Sunday, April 10, 2011

Raja Beruk

Siapakah Badruddin dalam hidup
 James Brooke?
Masa aku kecil belum bersekolah dulu, aku cukup boring bila ada rancangan Hari Ini Dalam Sejarah. Masa tu aku manalah tahu apa-apa pasal sejarah. Yang aku tahu Hari Ini Dalam Sejarah terbitan RTM yang biasanya disiarkan selepas berita, hanya akan melambatkan rancangan kegemaran The Incredible Hulk, CHiP, BJ & The Bear dan The Man From Atlantis yang sedang ditunggu-tunggu.

Ada sekali sebelum siaran The Incredible Hulk, Hari Ini Dalam Sejarah menyiarkan tentang sejarah pemerintahan Raja Brooke di Sarawak.

Aku yang masih kecil terfikir-fikir, kenapa, apa dan siapa Raja Beruk itu? Kenapa dia dipanggil Beruk? Kenapa dia dapat jadi raja di Sarawak?

Setelah belajar sejarah masa darjah 4, barulah aku tahu, Raja Beruk itu adalah James Brooke. Cuma aku masih tertanya-tanya kenapa dia dan keluarganya dapat memerintah Sarawak. Dan dinastinya bersambung-sambung.

Sekarang, selepas puluhan tahun, aku rasa pilihanraya negeri Sarawak 2011 inilah peluang keemasan untuk rakyat Sarawak melantik seorang 'manusia' untuk memerintah Sarawak.

14 comments:

  1. gua lebih terkesan dalam transformasi dr.david bruce Banner kepada Incredible Hulk...tapi masa zaman gua kecik dulu dia orang panggil tukar saja bukan transformasi ..

    bila bertuakar jadi hulk tu banyak pecah pecah tingkap bahya pada org tinggkap..bahya bahaya

    jemes brooke diaoarang buleh pulak terima heran ada pati oring semenanjung dia orang tak buleh minum

    ReplyDelete
  2. Beruk tu kau maksudkan beruk dalam cerita BJ and the Bear tu kan?

    Sori gua blur malam ni....

    ReplyDelete
  3. Eh sama la kita..memang dulu tak suka tengok hari ini dalam sejarah..tapi sekarang aku minat sangat sejarah....eh betol ke....keturunan beruk masih bermaharaja lela kat serawak sekarang....!!..hehehhe..hanya beruk yang mampu menjawab dgn betul...

    ReplyDelete
  4. raser nk gelak bile ingt sjrh 'Brooke' nie..huhu

    ReplyDelete
  5. set2 beruk mat yeh blako

    ReplyDelete
  6. brutalsolo,

    mengikut rais yatim, transformasi lebih baik daripada ubah.

    ReplyDelete
  7. asal,
    saya tak pandai guna istilah parodi ..hehe

    ReplyDelete
  8. gedek!,
    lu mesti suka brooke shields. gua pon.

    ReplyDelete
  9. fadzly amir,
    sejarah dan geografi bertukar menjadi alam dan manusia sekejap. sehinggalah pm pak lah tersedar dari zzzz nya.

    ReplyDelete
  10. firdaus kasim,
    yang kalah akan 'broke'

    ReplyDelete
  11. budak kacamata,
    betul ke brooke tu gay?

    ReplyDelete
  12. ayohnik,
    beruk mat yeh kena belacan berebut bunga.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...