Wednesday, July 30, 2008

Aku Masih Dara

Banyak kisah bermula di sini
Semasa meneliti peta yang tertampal di dinding dekat stesen tube Baker's Street untuk mencari jalan ke Madame Tussaud's, seseorang menyapaku dari belakang.



"Garuda Indonesia.... Indonesia is your country right?" seorang mat salih tua dalam 60an berperut boroi bertanyaku sambil menunjukkan lambang Garuda Indonesia di peta tersebut.



"No...I am from Malaysia", jawabku.



"Whoaaa... I used to work there, bla..bla...bla....."



Noelle Folley, seorang pesara yang padaku melalui perbualan kami, biasa bergaul dgn orang Asia. Menurutnya dia juga mempunyai kenalan Melayu warga Singapura yang bekerja sebagai pilot Singapore Airlines. Menurutnya, pilot tersebut sering melawatnya bila datang ke UK. Dan Noelle mengatakan surname aku sama dengan nama pilot tersebut. Noelle memang peramah.



" What about dinner at my house tonight?" Noelle mempelawaku.



" Sorry Mr., my bus to Bath City (2 hour ++ journey from London) will be at 5 this evening", jawabku ikhlas.



"Ohh....." Nada kekecewaan Noelle jelas kurasa. Kami sambung borak lagi.



"I think you should join me for lunch at my place" satu cadangan baru dari Noelle. Aku nak menolak, memang aku agak kekok dengan benda-benda macam ni, tetapi amat payah untuk aku mengatakan a simple 'NO'. Lagipun mata Noelle semacam mengatakan pleaseeeeeeeeeee....



"Alright. Where is your home?" soalku.


"I'll get you the train ticket, my house is in Zone 4 (I've forgotten the place bah)", jawab Noelle.



Noelle membeli tiket pergi-balik untukku. Di atas train, aku bertanya Noelle...



" Mister, How many kids do you have?"



"I never marry"



Whossshhhh....darahku naik ke muka. Sudah.....Apa nak buat? fikiranku mula gusar. Aku ingatkan makan lunch dengan family dia. Bujang lagi da....Semacam terpampang berita akhbar di Malaysia dalam fikiranku masa itu...."Pelajar Melayu Hensem di liwat di London".



Aku cuba memujuk hati. Buang jauh-jauh fikiran negatif itu. Sesampai di bandar tempat tinggal Noelle, dia berkata.




"I will buy some chicken at the halal shop there. You are particular about that right? Aren't you"



"Very", jawabku dengan seribu kelegaan. Ternyata Noelle orang baik-baik.



" I will cook curry peranakan for you", kata-kata Noelle dengan sebutan peranakan ala telo Sir Harold Mac Michael menambah kelegaanku.



Di apartmentnya, semasa Noelle memasak, aku meninjau-ninjau koleksi videonya. Satu tajuk video yang aku baca sekali imbas membuatkan darahku berderau.



PRICK IN YOUR ASS



Ya ALLah...Aku mula ketakutan. Tapi aku tabahkan hati dan maintain cool.



"Noelle, your pilot friend you mentioned....is he married?" aku bertanya pada Noelle yang sedang kusyuk memasak macam Cef Wan lagaknya.



"No"



" How old is he?" tanyaku lagi.



"40"



Sah! Mereka pasangan luar tabii. Fikirku. Adakah aku akan hilang teruna secara paksa? Ya Allah selamatkanlah hambanya ini. Doaku ketika itu. Aku melihat balik kepada tajuk video tadi untuk confirmation......fuh lega...alahai.



PRICK UP YOUR EARS



Itu tajuk yang sebenarnya. Entah macam mana aku boleh silap baca. Tu lah fikir yang bukan-bukan lagi.



Akhirnya Noelle siap memasak dan kami sama-sama makan sambil tengok perlawanan tennis Wimbledon di TV. Patrick Rafter lawan entah...dah lupa aku. Bukan sedap pun masakan yang kononnya kari peranakan Noelle. Setakat 2 bintang je. Itupun bintang subsidi.



