Banyak kisah bermula di sini |
"Garuda Indonesia.... Indonesia is your country right?" seorang mat salih tua dalam 60an berperut boroi bertanyaku sambil menunjukkan lambang Garuda Indonesia di peta tersebut.
"No...I am from Malaysia", jawabku.
"Whoaaa... I used to work there, bla..bla...bla....."
Noelle Folley, seorang pesara yang padaku melalui perbualan kami, biasa bergaul dgn orang Asia. Menurutnya dia juga mempunyai kenalan Melayu warga Singapura yang bekerja sebagai pilot Singapore Airlines. Menurutnya, pilot tersebut sering melawatnya bila datang ke UK. Dan Noelle mengatakan surname aku sama dengan nama pilot tersebut. Noelle memang peramah.
" What about dinner at my house tonight?" Noelle mempelawaku.
" Sorry Mr., my bus to Bath City (2 hour ++ journey from London) will be at 5 this evening", jawabku ikhlas.
"Ohh....." Nada kekecewaan Noelle jelas kurasa. Kami sambung borak lagi.
"I think you should join me for lunch at my place" satu cadangan baru dari Noelle. Aku nak menolak, memang aku agak kekok dengan benda-benda macam ni, tetapi amat payah untuk aku mengatakan a simple 'NO'. Lagipun mata Noelle semacam mengatakan pleaseeeeeeeeeee....
"Alright. Where is your home?" soalku.
"I'll get you the train ticket, my house is in Zone 4 (I've forgotten the place bah)", jawab Noelle.
Noelle membeli tiket pergi-balik untukku. Di atas train, aku bertanya Noelle...
" Mister, How many kids do you have?"
"I never marry"
Whossshhhh....darahku naik ke muka. Sudah.....Apa nak buat? fikiranku mula gusar. Aku ingatkan makan lunch dengan family dia. Bujang lagi da....Semacam terpampang berita akhbar di Malaysia dalam fikiranku masa itu...."Pelajar Melayu Hensem di liwat di London".
Aku cuba memujuk hati. Buang jauh-jauh fikiran negatif itu. Sesampai di bandar tempat tinggal Noelle, dia berkata.
"I will buy some chicken at the halal shop there. You are particular about that right? Aren't you"
"Very", jawabku dengan seribu kelegaan. Ternyata Noelle orang baik-baik.
" I will cook curry peranakan for you", kata-kata Noelle dengan sebutan peranakan ala telo Sir Harold Mac Michael menambah kelegaanku.
Di apartmentnya, semasa Noelle memasak, aku meninjau-ninjau koleksi videonya. Satu tajuk video yang aku baca sekali imbas membuatkan darahku berderau.
PRICK IN YOUR ASS
Ya ALLah...Aku mula ketakutan. Tapi aku tabahkan hati dan maintain cool.
"Noelle, your pilot friend you mentioned....is he married?" aku bertanya pada Noelle yang sedang kusyuk memasak macam Cef Wan lagaknya.
"No"
" How old is he?" tanyaku lagi.
"40"
Sah! Mereka pasangan luar tabii. Fikirku. Adakah aku akan hilang teruna secara paksa? Ya Allah selamatkanlah hambanya ini. Doaku ketika itu. Aku melihat balik kepada tajuk video tadi untuk confirmation......fuh lega...alahai.
PRICK UP YOUR EARS
Itu tajuk yang sebenarnya. Entah macam mana aku boleh silap baca. Tu lah fikir yang bukan-bukan lagi.
Akhirnya Noelle siap memasak dan kami sama-sama makan sambil tengok perlawanan tennis Wimbledon di TV. Patrick Rafter lawan entah...dah lupa aku. Bukan sedap pun masakan yang kononnya kari peranakan Noelle. Setakat 2 bintang je. Itupun bintang subsidi.
Siap makan kami sambung sembang lagi. Kemudian, seperti yang aku telah khuatir sejak sekian lamanya, Noelle mula bertindak gatal.
