Setiap subuh pantai berselimut sepi, menanti berita kematian, dari saujana lautan.... Kata Harmoni |
Mimpi apa entah, ayah tiba-tiba meminjam batang kail daripada abang ipar. Dengan sabit terselit di pinggang dan bersemutar, ayah bergerak ke Sungai Kelantan dengan berjalan kaki. Ayah senyum sahaja bila mak berkata,
"Tak payah beli ikan dah nampaknya hari ni."
Menjelang zohor, aku nampak dari jauh kelibat ayah memikul sesuatu. Sampai di tangga, ayah menyandarkan batang kail di situ dan menghempap guni besar yang sedang dipikulnya ke tanah. Seguni penuh berisi pucuk paku! Ikan? Seekor pun tak nampak batang hidung.
Ayah senyum sahaja. Kali ni nampak gigi. Bijak betul dia cover line. Patutlah dia bawak guni siap-siap. Ada plan B rupanya.
saya masih x phm lg.. nk buat apa pucuk paku tue?
ReplyDeleteSalah satu entri paling hot firdauskasim.com
Cara-cara menambahkan ketinggian badan
assalamualaikum..
ReplyDeleteJangan ingat orang kampung tak pandai nak cover2 line ala2 politik gituuu..
Plan B pucuk paku pun...masak lemakk sodapp!
kenapa tak pegi 'kokok etak' sekali..?'
ReplyDeletesalam
ReplyDeletetgh berpikir maksud tersurat disebalik kata2 yg tersurat..:)
wah sangat bagus
ReplyDeletesekurang2nya tangan tak kosong
pergi kedai nak beli pulut
bila pulang dibawa balik tepung
hehe
janji boleh makan
Macam tu la kalu kat kampung, sekeliling rumah boleh dibuat lauk..ingat lagi masa duduk kg dulu, abah patah tangan...pastu terbegaduh lak ngan dia...so nak pegi kedai nak beli ikan takde duit ( tak mau mintak dari dia )..kutip la pucuk ubi kayu buat masak lemak...hehhee
ReplyDeletepucuk paku angin
ReplyDeletefirdaus kasim,
ReplyDeletetak dapat ikan, ada juga buah tangan untuk seisii rumah.
pn kartini,
ReplyDeleterebus cicah budu pong sedakkk
gedek!,
ReplyDeletemung ingat senang nok kokok etok?
basoh bejerok la abe weiii
pn kamsiah,
ReplyDeletepn betul. saya tak kisahkan cerita ni untuk berlalu begitu saja. ada yang tersiratnya... tq puan
puteri,
ReplyDeletejanji jangan dihampakan yang sedang menanti..
fadzly amir,
ReplyDeleteterbegadoh dengan ayah? lawak la bro..jangan selalu tu...even sesekali
brutalsolo,
ReplyDeleteangin tak angin 2 pinggan dah pucuk paku masak lemak yang kajol masak gua makan petang tadi.