Tuesday, September 29, 2009
Terima Kasih Brehim Ali
Monday, September 28, 2009
Royalti & Ubat gigi
Sunday, September 27, 2009
Dilema Melayu
Saturday, September 26, 2009
Kerbau Bodoh
Thursday, September 24, 2009
Politik Kita: Bila BN, PR dan Bebas Sembahyang Berjemaah
Tuesday, September 22, 2009
SELCAT : Bermuhasabahlah Jangan Berbalah
Assalamualaikum. Salam Maaf Zahir Batin.
Bila tahap professionalism pengendalian Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor SELCAT dipersoalkan. Muhasabahlah sikit. Apalagi jika teguran datang daripada orang kita sendiri. Kalau Umno yang tegur, macam-macam kita kata. Bila orang PAS yang tegur, apalagi seorang Pesuruhjaya PAS, janganlah kata orang yang menegur itu macam-macam. Pengerusi SELCAT, YB Teng Chang Khim patut lebih berlapang dada.
Apa kata YB Hasan Ali ?
Hasan berkata: "Kami semua menyokong penubuhan Selcat. Tetapi yang saya agak, agak sedikit kecewa ialah dengan cara pengendalian Selcat itu."
"Anda tahu beberapa Pegawai Daerah sama ada yang dipanggil untuk disoal siasat atau diambil keterangan dan sebagainya, tetapi sebagaimana dilaporkan dalam pertemuan kita dengan Yang Dipertua-Yang Dipertua dan termasuk seluruh kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri Selangor ini, mereka melahirkan rasa tidak puas hati mereka.
"Mereka merasakan mereka diaibkan, mereka merasakan imej mereka terjejas, mereka merasakan mereka tidak dilayan seperti pegawai kanan kerajaan, sebaliknya dilayan seperti budak sekolah dan dengan asakan soalan-soalan... sebab itu mereka merasakan tiada ruang untuk memberikan jawapan-jawapan yang adil dan ada pegawai-pegawai daerah sendiri tidak tahu bentuk jawapan yang dikehendaki oleh Selcat," kata Hasan lagi.
YB Hasan juga mencadangkan Selcat dianggotai sama oleh bekas-bekas hakim, pegawai kanan kerajaan dan tokoh-tokoh masyarakat terkemuka.
Sebelum kita nak kata apa-apa, ada baiknya kita tengok laporan Harakahdaily.net dulu-dulu semasa riuh pasal isu Balkis. Silakan.
Jais tidak kisah dengan Balkis yang diketahui haram |
Saidah Hairan | ||||||
SHAH ALAM, 25 Mac (Hrkh) - Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato' Mohamed Khusrin Munawi menganggap surat daripada Balkis yang ditandatangani oleh Puan Sri Asbi Rohani Asnan yang mengaku sebagai Yang Dipertua Balkis tidak mendatangkan masalah kerana ia tidak menjejaskan polisi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Ini ekoran pendedahan maklumat Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat), Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa) yang mempersoalkan tentang surat bertarikh 16 April 2008 ditandatangani oleh Asbi Rohani sebagai YDP Balkis. Kandungan surat tersebut membenarkan Pegawai Mais, Hafizatul Akma Abdul Jalil yang ditugaskan di Kompleks Wawasan Balkis dibenarkan tinggal di situ sehingga habis pantang bersalin. Ikuti dialog dalam sesi siasatan Balkis yang dilakukan oleh Selcat terhadap saksi keenam, Dato' Mohamed Khusrin yang juga Setiausaha Mais, di dewan Annex, Shah Alam. Pengerusi Selcat Teng Chang Khim: Surat ini ditandatangi oleh Puan Sri Asbi Rohani Asnan sebagai Yang Dipertua Balkis. Pada 14 april sepatutnya Balkis sudah dibubarkan dan Puan Sri Asbi adalah isteri kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohamed Taib. Dato menerima surat pengesahan Balkis membenarkan Hafizatul Akma tinggal di asrama tersebut hingga 30 April 2008. Kushrin: Tanggapan Balkis dibubarkan itu tanggapan saya tapi saya sendiri tidak