Wednesday, October 28, 2009

Politik Bayi


Ada orang bertanya apa pandangan aku tentang politik di Malaysia.


Aku katakan, ianya ibarat bayi.


Adakah ianya murni, suci, tidak dicemari? Tanyanya yang ternyata jahil dan buta perkembangan.


Tidak, jawabku.


Adakah ianya sukar difahami macam bayi, kita perlu sentiasa meneka? Tanyanya lagi, naif.


Tidak, jawabku.


Jadi, kenapa bayi? Tanyanya.


After more than 50 years, it still sucks! Jawabku, terpaksa speaking untuk kebombastikan ayat.

Tuesday, October 27, 2009

Berbaliklah Kepada Dasar


Melihat kemelut yang berlaku dan sempena Mesyuarat Khas PAS yang bakal diadakan, saya nak bercerita pasal seorang genius sempoa (abacus).


Sebenarnya cerita ini adalah karte 27 dalam siri anime Dr. Black Jack.


Dr. Black Jack adalah seorang doktor yang perihatin dan baik hati walaupun kebanyakan orang berprasangka buruk kepadanya. Dia begitu cekap dan sering melakukan pembedahan yang miracle (dengan izin Allah).


Suatu hari dia Dr Black Jack didatangi sorang ayah dan guru yang meminta Dr BJ melakukan pembedahan ke atas seorang kanak-kanak. Kanak-kanak itu dilahirkan tanpa kedua belah tangan. Dr BJ tak mahu menerima permintaan itu.


That's too risky, furthermore it's impossible, I can't do that. Tegas Dr. BJ.


Come on dr, you are being too humble, we know you can do that. Mereka tetap memaksa Dr BJ.


No. Nehi. Sumimasen. Dr BJ tetap menolak.


Mereka terus mendesak. Mereka mengatakan budak itu amat cekap dalam menggunakan abacus. Dengan menggunakan lidah! Dan dia berhasrat untuk menyertai pertandingan abacus peringkat kebangsaan.


So, just use your tounge! Cadang Dr BJ.


I can't, jawab budak tu. Other kids will laugh at me!


Akhirnya Dr. BJ setuju. Pembedahan berjaya. Budak itu akhirnya mempunyai 2 tangan. Tetapi Dr BJ memberi amaran. DO NOT over use it.


Budak itu menyertai pertandingan abacus kebangsaan dan berjaya memasuki peringkat akhir. Dr BJ yang turut berada di tempat pertandingan memberi amaran kepada bapa budak itu.


That boy better stop abusing his new hands. Otherwise.....


Benar. Tiba-tiba budak itu tidak dapat menggerakkan jari-jemarinya. Dia nampaknya terpaksa berhenti dari meneruskan cabaran di peringkat akhir pertandingan sempoa peringkat kebangsaan Jepun. Tetapi itulah cita-citanya, dia tak boleh berhenti. Dia telah berjaya pergi sejauh ini. Tetapi jarinya tak dapat digerakkan sekarang. Apa perlu dia buat?


Akhirnya, budak itu tidak juga mengalah. Dia menjelirkan lidahnya dan meneruskan cabaran sempoa itu dengan menggunakan lidah. Seperti yang biasa dilakukan sejak dahulu.


Akhirnya budak itu, Eiji namanya muncul sebagai juara sempoa Jepun.


Harap-harap cerita ini digunakan dalam Mesyuarat Khas PAS esok!

Saturday, October 24, 2009

Lawak Antarabangsa


Kami sedang menunggu Dr. Longmore memulakan lecture. Dewan kuliah 4 East 3.2 sudah penuh. Dr. Longmore masih belum berbicara, matanya meliar sambil tersenyum kepada semula pelajar.


Tiba-tiba pintu dewan terbuka, Eric, budak cina Hong Kong baru masuk. Memang dia selalu lambat. Rosewan yang berada di sebelahku memanggil sambil melambai,


"Woi Eric Cantonese......here, here...."


Kahkahkah...... Macam-macam la hang Rosewan, Eric Cantona baru je flying kick penyokong Chelsea Crystal Palace beberapa minggu lepas.


Eric Cantonese.....Kahkahkah

Friday, October 23, 2009

Motivator Tak Cerdik


"Kamu semua kena insaf, kena ingat. Apa-apa yang kamu lakukan ingat pada mak bapak di kampung. Ingat mereka terpaksa bangun pagi-pagi untuk pergi menoreh. Mencari nafkah, nak beli beras untuk sesuap nasi......bla bla bla...."


Itulah antara kata-kata penceramah jemputan selaku motivator semasa khemah ibadat di Chembong, Negeri Sembilan lama dahulu semasa aku berkursus intensif Bahasa Inggeris.


