Wednesday, April 13, 2011

Blue Ocean Strategy Blues

Biru ke Merah ke, janji Rock!
Pak Jab memandang 3 pekerja harapannya dengan geram. Macam mana kantornya boleh mempunyai pekerja sebodoh mereka. Sesekali mereka bertiga kelihatan berbisik sesama mereka. Tetapi mereka masih tunduk memandang lantai, tidak berani memandang muka Pak Jab.

Pandangan Pak Jab beralih ke luar tingkap. Adakah aku yang tersalah cakap atau makhluk bertiga ini yang terlalu dungu?

Perusahaan Pak Jab telah mengalami kemerosotan kebelakangan ini. Tempahan perabut yang diterima amat berkurangan. Malahan ada juga tempahan yang dibatalkan oleh pelanggan. Dicampur dengan tempahan yang tidak menepati standard dan rosak yang dikembalikan, perusahaan Pak Jab boleh dikatakan di ambang kemuflisan.

Setelah berfikir dan menanyai ramai orang, akhirnya Pak Jab mendapat satu idea bernas. Dia mesti membuat transformasi dalam perusahaannya. Bagaimanapun sebelum membuat transformasi ke atas perusahaannya secara total, dia perlu membuat transformasi di dalam kantornya terlebih dahulu.

Lalu semua pekerja di kantornya dipanggil untuk satu taklimat terpenting pada suatu hari. Mandatori.

“Hari ini kita akan bercakap pasal BOS,” Pak Jab membuka bicara.

“Kenapa boss?” Tanya pekerja harapannya Tiby.

“BOS lah yang akan menjadi penyelamat kita semua,” beritahu Pak Jab penuh yakin.

“Memanglah boss, siapa lagi?” Sampuk pekerja kesayangannya, Tikay.

“Bukan boss, BOS. Bi. Oo. Es. Blue Ocean Strategy,” Pak Jab tersenyum kepada semua pekerjanya.

“Blue apa boss?” Tanya seorang lagi pekerja ayam tambatannya, Tishu.

“Itulah yang saya nak bagitahu hari ini.......” Ujar Pak Jab sambil memandang Tishu dan seterusnya pekerjanya yang lain seramai seratus sepuluh orang itu.

Pak Jab mula berceramah tentang Blue Ocean Strategy. Tentang konsep Blue Ocean dan Red Ocean. Baginya ini penting. Apalagi sekarang ini, Perdana Menteri pun bercakap tentang Blue Ocean, jadi kita pun mestilah berzikir tentang Blue Ocean. Itu fikir Pak Jab. Dulu semasa PM bercakap tentang KPI, Pak Jab berwirid KPI. Semasa mantan PM bercakap pasal OSA, One Stop Agency, Pak Jab bernafas pun bunyi OSA...OSA.

Masuk minit kelima, Pak Jab mendengar bunyi kroohhh.....

Celaka! Maki hati Pak Jab apabila dilihatnya Tiby sudah berdengkur. Dilihat di kanan, Tikay sudah melimpah air liur basi. Di sebelah Tikay, Tishu sudah terlopong dengan muka menghadap siling. Memang begitulah ketiga-tiga pekerja kesayangan dan harapan Pak Jab ini, bila ada majlis ilmu, awal-awal lagi mereka sudah ghaib entah ke alam mana.

Pak Jab meneruskan ceramah Blue Ocean kepada pekerjanya yang lain.

Menurut Pak Jab, suasana pasaran sedia ada sekarang dan permainan di dalamnya diibaratkan sebagai Red Ocean. Pasarannya di situ, permintaannya di situ, persaingannya di situ, peraturannya di situ, pemainnya di situ. Semuanya telah diketahui umum. Persaingan yang kadang-kadang mencantas dan memotong leher telah menumpahkan banyak darah dan menjadikan warna laut di situ berwarna merah darah. Sebab itulah suasana itu dipanggil Red Ocean. Tidak selamat lagi untuk di diami.

Red Ocean inilah yang melemaskan perusahaan Pak Jab sekarang ini.

Jadi, satu suasana baru yang tenang perlu dicari untuk kelangsungan hidup. Satu kawasan laut yang biru, nyaman, sesuai untuk mencandat sotong. Satu suasana pasaran yang belum diteroka, yang tidak ada pemain otai yang sedang memonopoli. Tidak ada peraturan lama yang menjerut. Suasana yang masih tiada persaingan yang kejam dan juga suasana yang menjanjikan pasaran baru yang meluas dan menguntungkan. Itulah yang dipanggil Blue Ocean.

Untuk mencapai ini, empat elemen utama perlu dijadikan strategi iaitu reduce, eliminate, create dan increase opportunities. Pak Jab menerangkan satu-satu strategi dengan penuh keyakinan dan bersemangat walaupun diselang-seli dengan dengkuran Tiby.

