sebuah pengkalan yang mungkin diasaskan oleh seorang yang bernama Mustafa yang kebiasaannya dipanggil Che Pa. Dekat Pantai Sabak di sinilah menjadi pengkalan pendaratan tentera Jepun semasa menjajah Malaysia. Di sini juga terletaknya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Taman Temiang Jaya pernah aku diami semasa berintensif Bahasa Inggeris di Kolej Negeri, Negeri Sembilan. Ianya berdekatan Taman Rasyidah Utama yang menjadi tajuk lagu popular Wings yang menjadi teman study aku untuk menghadapi SPM.

Taman Shamelin Perkasa, Cheras adalah tempat aku mengambil A-Level. Shamelin, aku pernah diberitahu adalah Syarikat Melayu Insaf yang diasaskan untuk mengumpul kuasa beli orang Melayu. Wallahu a'lam. Err... Perkasa tu tiada kaitan dengan Ibrahim Ali pada masa itu.

Bath, Avon tempat aku belajar dahulu bukanlah kerana orang di situ suka menggunakan barangan Avon semasa mandi. Di situ banyak kolam air panas dahulu, hinggakan hentian keretapinya dinamakan Bath Spa. Lagi ada Roman Bath yang popular yang dibina oleh penakluk Rom zaman dahulu. Avon itu adalah nama county atau jajahan di situ. Mungkin pengasas produk Avon adalah anak jati di situ.

Setelah bekerja, aku pernah merempat di Bandar Tasek Selatan yang pernah menjadi tajuk lagu dendangan Kumpulan Olan yang aku tak pernah minat kerana lagunya yang bagiku berlendir-taber. (Di Malaysia, kebanyakan orang terpaksa merempat di awal kerjayanya. Kenapa?)

Sembrong di Johor aku tak pernah kenal, tetapi namanya ... Ahhh...kalau aku komen nanti orang di situ marahkan aku pulak. Yang aku tahu ahli parlimennya adalah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn.

Sauk di Perak popular dengan tragedi Al-Maunah lama dahulu. Jika kita dari Kelantan ke Ipoh, kita akan melalui pekan Kuak, Sauk dan Kati. Ada orang Perak bilang, ianya menggambarkan orang kampung yang mencari rezeki di sungai dan bendang. Kuak dulu semak-samun, sauk, dapat ikan, kemudian timbang kati untuk jual.

Di Perak juga sebelah utaranya ada Larut, Matang, Selama. Maknanya sama sahaja. Menggambarkan masa yang lama, kematangan, forever. Tak ada kena mengena dengan motto Umno dulu, kini dan selamanya. Ahli Parlimen Pas yang pertama dahulu bertanding dekat-dekat sinilah. Perempuan lagi!

Kota Sarang Semut di Kedah namanya begitu unik. Menggambarkan impian kanak-kanak dan fiksyen seorang marhaen.

Nama Tongod, Moynod, Sukau, Paitan, Bundu Tuhan, Bundusan, Tamparuli, Leepang mungkin ada maknanya yang tersendiri dalam bahasa Kadazan atau Dusun atau Bajau.

Jeroco bukan hanya berada di Israel, tetapi di 80km off-road Lahad Datu-Sandakan. Jalan tanah merah berbatu kerikil. Kalau hujan tersangkutlah di situ. Jauh dan ulu pun, ada juga cikgu terutama ustaz dari Kelantan mengajar di situ.

Satu nama yang aku suka ialah Kota Samarahan, sebab ia berbunyi seakan-akan Samarkand.

Pantai Remis di Perak bukanlah kawasan pantai untuk berkelah. Ianya nama pekan lama yang sesuai untuk Pengarah Filem Mamat Khalid buat cerita zombie dan hantu yang seterusnya.

Kunak berdekatan Madai yang berada di antara Lahad Datu dan Tawau tiada kena mengena dengan kerabat istana Kelantan samada yang masih hidup atau yang telah mati.

Semporna, gateway to Sipadan tidaklah sesempurna mana. Shafie Afdal perlu tumpukan kawasan dia ni dulu sebelum ke hulu-ke hilir tak tentu kalu dengan mulut mengondem pentadbiran orang lain.

Kinabatangan semestinya berkait rapat dengan Sungai Kinabatangan di Sabah. Di sini didiami ramai orang etnik Sungai yang mengikut bancian rambang aku, kaum wanitanya adalah antara yang tercantik di Sabah. Yang lelaki adalah sekacak Bung Mokhtar Radin.

Chendering tempat aku tinggal sekarang, adakah ianya pernah tersohor dengan penjual chendol berambut kerinting yang kurus kering?

Banyak lagi nama tempat yang semuanya ada kelebihan dan cerita tersendiri. Andalah yang mengulasnya sendiri. Sekian.

28 comments:

  1. Nama Pahang berasal dari nama sejenis pokok hutan.

    Projek Pintar MAS

    ReplyDelete
  2. miecyber,
    ada orang kata nama pahang sempena seorang budak genius dari terengganu yang belajar di mersing.
    faham? cikgu tanya.
    pahang cikgu. jawab dia.
    awak ni, bijok la, pahang sokme. rupanya cikgu diapong orang teganu jugok.