Padahal di depan motivator itu majoritinya budak-budak bandar yang mak bapaknya mampu beli helicopter. Paling kurang anak cikgu. Jadi apa rasionalnya cerita pasal sedihnya derita penoreh getah di kampung dekat mereka? Sesetengah mereka tak kenal batang pokok getah pun. Kalau letak susu getah dalam gelas pun pasti mereka sangka susu lactogen.


Aku jadi meluat dan marah pada penceramah dari ABIM yang berbaju batik itu kerana tak buat homework sebelum berceramah. Kalau setakat nak insafkan anak penoreh, panggil saja aku dan seorang lagi budak Negeri Sembilan ke bilik dan ceramahlah kat kami 2-3 guni, kerana hanya kami 2 orang je orang kampung susah di situ. Budak-budak lain semuanya anak CEO!


Inilah cabaran utama anak orang susah bila dapat banyak A dalam SPM!

Thursday, October 22, 2009

1Tanggungjawab Menangani Gejala Tak Sihat di Kelantan


Perkembangan tidak sihat seperti yang diketengahkan oleh Pokmudo sedang berakar di Kelantan.


Kalau kita melalui jalan utama Kuala Krai - Kota Bharu, kita akan nampak tempat yang paling obvious berlaku perkara 'bengong' ini adalah di Kok Lanas.


Apa dia?


Jantan betina, tua muda, kecil besar pakat-pakat naik motor tak pakai helmet. Berserabut di atas jalan raya. Apa kejadah depa pikir pun aku tak tahu. Pakai helmet ni bukan masalah rock atau tak rock, bukan masalah Pas atau Umno, bukan masalah hebat atau tak hebat. Ini masalah keselamatan.


Kalau setakat lalu atas tali air KADA ok lah. Ini jalan utama dan Kok Lanas adalah salah satu pekan yang sedang pesat membangun di Kelantan.


Inilah masanya Datuk Alwi sebagai ADUN Kok Lanas berkokok pada rakyat. Juga untuk YB Tuan Ab. Aziz dari PKR selaku MP Ketereh berganding 1bahu dengan Datuk Alwi menangani gejala 'bengong' ini. Umno dengan PKR bekerjasama menangani masalah keselamatan jalan raya. Kan bagus tu.


Dalam blog http://p026ketereh.blogspot.com/ oleh YB Tuan Ab. Aziz yang telah dimulakan pada May 2008 (Setakat ni baru ada 2 posting bah!) ada dinyatakan soalan YB Aziz kepada menteri pengangkutan dalam persidangan Parlimen Ogos 2008 iaitu beliau bertanya tentang,


jumlah saman trafik yang dikeluarkan kepada pemandu bas ekspress bagi perjalanan Kota Bharu - Kuala Lumpur bagi tempoh yang sama.


Ini bermakna YB Aziz concern mengenai keselamatan jalanraya. Yalah, orang yang mengalahkan Annuar Musa, mestilah hebat.


Apa-apa pun peranan ibu bapa dalam perkara ini amat penting dan orang yang dah boleh naik motosikal ni biasanya dah besar dan mumaiyiz. Dah boleh fikir sendiri.


Patuhilah peraturan di dunia untuk keselamatan di akhirat.

Tuesday, October 20, 2009

Talhah 2 Tahun


Semalam 19 Oktober 2009, hari ulang tahun Talhah yang ke 2.

Seharian dia menangis kerana sakit mulut tak boleh nak neneng. Maklumlah period untuk neneng pun dah nak tamat.

Hadiah birthdaynya ialah balik kampung rumah nenek dan tok mek.

Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. Amin.

Saturday, October 17, 2009

Teka-Teki Bergambar



Soalan 1:
Dalam sejarah dunia, PM mana yang paling malas sekali?
.
Soalan 2:
Kenapa topi Queen's guard tu strapnya diletak di bawah mulut? Tak rimas ke?
.
Gambar ini daripada Daily Mail, satu upacara memperingati askar British yang terkorban di Iraq. Cerita panasnya ialah mengenai seorang bapa kepada askar yang mati pada 2003 telah 'menyerang' Tony Blair dan apabila Tony menghulurkan tangan, bapa itu mengatakan,
.
"I'm not shaking your hand - you've got blood on it."
.
Wow, apa akan jadi pada bapa itu ya? Lupa pula, ini berlaku di England, bukan di malaysia. Sepatutnya di Bagan Pinang baru-baru ini, orang kampung kena speaking juga,
.
"I'm not shaking your hand - you've got money in it."
.
Barulah kita bebas rasuah!
.
Berbalik kepada kisah di England. Yang saya peliknya, bapa askar yang mati tu pernah tak fikir fasal orang awam Iraq yang mungkin terbunuh dan menjadi yatim-piatu atau ibu tunggal oleh tindakan anaknya sebagai askar penjajah di tanah air orang? Askar mati di medan perang apa peliknya, askar kena tawan atau culik (macam askar israel Gilad Shalit) apa peliknya, askar kena bom apa peliknya?
.
Yang peliknya ialah askar yang penakut sehingga nak mengundi pun takut sampai orang lain kena pangkahkan untuk mereka atau bekas askar yang melompat parti. Kerana askar dilatih supaya berani dan taat setia.
.
Bangsa penjajah ni tak pernah belajar. Mereka pergi serang negara orang, tapi bila ada yang mati, marahkan pemimpin. Sepatutnya dari awal lagi mereka pakat-pakat tolak Labour dan Conservative Party. Liberal Democrat pun lebih kurang je, tolak juga. Mereka patut undi Green Party ataupun Natural Law Party yang menggalakkan orang belajar yoga untuk keamanan.
.
Jadi, jawablah soalan di atas.
.