pasti kedudukan Balkis ketika itu. Teng: Dato tahu Dato' Sri Dr Mohd Khir Toyo menjadi Menteri Besar dari tahun 1999 hingga 2008 dan dalam tempoh itu isteri beliau ada Pengerusi Balkis... Kusrin: Ya Teng: Bagaimana tiba-tiba Asni menandatangi surat ini sebagai Pengerusi Balkis dan Dato terima tanpa was-was... Kusrin: Saya rasa surat ini tidak melibatkan apa apa cuma memaklumkan kebenaran kakitangan kita terus tinggal di kompleks, saya rasa tidak ada melibatkan apa-apa polisi yang dirasakan oleh Mais. Saya perasaan ketika terima surat ini yang tandatangan Puan Sri Asni. Pada saya ini soal dalaman Balkis yang tak perlu saya ambil tahu. Teng: Ini bukan soal dalaman Balkis sebab surat ini mengesahkan pegawai Mais dibenarkan tinggal di bangunan Balkis sehingga 30 April. Sepatutnya mereka sudah keluar daripada Kompleks Wawasan Balkis pada 8 April. Kushrin: Ini pegawai ini baru bersalin dan dalam keadaan pantang Teng: Saya tidak ada masalah beliau boleh tinggal disitu tetapi apabila Dato dapat surat ini Dato tidak menyesaki surat ini dan terus membenarkan Hafizatul tinggal disitu. Saya hendak beritahu `Jangan tegakkan benang yang basah'. Sebenarnya Pengerusi Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik tetapi surat ini ditandatangani oleh Puan Sri Asbi Rohani. Dato' tidak menyesaki apa-apa? Kushrin: Pada saya tidak ada masalah...apa masalahnya. Siapa tandatangani pada saya tidak penting. Teng: Patutlah Dato' dengar daripada Penyelaras Kompleks Jamilah Balkis dibubarkan Dato' senang mempercayai apa orang cakap. Azmin: Saya kira perkara ini serius. Dato selaku Pengarah JAIS membawa satu imej yang penting kepada umat Islam dan orang lain di negeri Selangor. Kalau keterangan-keterangan yang diberikan Dato' dalam perbicaraan terbuka seperti ini yang turut dihadiri oleh pihak media dan wartawan, ini memberi satu tanggapan yang cukup negatif kepada pengurusan Jais, betul saya setuju Dato' tak perlu terlibat dalam masalah dalaman Balkis. Tetapi surat yang dikeluarkan bertarikh 16 April 2008 adalah hasil susulan surat Dato bertarikh 7 Arpil. Pertama Dato' telah menyatakan Balkis dibubarkan tetapi Dato' masih menulis surat kepada Pengerusi Balkis. Walaupun kenyataannya Balkis belum dibubarkan tapi Dato sudah ada tanggapan daripada puan Jamaliah bahawa Balkis sudah dibubarkan. Maka Dato; cuba menempatkan lima pegawai berkenaan maka Balkis keluar surat pada 16 April dan surat ini adalah surat jawapan kepada surat Dato'. Apabila surat jawapan kepada surat Dato' itu datang daripada seorang yang tidak sah Dato langsung tidak menunjukkan rasa tanggungjawab untuk menyemak semula. bahawa orang yang menandatangni surat jawapan kepada surat Mais adalah orang yang tidak sah. Kalau inilah pentadbiran Jais saya rasa amat malang sekali, betul Dato tak perlu terlibat, siapa YDP tetapi sekurang-kurangnya Dato harus mengutus satu lagi surat kepada Balkis mengatakan yang menandatangi surat pengesahan supaya pegawai Mais boleh terus tinggal di situ. Mengapa tidak dilakukan. Kushrin : Saya rasa bukan tanggungjawab saya untuk tahu siapa jadi Pengerusi Balkis. Azmin: Ini satu jawapan yang paling malang. Dato sebagai Pengarah Jais dan Setiausaha Mais ambil wang Mais, ambil wang zakat bayar lima pegawai yang ditugaskan kepada Balkis tapi tak tahu siapa Pengerusi Balkis. Kushrin: Saya menafikan saya tak ambil duit zakat duit Mais ini keputusan yang dibuat oleh Mais. Saya sebagai setiausaha dan bukan saya seorang yang buat. Azmin: Tapi keputusan Dato' menafikan Dato tak tahu siapa Pengerusi Balkis, Dato' kena ingat Dato' memberi keterangan di bawah bersumpah. Kushrin : Saya kata saya maklum tetapi saya tidak bertanggungjawab yang penting siapa yang hendak tandatangani surat ini sama ada Puan Sri Asbi atau Zaharah Kechik pada saya tidak penting. Teng: Itu penting kalau Puan Sri Asbi bukan YDP maka surat ini tidak sah maka bererti pegawai Dato' berada di bangunan Balkis dengan cara tidak sah, yang halal dan haram kita kena betulkan kalau surat ini tidak sah bererti penempatan Hafizatul di bangunan Balkis tidak sah. Azmin : Dato ini memberi keterangan dibawah bersumpah saya malu hendak mengaku umat Islam di negeri Selangor kalau inilah Pengarah Jais dan Setiausaha Mais, saya rasa malu ini keterangan bertulis Kushrin : Apa masalahnya saya tak faham.... Azmin : Masalahnya surat yang Dato terima adalah daripada orang yang tidak sah kenapa Dato selaku setiausaha Mais tidak merujuk semula kepada Balkis bahawa mengapa orang yang tidak sah menandatangni surat utnuk mengesahkan permohonan yang idbuat oleh Mais terlebih awal, apakah itu susah hendak jawab. Kushrin : Bukan tanggungjawab saya nak tahu siapa yang menjadi Pengerusi Balkis pada saya tidak penting, kalau siapa-siapa tandatangan pada pihak Balkis saya boleh terima juga. Azmin : Kalau dia tulis (bagi pihak-bp) saya tidak ada masalah, ini tulis Puan Sri Asbi Rohani Asnan Yang Dipertua Balkis...(wahai Setiausaha Mais). Jangan berdolak dalik ini perbicaraan terbuka, kalau bagi pihak dia ada tulis (bp-bagi pihak) tak kan Ketua Pentadbir tak tahu surat menyurat. Kushrin: Saya kata tadi kalau siapa-siapa tulis bagi Balkis kita boleh terima. Teng : Tapi Dato' sudah tahu YDP bukan Puan Sri Asbi sudah 9 tahun Datin Seri Zaharah Kechik adalah Yang DIpertua Balkis Dato' sebagai jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri Selangor sepatutnya tahu. Saari Sungib : Kita memandang tinggi kepada Jais dan Mais yang menjaga halal haram, sah tak sah jadi kalau Pengarah Jais tidak peka isu sah atau tidak, ini memberi gambaran yang amat buruk, perkara ini penting. Kushrin : Saya faham ini tanggungjawab saya pada saya isu surat Balkis ini sama ada ditandatangai Puan Sri Asbi atau Datin Seri Zaharah isu kecil, tidak menjejaskan polisi Mais, pada saya tidak... Teng: Sama ada pegawai Hafizatul penempatan beliau sah atau tidak maka penempatan beliau itu adalah satu pencerobohan. Kushrin: Saya tidak fikir sampai begitu sebab kita bagi pertimbangan atas keperikemanusiaan pada ketika Teng : Itu tidak menjadi masalah tapi mesti jadi persetujuan Balkis. Sekarang yang bagi persetujuan bukan wakil sah Balkis bererti persetujuan itu tidak sah, bila tidak sah ia jadi pencerobohan dan ini menjadi tanggungjawab Mais dan Mais kena jawab kerana Dato' terima surat itu sedangkan Dato' tahu Pengerusi Balkis bukan Puan Sri Asbi. Kushrin : Saya tidak dapat jawab.... _ |
Ini pendapat peribadi saya, berdasarkan laporan Harakah di atas.
Memang ada elemen asakan daripada anggota SELCAT. Nampaknya semacam mahukan sehingga yang ditanya itu menjawab mengikut apa yang mereka kehendaki. Tengok saja soalan YB Teng dan YB Azmin, berjela-jela sedangan jawapan yang dijawab pendek aje.
Menyoal saksi jangan disamakan dengan menyoal suspek. Kita mahukan maklumat daripadanya, jadi apa-apa yang dijawab, itulah hasilnya. Tetapi kita pastinya ada teknik dalam mendapatkan maklumat yang dikehendaki (Bukan jawapan yang kita kehendaki).
