Anak keduaku, Nur Syahidah Afifah lahir di Negeri Perak Darul Ridzuan pada 2003. Setelah berpindah ke Sabah, aku memanggilnya dengan panggilan Kak Yong walaupun dia bukan anak sulung, semata-mata kerana ingin menisbahkan Negeri Perak kepadanya.
Aku mengambil masa seminggu untuk mencari nama untuk puteriku ini. Sebenarnya kerana semua nama yang aku sediakan adalah nama lelaki.
Aku ada cadangkan nama Bahirah, tetapi isteriku tak berapa setuju. Sampai sekarang akupun tak tahu makna nama Bahirah, tetapi aku agak maknanya ok kot.
Aku tertarik dengan nama Bahirah kerana ianya nama seorang isteri pejuang yang aku kagumi pada masa itu. Seorang anak muda hensem yang berani dan cukup berwibawa di mataku pada masa itu. Siapa lagi kalau bukan Ezam Mat Noor.
Harapanku agar puteriku juga menjadi pejuang yang berani untuk Islam di masa depannya.
Hujah, pidato, keberanian Ezam cukup menarik minatku pada masa itu. Tapi itu dulu.
Sejak Ezam mula minat pada keris semula, aku jadi menyampah betul. Aku terfikir, macam mana dia nak jilat dan kunyah balik apa yang dimuntahkan dahulu ?
Apalagi bila dia mula berGerak-Gerak mengheret lembu aku rasa dia dah muflis perjuangan dan sasau pegangan.
Entahlah Ezam, last sekali aku tersua dengan Ezam (kalau bukan lembu dua serupa kerana aku tak tegur pun) di Pasti AlHikmah Kota Kinabalu semasa sambutan kecil-kecilan Hari Raya Aidil Fitri 2007. Masa tu walaupun sudah ada angin tentang dirinya, aku masih yakin dengannya apalagi bila kuamati tiada keris tersisip di pinggangnya dan juga tiada lembu yang ditambat di pagar Pasti AlHikmah.
My point is, nasib baik aku tak namakan Kak Yong, Bahirah. Kalau tak menyesal den.
salam perkenalan
ReplyDeletesalam buat famili
thanks mama moden.
ReplyDeletemakin moden, makin sokong Islam. baru rock.
Bahirah xsesuai la... Nama tu mempengaruhi perwatakan seseorang, kena pilih betul2... Moksu buh nama aisyah, rupanya seorang yang keras dengan pendiriannya, tengoklah pendirian aisyah isteri nabi...
ReplyDeletemoksu anak bongsu makcik ESHAH (sebut Aisyah)... adik poknik hensem anok bosu jate :)-
ReplyDeleteCankerSaurus
anak jate kawe hak besar tu nama abdul aziz. Hak kecik sikit nama abdul hadi.
ReplyDeletePuas hati weh!
(kalu ada lagi, kawe nak letak Sabu pulak)
Nizar toksir letak ke poknik wei
ReplyDelete