    ReplyDelete
  3. salam
    kat dulu atok gua ada tanam pokok putat..buah dan daun buleh di buat ulam

    Pantai Remis-selainperak pantai remis adalah satunama pantai di selangor... pantai remis di selangor lebih elok dri di perak.. nak pergi ke pantai remis selangor antar..laluan kelang ke kuala selangor.. dengar kabar akak maher zain pernah berkelah di situ

    ReplyDelete
  4. brutalsalo,
    dulu seorang penyanyi buat konsert sungguh best.
    rajanya seorang mat saleh tanya, siapa gerangan penyanyi itu?
    anita sarawak tuan brooke.
    oouhh...beta namakan tempat ini sarawak...ada munasabah bendahara?
    ngam la itu..

    ReplyDelete
  5. Dalam gua ada musang jadilah tempat tu Gua Musang. Bajak sawah guna kerbau, kuba lekat dalam selut, kuba lekat --> Kebakat. Standardlah dulu berterabur dibina wakaf2 buat kemudahan orang berteduh terutama tepi2 jalan dan bendang, jadi ada wakaf baru dibina maka jadilah tempat tu Wakaf Bharu. Nak dijadi cerita kilat sabung menyabung, kilat, kilatan --> Kelantan.

    ReplyDelete
  6. nur,
    kebakat kuba lekat kahkahkah
    saya punya versi baju kebaya lekat kat tubuh. macam bungkus nangka.
    macam macam ada.

    ReplyDelete
  7. Chendering tu lu 'petik' sendiri je kan? Tak bole blah, la....

    ReplyDelete
  8. gedek!,
    kadang menulis santai melapangkan fikiran.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...:)


    Fakta atau Auta..??
    Pe2...
    idea kreatif & inovatif gitu!:p

    :)

    ReplyDelete
  10. pn kartini,
    fakta atau auta tak patut disalahguna

    ReplyDelete
  11. Kota Sarang semut tetap menjadi sebutan....huhuhu

    ReplyDelete
  12. pokmudo,
    semata-mata kerana namanya sesuai untuk marhaen berfiksyen.hehe

    ReplyDelete
  13. cakap tentang semporna.. kakak saya ada di sana :)

    seronok baca entry ni..
    nanti2 sambunglah lagi nama tempat2 yang lain..
    hehe..

    dulu2 ada baca buku "365 kisah dongeng", dalam tu ada cerita kebanyakan nama tempat diperoleh dengan kerap orang menyebut.

    contoh, Jementah.
    orang kampung buat kerja membanting tulang melapangkan sebuah kawasan..
    semakin dibuat semakin tidak berkurang pula semak samun di sana..

    bila ditanya smpai bila mereka akan buat benda tu.. mereka jawab "enath"..
    bila berbual sesama sendiri... pasti akan keluar ayat "jemu"..

    jemu..entah..jemu..entah...
    = jementah

    ReplyDelete
  14. pokmuda,
    percayalah bro...
    aku sedang menyiapkan sebuah fiksyen kanak2 tentang itu...
    nantikan bro

    ReplyDelete
  15. puteri,
    kakak awak ada di semporna? bolehlah awak pergi sipadan.

    jementah. hahaha

    ReplyDelete
  16. iya.. namun tak pernah menjejakkan kaki ke sana...
    :((

    dan diorang (kakak, suami, ank2) merancang2 untuk pulang ke semenanjung..

    hummm.. pakai tak sampai la ke sana..
    atau lama lagi baru smpai....

    ReplyDelete
  17. Apa sebut kampung aku tu ( pantai remis )....namun aku akui, banyak gangster cina jual dadah hidup aman setelah poket pak polisi diisi di sana......yg beli dadah budak2 melayu jadi nelayan...yg susah barang2 kena curi...bapak aku!!!!...

    Kampung Padang Serai,rumah aku ( dekat dgn pantai remis )...dulu masa org mula2 dtang memang macam padang, tapi banyak lalang, diorang ingatkan serai...

    ReplyDelete
  18. puteri,
    tak sempurna pon di situ. kedah lagi cantik.

    ReplyDelete
  19. fadzli,
    bukan padang serai namanya sebab ada yb lompat yang mukanya sepadan aiswarya rai?
    kah kah kah

    ReplyDelete
  20. asal,
    release kusut fikiran kadang-kadang.

    ReplyDelete
  21. Pengkalan Chepa adalah tempat pertama aku mengenal dunia. Sepanjang pengetahuan aku asal nama ini ialah Pengkalan Champa sempena nama daerah yang meliputi area pergunungan di sebelah barat daerah pantai indo china iaitu kawasan Laos dan sebahagian Vietnam.

    (Aku masuk Name/URL tapi invalid lak ~~ Anonymous)

    ReplyDelete
  22. anonymous,
    aku amat suka pengkalan chepa. terbaik.

    ReplyDelete
  23. cikli, Kota Sarang Semut kampung saya tu... KOTA = panggilan utk tempat ni, SARANG = memang macam2 sarang ada kat sini skrg... terutama rumah sarang burung merata2 tempat... yang pasti lebih gah dari rumah orang kampung sendiri... SEMUT= memang banyak kat sini, maklumlah orangnya manis2 belaka... he he

    ReplyDelete
  24. Naeblog,
    tang mana duduknya...saya kenai tu...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...