Siap makan kami sambung sembang lagi. Kemudian, seperti yang aku telah khuatir sejak sekian lamanya, Noelle mula bertindak gatal.



"Don't go back to Bath today, spend overnight here..."



" Errr....I have to...I will pay you a visit next time when I come to London", aku cuba sedaya upaya supaya Noelle tidak kecewa. Takutku bukan kepalang. Sekiranya dia keluarkan pistol dan mengugutku sudah tentu aku tinggal hampas jadinya. Alangkah hinanya aku jika perkara ini terjadi. Nauzubillah.



"OK then... You will come again, right? This coming Christmas. You can sleep here", kata Noelle sambil menarik kusyen di bawah sofa yang boleh dibuat katil. Aku mengangguk....."or.... you can sleep in the room with me", mak oiii rasa nak muntah aku. Tapi ketakutan mengatasi kemualan. Aku masih berlagak cool supaya Noelle tidak dissappointed. Because he might get rough if he did. That was what I thought. Tapi masa tu fikiran nakalku masih bermain. ...Kalau at least perempuan aku paksarela juga...he he hee.. That's the beast in me, could be in any decent guy. Sorry...may be not.



Noelle merangkul tangannya pada bahuku sambil jarinya memain-main dan mengelus-ngelus dadaku yang terdedah kerana butang yang paling atas dah loose. Aku biar je le. Because the worst might happen if I resisted.



"You have beautiful skin....I like that" alangkah seronoknya kalau yang berkata begitu ialah Elizabeth Hurley atau Anna Pareha budak Spanish dalan kelas Chemical Engineering yang digilai oleh kawanku Sahaque. Ini Noelle, seorang tua berperut boroi dan yang penting dia LELAKI...LELAKI.



"You won't get married, will you?" Apa barang la soalan Noelle. Aku sejak mula baligh lagi dah rasa nak kawin.



"As a matter of fact, I will. This girl, my university mate. We will get married in 2 years time" terangku dengan harapan Noelle faham aku ni straight, bukan gay, bukan homoseksual.



"OK then If you must go, I'll send you to the tube station now. Promise to come this winter...do not forget to call ok...



"Give me a huggie then...."



Pintanya sambil terus merangkul badanku. Walaupun mata kupejam rapat, ternyata perut boroi Noelle amat ketara terkena pada perutku.



Ternyata Noelle seorang yang baik. Seorang gay yang baik. Dia tidak suka memaksa. Dia mahukan kerelaan dariku. Dan ternyata aku seorang lelaki tulen. Allah selamatkan aku.



Di dalam bas balik ke Bath City, aku bertanya diriku sendiri a big simple question.



..........WHY?...........



Nak bagi duit pun payah!!!

Salam...
4-5 tahun dulu, semasa mencari rezeki di Perak Darul Ridzuan, ada juga pernah saya pergi membeli belah di pasaraya Makro. Nak masuk ke sini perlu jadi ahli, dengan kata lain perlu ada kad keahlian. Bawak satu gerabak askar pun takpa asalkan salah seorang ada kad ahli.
Nak guna troli, kena deposit RM1 (syiling), iaitu untuk masukkan ke dalam slot yang disediakan pada handle troli. Bila masukkan RM1 barulah troli dapat digunakan.
Bila nak bayar, kena tunjuk kad ahli. Jika tidak ada kad tak boleh beli. Kad orang lain pun boleh pinjam. Tak kisah.
Plastik bag? Heh heh kena bayar. Jika tak mau bayar susun je le barang atas troli tu. Plastik bag dia memang lawa dan berkualiti la. Tapi what for?
Dah habis bayar, ada lagi kastam check barang kat depan. Belek barang-barang yang dah dibayar dan chop resit anda. Kadang-kadang rasa offended juga. Lepas tu baru boleh tolak troli ke kereta, isi barang dalam bonet.
Hey bang! Jangan lupa troli tu. Hantar balik kat tempatnya, baru dapat balik deposit RM1. Kalau tak nak pun RM1 tu, baik sedekah kat surau.
Fuhhh....Begitu banyak sekatan untuk kita membeli ye. Tapi orang berderu juga.....
Siapa raja kat sini....Pelanggan atau penjual?