“Saya yakin 110% bahawa kita semua perlu berenang ke Blue Ocean sekarang!” Kata-kata terakhir yang penuh bersemangat daripada Pak Jab disambut oleh pekerjanya dengan laungan,

“BLUE OCEAN!!!!!!”

“Blue, blue, blue.......” Tiby terlatah apabila terkejut daripada tidur dek laungan kuat pekerja yang lain.

Tok! Tok! Tok!

“Tuan, ada 3 orang pegawai polis sedang menunggu di lobi, boleh saya benarkan mereka masuk?” Setiausaha seksi Pak Jab yang bertudung merah dan berbaju putih jarang muncul di muka pintu membawa perkhabaran.

“Minta mereka tunggu sekejap, nanti saya keluar,” jawab Pak Jab.

Mata Pak Jab beralih kepada tiga makhluk yang sedari tadi mendiamkan diri dalam pejabatnya. Tak lain tak bukan, mereka ialah Tiby, Tikay dan Tishu.

“Baghal punya orang, pasal kamulah, perusahaan aku semakin nak lingkup. Dah berkali-kali aku cakap pasal Blue Ocean.”

“Hari tu semasa boss berceramah pasal transformasi, saya hanya dengar blue, blue, blue saja boss. Itulah yang kami buat tu,” Tikay bersuara.

“Maafkan kami boss, itupun Blue Ocean juga boss. Orang lain belum teroka lagi bidang tu,” Tiby bersuara sambil melihat waktu di jam omeganya.

“Woi baghal, itu bukan Blue Ocean, itu blue film! Mangkuk betul!” Marah Pak Jab sehingga menyembur air liur betul-betul di atas hidung Tishu, sebelum dia meluru keluar untuk bertemu 3 pegawai polis yang pastinya ingin mengambil kenyataannya berhubung isu penayangan dan pengedaran video lucah di kilang perabutnya.

Sejak hari itu, Geng 3T, Tiby, Tikay dan Tishu berazam tidak mahu lagi tidur semasa ceramah apa saja, di mana saja.

16 comments:

  1. Mula mula aku ingat Pak Jab yg kita sama-sama 'pernah' kenal...

    Al Fatihah

    ReplyDelete
  2. nice... simpan jam tu elok elok kang ada yang curik berputih mata

    ReplyDelete
  3. gedek!,
    oh bukan pengasas perwira mat gila yang hebat tu. gua sepatutnya guna nama lain.
    kalau namakan pak jib takut orang ingat gua kenen pada pm yg dikasihi.
    kalau pak jub, nanti brutalsolo tuduh gua mencarut pulak.

    ReplyDelete
  4. brutalsolo,
    lu memang hebat, panjang lebar gua tulis, jam tu jugak yang lu nampak.
    memang konspirasi oppsss strategi gua menjadi.

    ReplyDelete
  5. cikli,

    berita semalam,
    pengakuan dot.dot.dot
    bahawa tidak pernah menuduh det.det.det
    ada kaitan dalam kes dat.dat.dat.

    ReplyDelete
  6. Aku baca dengan emosi sikit tentang pengakuan RPK yg macam sesumpah lidah bercabang...!!!..umpama pukulan smash dari Dato Lee Chong Wei untuk mendapat mata akhir....What the Fish!!!!

    ReplyDelete
  7. puteri,
    dulu ada cerita sofea jane berlakun.

    perempuan, isteri dan jalang.
    lepas tu kena tukar ke
    perempuan, isteri dan dot dot dot

    dot dot dot = jalang?

    ReplyDelete
  8. fadzli amir,
    kalau perjuangan tak berlandaskan Islam, itulah pengakhirannya.
    di badar pun Nabi S.A.W. dikhianati. akhirnya menang jugak

    ReplyDelete
  9. firdaus,
    walaupun hang tak pernah ada awek indon, akan tetapi kantor=ofis, pejabat.

    ReplyDelete
  10. miecyber,

    benda-benda macam ni, buat serius macam manapun, lawak jugak

    ReplyDelete
  11. Lawan Blue Ocean Strategy ialah Red Ocean Strategy. Jika dipandang daripada sudut Feqah; BOS mengambil pendekatan menghalalkan perkara-perkara yang samar-samar dan syubhat manakala ROS mengambil pendekatan mengharamkan semua unsur yang samar-samar dan syubhat.

    Willy

    ReplyDelete
  12. willy,
    welcome back. lama menghilang?
    BOS & ROS.
    macam ngam je.

    ReplyDelete
  13. He He He. Blue Ocean Strategy menganggap semua perkara di sekelilingnya adalah peluang manakala Red Ocean Stragety menganggap semua perkara di sekelilingnya adalah ancaman.

    ReplyDelete
  14. willy,

    memang kak ROS macam tu.
    BOS pula memang macam tu. hhehehe

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...