Setiap saksi pastinya sudah dibacakan hak-hak mereka sebagaimana yang tertakluk di dalam undang-undang. Mereka berhak untuk tidak menjawab jika jawapan mereka boleh menjerumuskan mereka ke dalam pertuduhan.
Dalam menyoal saksi juga kita sebenarnya mengumpul fakta dan mencari saksi-saksi lain yang boleh disoal-siasat, bukannya menanyakan pendapat dan pandangan peribadi yang tak laku sekepeng pun dalam mahkamah.
Sekian, selamat bermaafan di Hari Raya.
Sunday, September 20, 2009
Peraduan Hari Raya Aidil Fitri
Friday, September 18, 2009
Rayuan Aidil Fitri
Kembalikan gula di pasaran !
Aku dah bosan menjajak segenap kedai yang hanya menjual garam.
Wednesday, September 16, 2009
YB Penyolek Gigi
YB pun manusia juga.
Sebenarnya kalau bab berhujah dan berkata-kata ini, mana-mana pihak pun tidak ketandusan calon. Kalau kita rasa kita bijak mengolah isu dan fakta, ada lagi orang lain yang lebih arif daripada kita. Semacam juga pelukis, cuba kita menjengah ke Pasar seni, KL, pelukis mana yang paling bagus ?
Saya cadangkan ditubuhkan Pakatan Wakil Rakyat untuk PR.
Tuesday, September 15, 2009
Bayar Zakat Tapi Berdosa ?
Seksyen 55 : Fitrah hendaklah dibayar pada tiap-tiap tahun kepada AMIL tidak lewat daripada satu haribulan dalam bulan Syawal sebelum bermulanya sembahyang Hari Raya.
2. Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 76 yang bersidang pada 21 November 2006.
Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut.Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara KEBAIKAN adalah BERDOSA, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.
Friday, September 11, 2009
Kelantan Umpama Ramadhan (Recycle)
Jika negeri-negeri di Malaysia umpama bulan -bulan dalam setahun, Kelantan adalah bulan Ramadhan.
Tiba sahaja bulan penuh barakah Ramadhan, berpusu-pusu orang mengerjakan kebaikan. Yang wajib of course, yang sunat semacam murtabak, habis dipulun sama.
Yang taik judi cuba berhenti, yang merokok berazam menjauhi tembakau, yang tak hormat orang tua dah mula membahasakan diri ambo apabila berjumpa orang berjanggut walaupun sejemput, anak-anak sampai kepada datuk-datuk, besar-kecil, kaya-miskin, glamour-tak dikenali langsung semua merebut mengerjakan kebajikan. Yang tak pernah endah kepada laungan azan pun paling rajin menghabiskan tarawih. Alhamdulillah, itulah kelebihan dan keberkatan Ramadhan.
Yang ada rezeki lebih mengambil peluang ke Mekah mengerjakan umrah atau ke Taiwan (sebagaimana MP BN) untuk meneruskan jihad dalam bidang pertanian yang semestinya akan menaikkan taraf ekonomi orang Melayu Islam yang ramai menceburi bidang ini.
Anak-anak yatim pun turut diraikan pada bulan ini, bukan hanya dengan wang ringgit dan baju raya, juga dengan alunan lagu penghibur-penghibur cendawan masakini.
Selepas Ramadhan, ada orang yang alhamdulillah terus istiqamah melakukan kebaikan yang sama yang telah dikerjakan dalam bulan Ramadhan. Ada juga yang memerlukan Ramadhan yang akan datang untuk kembali mencuba lagi. Tidak ada Ramadhan Julai macam kertas BM SPM.
Begitulah negeri Kelantan, Bila Tok Guru berada di kerusi teratas, setiap jiwa yang masuk ke Kelantan semacam berniat di miqat apabila sampai sahaja di sempadan negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang ini.
Semacam semuanya mengharapkan yang baik-baik sepanjang berada di negeri ini. Mereka turut sama memakmurkan masjid dan surau apabila masuk waktu, berpakaian sopan, bertudung, bercakap pasal akhirat, pasal akidah dan macam-macam kebaikan lagi.
PM(Mantan) Pak Lah sendiri menyantuni Tok Guru dengan memimpin tangannya turun pentas apabila berada di Kelantan semasa pelancaran ECER. Hishamuddin turut sama memimpin tangan Tok Guru di majlis yang lain setelah berucap dan berjanji untuk turut sama memperkasakan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Kelantan.