Monday, July 28, 2008

Wanita Itu

Wanita itu
terlalu ego dalam gundah
terlalu sukar mengalah
terlalu pantang menyerah

Wanita itu
mulai dihinggapi siflis
akibat telunjuk iblis
badan mulai membilis

Ya....
wanita itu sundal
hidup tanpa hendal
akhirnya terkulai sesal...


Original poem by my brother Wie in the 80's.

Educating jokers

1. Janganlah buat jokes dengan menjadikan orang lain sebagai mangsa.
2. Jangan sesekali mempersenda fizikal seseorang.
3. Tak elok buat jokes dengan membodohkan diri sendiri.
4. Ada orang buat jokes semata-mata mahu mengutuk sesuatu puak...tak elok tu.
5. Lawak macammanapun anda, jangan buat lawak tentang Tuhan.

Saturday, July 26, 2008

Dalam slip gaji kita ada duit orang miskin?

Salam.

Zakat pendapatan? Macam-macam pendapat berkenaan perkara ini. Dahulu saya pun tak setuju. Dah dapat gaji belum cukup bulan dah habis, kadang-kadang sampai terhutang (kad kredit), jadi zakat pendapatan apa nama? Sehinggalah saya bertanyakan Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadhil melalui email. Ini jawapan beliau....
Assalamualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim
Jawapan;

Zakat pendapatan termasuk dalam zakat mal mustafad yang dijelaskan tadi. Oleh demikian, cara mengeluarkan zakat ke atasnya tertakluk dengan cara mengeluarkan zakat ke atas mal mustafad tadi dari segi perkiraan haul, nisab dan kadarnya. Huraian lanjut tentang zakat ke atas pendapatan ini adalah seperti berikut;

Jenis-jenis pendapatan

Pendapatan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu;

a) Pendapatan secara berakad (kontrak); iaitu seseorang mengikat kontrak dengan pihak lain (sama ada kerajaan, syarikat atau individu) untuk melakukan kerja sama ada bersifat guna tenaga atau pemikiran atau kedua-duanya sekali dan sebagai imbalannya ia akan mendapat gaji atau pendapatan secara tetap mengikut harian, mingguan, bulanan atau sebagainya. Pendapatan jenis ini dinamakan sebagai pendapatan gaji.

b) Pendapatan bebas; iaitu seseorang bekerja sendiri tanpa mengikat kontrak dengan orang lain dan pendapatan yang diperolehinya tidak bersifat tetap tetapi berubah-ubah. Pendapatan jenis dinamakan juga pendapat khidmat profesional. Contohnya ialah; pendapatan seorang doktor, peguam, mekanik dan sebagainya.

Perkara terpenting yang membezakan antara dua jenis pendapatan tersebut ialah dari segi sifat pendapatan sama ada tetap dan bersistem atau tidak. Pendapatan secara kontrak adalah tetap dan bersistem mengikut kontrak sama ada harian, mingguan, bulanan atau sebagainya. Sementara pendapatan bebas atau khidmat profesional tidak tetap dan tidak bersistem. Ia adakalanya terhasil dalam jangka masa yang cepat dan adakalanya lambat, adakalanya banyak dan adakalanya sedikit. Walaupun ada perbezaan tersebut, namun antara kedua-duanya ada titik persamaan yang ketara iaitu kerja. Kedua-dua jenis pendapatan tersebut merupakan hasil kerja atau dalam pengertian lain kerja adalah sebab pokok terhasilnya pendapatan tersebut.

Kedua-dua jenis pendapatan di atas wajib dikeluarkan zakat jika mencukupi nisab iaitu kadar minima pendapatan yang ditetapkan Syarak untuk mewajibkan zakat. Selain itu, disyaratkan juga pendapatan itu dari kerja yang halal kerana Allah itu baik dan Ia tidak menerima melainkan yang baik.