"Don't go back to Bath today, spend overnight here..."
" Errr....I have to...I will pay you a visit next time when I come to London", aku cuba sedaya upaya supaya Noelle tidak kecewa. Takutku bukan kepalang. Sekiranya dia keluarkan pistol dan mengugutku sudah tentu aku tinggal hampas jadinya. Alangkah hinanya aku jika perkara ini terjadi. Nauzubillah.
"OK then... You will come again, right? This coming Christmas. You can sleep here", kata Noelle sambil menarik kusyen di bawah sofa yang boleh dibuat katil. Aku mengangguk....."or.... you can sleep in the room with me", mak oiii rasa nak muntah aku. Tapi ketakutan mengatasi kemualan. Aku masih berlagak cool supaya Noelle tidak dissappointed. Because he might get rough if he did. That was what I thought. Tapi masa tu fikiran nakalku masih bermain. ...Kalau at least perempuan aku paksarela juga...he he hee.. That's the beast in me, could be in any decent guy. Sorry...may be not.
Noelle merangkul tangannya pada bahuku sambil jarinya memain-main dan mengelus-ngelus dadaku yang terdedah kerana butang yang paling atas dah loose. Aku biar je le. Because the worst might happen if I resisted.
"You have beautiful skin....I like that" alangkah seronoknya kalau yang berkata begitu ialah Elizabeth Hurley atau Anna Pareha budak Spanish dalan kelas Chemical Engineering yang digilai oleh kawanku Sahaque. Ini Noelle, seorang tua berperut boroi dan yang penting dia LELAKI...LELAKI.
"You won't get married, will you?" Apa barang la soalan Noelle. Aku sejak mula baligh lagi dah rasa nak kawin.
"As a matter of fact, I will. This girl, my university mate. We will get married in 2 years time" terangku dengan harapan Noelle faham aku ni straight, bukan gay, bukan homoseksual.
"OK then If you must go, I'll send you to the tube station now. Promise to come this winter...do not forget to call ok...
"Give me a huggie then...."
Pintanya sambil terus merangkul badanku. Walaupun mata kupejam rapat, ternyata perut boroi Noelle amat ketara terkena pada perutku.
Ternyata Noelle seorang yang baik. Seorang gay yang baik. Dia tidak suka memaksa. Dia mahukan kerelaan dariku. Dan ternyata aku seorang lelaki tulen. Allah selamatkan aku.
Di dalam bas balik ke Bath City, aku bertanya diriku sendiri a big simple question.
..........WHY?...........
Hahaha... Huih, tak terkato... Tapi banyok tergelak.. Huhue!~ Kisah benar kah ini?? Milik siapa..?? Hahaha... Gerun.. haha!~
ReplyDeleteFarra Deen..
ReplyDeletehaha.... noelle tu bukan noelle gallagher penyanyi oasis yang kerek tu.
Memang ada orang spesies macam Noelle nih. Kalau ikut theory, satu sperm akan memecahkan satu telur. Kalau XX jadi pompuan, kalu XY jadi lelaki. Kes berlaku apabila dua sperm masuk satu telur. Kalau XYY dia akan menjadi penjenayah macam ''Born to be killer". Kalu XXY dia pada zahirnya lelaki tapi pada batinnya perempuan senang cita gay la. Kalu XXX tak tahu lah pulak.
ReplyDeletehuhuhuhuhu garing rupenye cikli kite ni dolu2.....boleh tahan...maintain sampai sekarang.....
ReplyDeletewilly
ReplyDeleteboleh pakai ke theory tuh?
princess,
ReplyDeletehaha..straight from the start.
blog awak mane?
perghhhh.. biar betul.. hehe.. tapi aku pernah jumpa juga. hye, boleh bagi email? mungkin kamu berminat jadi writer warna kaseh? email saya kat syaridah89@yahoo.com kalau berminat okay.
ReplyDelete