TPM(Mantan), Datuk Seri Najib pun bercakap pasal pembinaan masjid dan Pusat Ketamadunan Islam apabila berada di Kelantan, iaitu semasa merasmikan majlis pecah tanah untuk membina masjid baru anNur Guchil di atas tapak Masjid Guchil sedia ada yang selama ini menjadi mercu tanda Guchil dan tersergam gagah di atas puncak tertinggi di Guchil yang pernah dirasmikan oleh ayahandanya Tun Razak pada 1968.
Pegawai BPR (sekarang SPRM) pun turut sama berjemaah Asar dalam pejabat Tok Guru apabila masuk waktu sembahyang walaupun sessi penyiasatan ke atas Tok Guru sedang dijalankan. Tok Guru disiasat kerana tidak memberitahu kepada BPR bahawa beliau telah menolak rasuah sejuta RM daripada tauke balak belasan tahun lepas.
Selepas balik dari Kelantan, semacam Ramadhan juga, ada yang istiqamah dengan apa yang dilakukan di Kelantan dan ada yang tidak.
Ketua Puteri Umno(Mantan), Noraini Ahmad dilihat pertama kali bertudung apabila bermatian berkempen di Pengkalan Pasir, Pasir Mas Kelantan, semasa Pilihanraya Kecil di situ hujung tahun 2005. Alhamdulillah beliau istiqamah bertudung walaupun telah menjadi Timbalan Menteri dan sampai sekarang beliau kelihatan cun bertudung.
Anak muda tersohor Khairi Jamaluddin (sekarang Ketua Pemuda Umno) juga berpakaian lebai dan turut melakukan banyak kebajikan termasuk mengimarahkan surau semasa kempen Pilihanraya Kecil yang sama di Kelantan itu. Selepas itu beliau tidak lagi dilihat berpakaian lebai walaubagaimanapun beliau masih menutup aurat.
Itulah hebatnya Kelantan negeri tadahan wahyu. Walaupun tidak dipaksa, tetapi orang yang mendatanginya semacam memestikan diri membuat yang baik-baik sahaja apabila bermusafir ke negeri yang menurut Tok Guru Nik Aziz sendiri,
....ramai ulamak berjalan di atas muka buminya dan ramai ulamak juga (yang telah meninggal) di dalam perut buminya...
Tepuk dada, tanya iman.
Welcome to Kelantan Darul Mubarak. Peace.
Wednesday, September 9, 2009
9999 ke 10
Sunday, September 6, 2009
Kepala Lembu : Chotto Matte Kudasai
Satu pandangan di luar jangka. Ianya sebuah masjid yang besar, tinggi dan cantik. Tidak susah untuk mencarinya. Dari kejauhan sudah nampak fizikalnya dengan menara yang begitu gah. Masjid ini berada di Hatagaya, hanya dipisahkan oleh jalanraya dengan Shibuya-ward, suatu tempat kediaman elit yang senyap. Rumah golongan berada. Pastinya bukan tempat tinggal Nobita dan Hagemaru atau Fuku-Chan. Barangkali hanya keluarga Sunio yang layak tinggal di Hatagaya.
Tetapi Masjid ini yang dipanggil Tokyo Camii atau Tokyo Mosque atau Yoyogi Mosque boleh didirikan dengan megahnya di sini tanpa sebarang ‘kepala lembu’ dalam sejarah pembinaannya.
Masjid ini asalnya didirikan oleh komuniti imigran Turki dari Kazan (Rusia) seawal 1930 lagi. Pada tahun 2000 ianya dibina semula dengan bentuknya seperti hari ini.
Orang Islam di Jepun terlalu sedikit bilangannya. Terlalu sedikit peratusannya jika dibandingkan dengan penganut Hindu di Malaysia. Bilangan orang Jepun yang mengetahui berkenaan Islam juga terlalu amat sedikit. Bertanya tentang ‘halal’ kepada orang Jepun mungkin sama dengan sekiranya kita bertanya berapa kalori yang terkandung dalam petai yang nenek kita sedang masak.
