Tuesday, April 26, 2011

Kisah Jin & Email

Di sebuah kampung, sepasang suami isteri sebak melihat kegembiraan anak mereka.

"Inilah hadiah hari jadi saya yang terhebat, mak, ayah," kata Amin sambil memeluk kedua orang tuanya.

Kegembiraan Amin berpunca daripada sepucuk surat daripada bapa saudaranya yang tinggal di kota.

"Sempena hari jadi Amin yang ke 18, Pak Ngah hadiahkan email address untuk Amin.
Amin93@ggmail.com. Harap Amin gembira.
Bukan itu sahaja......
Pak Ngah juga telah createkan satu blog untuk Amin. http:///aminbudakberjurus.blogspot.com/
Dan guess what... Amin juga ada FB, Pak Ngah createkan akaun FB untuk Amin. Nanti Pak Ngah emailkan.
Happy happy joy joy . From Pak Ngah"

"Kenapa ayah dan mak macam tidak gembira?" Soal Amin menyedari ibu dan ayahnya sedang berduka.

Ayahnya lalu bercerita.

Dulu ada seekor jin telah mengurung 2 orang manusia di dalam gua. Sebelum dikurung, jin bersetuju untuk menunaikan satu permintaan mereka. Pemuda pertama mahukan makanan. Ditunaikan. Pemuda kedua dengan sombong berkata,
"Aku mahu rokok," katanya yang memang perokok tegar. Ditunaikan.
Selepas 10 hari, pintu gua dibuka.
Pemuda pertama sihat walfiat kerana dapat makan sedap.
Pemuda kedua keluar dengan wajah masam mencuka.
"Celaka lu jin. Lu bagi gua rokok. Tapi lu tak bagi lighter. Jenuh gua cuba buat api pakai batu, tapi tak jadi. Gua fail bab sains ni....." Marah betul dia. Jin cuma gelak Ha Ha Ha.

Habis cerita.

Amin termenung. Masih tidak berapa faham.

"Amin, berapa banyak email address yang kamu ada pun. Berapa banyak blog yang kamu ada pun. FB ke twitter ke, friendster ke. Kalau tak ada line internet, macam lah cerita pemuda tadi dengan rokok," ibunya menjawab ketidakfahaman Amin.

Amin yang berumur cukup 18 tahun hari ini menjadi semakin lebih faham tentang kehidupan dan putar alam.

18 comments:

  1. Saya tak perlu email Najib sebab saya dah ada email.Huhuhu...

    Makanan terlarang

    ReplyDelete
  2. Ini yang tak tau, ayam dulu atau telur dulu.

    ReplyDelete
  3. awal2 kene chong
    sibbek tidak ku terpedaya

    yg lg syok kena beli usb biometric device baru bleh guna 'free email' tu.

    ReplyDelete
  4. kesian lakk si amin..confirm terkedu nihh!

    ReplyDelete
  5. hanya kamu yang boleh menolong menelamatkan kekanda kekanda kamu Abdul Wahub

    ReplyDelete
  6. miecyber,
    kena tolong melayu meniaga bang

    ReplyDelete
  7. puteri,
    usb biometric device? apa tu?

    ReplyDelete
  8. pn kartini,
    amin semakin mengenal dunia

    ReplyDelete
  9. brutalsolo,
    ini kata-kata suleiman akhlaqen. lawyer baik.

    ReplyDelete
  10. Apa yang aku akan dapat dgn emel yg dikatakan free tapi berbayar ni....tak paham sungguh aku...kat penang ni siap wifi free lagi Lim Guan Eng bagi, hang bukak la segala mak bapak emel, sebab memang free pon...heran aku...

    ReplyDelete
  11. Hari ini aku menutup akaun facebook aku. Aku telah menghantar pos pd wall org yg aku sayang. Apabila aku melihat org yg aku sayang on-line, hati ku berbunga-bunga dgn harapan dia membalas pos aku tu. Setelah dia off-line, aku melihat dia telah mendelete pos yang aku hantar hari ini dan pos yg aku hantar pada 12 April 2011. Hati ku remuk redam lantas memutuskan hubungan facebook dgn dia dan 191 org yg lain. Kaciwa.

    ReplyDelete
  12. fadzly,
    benda pelik sering terjadi di negara kita. kesian kita..

    ReplyDelete
  13. anonymous,
    kejamnya facebook.
    aku faham perasaanmu sebab itulah aku tergelak (sikit je ye)

    ReplyDelete
  14. Hahaha, kalau ada email free 1 Malaysia pun kalau rakyat ada yang merempat ikat perut tak makan sebab barang naik buat apa jugakkan. Apa ada hal dengan email free tu. Lol~

    ReplyDelete
  15. ada email takde internet macam ada setem tapi pejabat pos dah bankrupt.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...