Nisab zakat pendapatan

Nisab bagi zakat pendapatan ialah sebagaimana nisab zakat al-Mal al-Mustafad iaitu 85 gram emas. Kiraan nisab hendaklah berdasarkan kepada pendapatan bersih. (Zakat; Menuju Pengurusan Profesional, Mujaini Tarimin, hlm. 62).

Oleh demikian, seseorang yang memperolehi pendapatan bersih tahunan menyamai atau melebihi nilai semasa 85 gram emas, wajiblah ke atasnya mengeluarkan zakat dari harta pendapatannya.

Cara menentukan nisab zakat pendapatan

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa sistem pendapatan hari ini sama ada secara kontrak (yakni pendapatan gaji) atau pendapatan bebas (kerja sendiri) kebiasaannya berdasarkan bulanan. Maka jika penentuan nisab dilakukan dengan melihat kepada jumlah gaji atau pendapatan setiap bulan, sudah tentu bagi kebanyakan orang, gaji atau pendapatan mereka secara bulanan tidak akan mencecah kadar nisab tadi lebih-lebih lagi jika ditolak perbelanjaan-perbelanjaan perlu. Jika ukuran itu dipakai, sudah tentu kebanyakan orang yang makan gaji atau berpendapatan tetap bulanan dari hasil kerja itu tidak perlu mengeluarkan zakat kerana tidak cukup nisab. Sedangkan jika gaji atau pendapatan mereka dikira dalam setahun, maka ia lebih banyak dari hasil perolehan orang lain yang bergiat dalam perniagaan, pertanian, penternakan dan sebagainya. Jadi untuk mengelak berlakunya keadaan di mana orang yang berperolehan sedikit membayar zakat sedangkan yang berperolehan banyak tidak mengeluarkan zakat (dengan dakwaan tidak cukup nisab), maka para ulamak memutuskan bahawa nisab zakat gaji atau pendapatan hendaklah dihitung berdasarkan jumlah pendapatan setahun, bukan mengikut jumlah pendapatan bulanan. Jadi, harta-harta perolehan (mal mustafad) pada setiap bulan dicampurkan antara satu sama lain selama setahun, kemudian dari jumlahnya dikira nisab.

Kadar zakat pendapatan

Kadar zakat yang dikenakan ke atas pendapatan ialah 2.5% dari harta bersih setelah ditolak kos/belanja sara hidup asasi.

Langkah-langkah mengeluarkan zakat gaji atau pendapatan

1. Hitungkan jumlah gaji atau pendapatan selama setahun.

2. Kemudian tolak kos dan belanja berikut;

a) Belanja keperluan asasi
b) Hutang-hutang kepada orang lain
c) Cukai kerajaan dihitung

3. Setelah itu, pastikan jumlah yang tinggal mencukupi nisab atau tidak?

4. Jika didapati mencukupi nisab, keluarkan zakat dengan kadar 2.5% dari jumlah pendapatan bersih setelah ditolak kos-kos tadi.

5. Nilai zakat itu boleh dibayar sekaligus untuk setahun atau boleh juga dibayar mengikut bulanan setelah nilai zakat itu dibahagikan dengan 12 bulan.

Wallahu A’lam.

Rujukan:

1. Fiqhu az-Zakah, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, cet. Maktabah Wahbah/Kaherah, Mesir (1994).
2. Zakat Menuju Pengurusan Pfofesional, Mujaini Tarimin.


*****************************************************
Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil
Wawasan Ummah Enterprise

Friday, July 25, 2008

Asal Beras menjadi Nasi!

Salam...


Sejak bising-bising pasal beras tiada di pasaran atau naik harga, baru semalam aku pi beli beras. Kedainya memang terkenal the cheapest place in Kota Kinabalu. Tersumpah juga aku bila sudah tiada lagi beras yang harga lebih sikit daripada dulu. Semuanya lebih banyak! Persen kenaikkannya lagi banyak dari kenaikan harga minyak.


Aku teringat orang yang miskin dan memerlukan. Mereka mungkin tidak beli petrol kerana asyik berjalan kaki, tetapi malang sungguh bila mereka perlu makan nasik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...