Pada pertengahan tahun 90-an, dikatakan hanya 1 orang Islam yang boleh dijumpai dalam seramai 100,000 orang Jepun yang telah mencecah 130 juta orang sekarang ini.
Belum pernah kita terdengar geng Yakuza atau samurai sesat yang datang membawa apa-apa 'kepala' (kita kata Jepun suka pancung kepala orang) ke masjid yang didirikan tinggi dan besar ditengah-tengah masyarakat Jepun yang majoritinya nampak beragama hanya semasa dilahirkan, semasa berkahwin dan bila meninggal dunia. Sepanjang pembinaan masjid ini, tidak pernah ada mana-mana ninja sama ada dari Nintama atau Dokutake yang diarahkan datang mengkucar-kacirkan projek tersebut.
Sepanjang saya berpeluang sembahyang Jumaat di Masjid ini, hanya 2-3 orang yang berwajah Jepun yang ada bersolat sama-sama berbanding dengan jumlah lebih 200 jemaah. Imamnya pun seorang Turkish yang fasih berkhutbah dalam Japanese, Turkish dan English. Semoga masjid ini terus makmur.
Setakat ini begitulah nasib Muslim dan masjid di sini. Sehari dua lagi belum dapat dipastikan...
Dalam Pilihanraya Umum 30 September 2009 yang lepas, penguasaan 54 tahun Liberal Democratic Party (LDP) pimpinan Perdana Menteri Taro Aso telah kalah teruk kepada Democratic Party of Japan (DPJ) pimpinan Yukio Hatoyama.
DPJ boleh dikatakan serpihan LDP yang ditubuhkan pada 1996 dan pemimpinnya Hatoyama adalah bekas YB daripada LDP yang keluar parti pada 1993.
Jepun tidak seperti negara kita yang multi-racial. Jikalau puak-puak LDP ‘desperate nak mampus’ nak tumbangkan DPJ pun ....... Isu bangsa tak boleh dimainkan di Jepun. Tetapi jika mereka meniru tindakan segelintir manusia yang mendalangi dan membawa kepala lembu seperti di Selangor, ini tidak mustahil boleh berlaku. Walaupun Masjid Tokyo ini didirikan di zaman mereka (LDP), tetapi itu semua tak jadi hal. Semua fakta boleh di’spin’. Samalah dengan isu kuil, babi dan arak di Selangor.
Saya hanya membuat perbandingan. Jangan runsinglah. Perbandingan ini supaya kita semua faham dan berfikir. Lagipun orang Jepun tak macam tu, tengoklah mereka tukar kerajaan tanpa water cannon dan tembakan dan gas pemedih mata!
Saturday, September 5, 2009
Cerita Puasa Versi Recycle
"Lu posa ka?" Tanya seorang penyelia apek.
"Posa"
"Waa... talak letih ke...itu olang pun Melayu, tapi talak posa pun", kata apek lagi sambil menunjuk ke arah orang yang dimaksudkan.
"Kenapa lu posa ma?" Tanya apek lagi.
"Bila lapar, kita ingat sama orang miskin yang takde makanan", adik jawab sama seperti apa yang ustaz, ustazah dan lebai-lebai cakap.
"Olang miskin tak payah posa la? hari-hari lapar" Apek menimbulkan persoalan yang adik tak kuasa nak menjawabnya. Lagipun kerja kutip sawit dibulan puasa dengan matahari khatulistiwa di atas kepala benar-benar merujakan dan mencerokkan perut.
Terima kasih banyak-banyak kepada apek kerana mengajar adik erti kehambaan yang sebenarnya. Kerana Allah lah kita berpuasa, kerana kita hamba Nya, dan Dia Tuan kita. Tuan suruh, kita kena buatlah. Tak buat kena marah, jika Tuan marah, mana hamba nak mengadu?
Ingat orang miskin, bagi rest enjin perut, mencerdaskan akal, melatih kesabaran etc etc itu semua adalah hikmah berpuasa yang diberikan oleh Allah kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang.
Kadang-kadang hikmah ini untuk orang yang terlalu berakal yang hendakkan reasons dan benefits untuk setiap tindakan hatta dalam persoalan pengabdian kepada Tuhan.
Kalau adik jumpa penyelia apek tu lagi, balik dari oversea ni adik nak belanja makan.