Tuesday, April 19, 2011

Siapa Ganti Haji Hadi ?


PGU - Pas Ganti Umno bukan Presiden Untuk diGanti
 Suara-suara supaya Presiden Pas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang digantikan kembali geger apabila Pas kalah kesemua 5 kerusi DUN yang parti Islam itu bertanding di dalam PRU Sarawak baru-baru ini.

Mereka mengaitkan kekalahan dengan Haji Hadi macamlah kerusi DUN Beting Maro, Muara Tuang, Sebuyau, Sadong jaya dan Tanjung Datu itu selama ini diwakili oleh Pas, dan baru sekarang terlepas ke tangan PBB yang bukan Bangsa-Bangsa Bersatu itu.

Mereka juga mengungkitkan keupayaan Haji Hadi yang hanya mampu sepenggal menguasai Terengganu, padahal sebelum ini merekalah yang berpencak berlalak mengatakan penipuan ‘grand design’ yang berjenamakan ‘gelombang biru’ yang dilakonkan Idris Jusoh dan rakan-rakan yang menjatuhkan kerajaan berhemah dan cermat pimpinan Haji Hadi.

Bertambah lucu apabila semasa pemilihan sebelum ini, mereka menamakan Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai calon Presiden baru. Macamlah mereka tidak tahu iqamat itu datangnya kemudian daripada azan.

Sekarang pula, untuk pemilihan akan datang, dinamakan pula anak didik kesayangan Tok Guru Nik Aziz, Husam Musa sebagai calon Presiden. Anehnya Husam awal-awal telah menolak mentah-mentah.

Yang jelas, calonnya tiada, tetapi Presiden mahu digantikan.

Lantas membuat aku teringat cerita seorang rakan tentang seorang ustaz di Perak. Seorang telah bertanya kepada ustaz tentang hukum air mani.

“Ianya suci, tetapi tidak menyucikan. Walaupun ia bukan najis tetapi tidak boleh dibuat bersuci” jawab ustaz.

“Kalau cukup 2 kolah macam mana? Boleh buat ambil wuduk?” seorang itu terus bertanya. Bau macam nak loyar buruk pun ada. Dari segi logik pun memang out!

Ustaz hanya menjawab dengan selamba untuk menutup perbualan.

“Anta kumpulkan air mani cukup 2 kolah dulu, kemudian baru saya jawab.” Full stop.

Begitulah dengan isu tukar Presiden Pas sekarang. Ada calon, baru cerita.

12 comments:

  1. tinggi betul mantik ustaz itu.. kalau ada dua kolah udah bercampur banyak DNA.. ini kes sudah buleh buang...

    ReplyDelete
  2. brutalsolo,
    mantik untuk melawan loyar buruk

    ReplyDelete
  3. bokali ni geng2 antihusam aka kerabat tinta emas nak wat onar pulop ke?

    ReplyDelete
  4. AKu tak boleh bayang kan kalau mamat tu betol betol cuba mengompolkan 2 kolah...

    ReplyDelete
  5. gedek!,
    mungkin kita boleh guna mamat ni untuk dapatkan dna anwar

    ReplyDelete
  6. Hai macam tu la diorang....ada lagi saki baki umno dalam pas ni....bagi mandi je ngan air **** dua kolah, baru ada akai...

    ReplyDelete
  7. fadzli,
    zaman sekarang ramai yang nak jadi drebar.

    ReplyDelete
  8. saya ada dengar juga pasal kisah air mani tu..ustaz kazim

    ReplyDelete
  9. imansyah,
    ustaz kazim...sedap dia mengajar.
    adik dia yb ustaz najmuddin pun sedap.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...