Friday, October 16, 2009

Post-Mortem Bagan Pinang

Start je enjin kereta semalam, terdengar suara PM di radio. Mesti persidangan Umno ni, getus hati saya. Kalau begitu beliau berucap atas kapasiti Presiden Umno, bukan PM. Mahu saja saya tukar channel, tetapi apabila terdengar beliau membawa maksud ayat al-Quran, saya tangguhkan dulu hasrat kerana menghormati al-Quran. Ini saya sedut sedikit ucapannya dari internet.


***mula**


Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4:


Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalan-Nya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh.”


Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :


Sesuatu yang benar dan hak namun tidak tersusun akan dikalahkan oleh yang batil dan salah, tetapi diatur dengan tersusun.”


***tutup**


Nah, inilah jawapan kekalahan PAS dalam pilihan raya. Di Bagan Pinang dan juga sebelum-sebelumnya.


Tup, saya pun tukar channel.


Thursday, October 15, 2009

2 Penantian Berakhir

Alhamdulillah.

Salsa dapat juga memakai neck-tie pengawas kerana akhirnya baju yang ditunggu sekian lama sudah siap pada kelmarin dulu. Gembira bukan main salsa. Dalam kereta semasa pulang sekolah Selasa lalu bila aku beritakan kepadanya, dia bersorak riang.

"Yey.... I'll be wearing it for the first time.." Speaking la pulak Salsa. (Hasil asuhan Astro).

Baju tu ditempah (upah jahit) sejak 17/01/09 lagi. Siap pada 13/10/09. Sampai aku dan mama Salsa naik fed-up ke kedai jahit tu. Hampir 9 bulan. Kalau aku ni produktif, kemungkinan Salsa dah ada adik baru dah.
.
Walaubagaimanapun Alhamdulillah. Dapat juga Salsa pakai baju tu dalam masa sebulan ni kerana tahun depan insyaAllah Salsa tak akan bersekolah di SK Tanjung Aru 1 lagi. Bukan tak sudi cikgu, tapi abah Salsa dipanggil pulang bah. Patutlah dia asyik termimpikan KT baru-baru ini walaupun orang lain sibuk bercerita pasal Bagan Pinang!

Salsa malu-malu bergaya dengan baju pengawas baru.

Baju pengawas lama Salsa.

Tuesday, October 13, 2009

Buat Apa Sokong PAS !


Buat apa sokong PAS
kalau tak kena itu tak kena ini


Buat apa sokong PAS
kalau asyik salahkan pimpinan sendiri


Buat apa sokong PAS
kalau terlalu nakkan keuntungan peribadi


Buat apa sokong PAS
kalau rumah siap pahat asyik berbunyi


Buat apa sokong PAS
kalau tulis kekurangan parti di blog hari-hari


Buat apa sokong PAS
kalau tak lihat dasar, tapi lihat penyokong parti


Buat apa sokong PAS
kalau berat tak sama dipikul, ringan tak sama dijinjingi


Buat apa sokong PAS
kalau tak habis-habis kutuk parti sendiri


Buat apa sokong PAS
kalau kayu pengukur kita hanya duniawi


Sokonglah PAS
ianya cuma wadah, redha Allah yang kita cari

Saturday, October 10, 2009

Abah Benci Dia !


Tahun 1990, semasa cuti sekolah, kami kawan-kawan berpakat nak ke Langkawi. Kami bersekolah di Cheras masa itu, buat A-Level.


Dari Pudu Raya kami ke Teluk Intan dengan bas. Kami bermalam di rumah salah seorang kawan rombongan, Zalmi di Ulu Dedap. Di tengah-tengah sawah padi yang saujana mata memandang.


Masa tu 1990, Anwar masih jadi aset paling berharga Umno yang aku paling menyampah. Umno boleh dikatakan di hati ramai insan pada masa itu. Sikit sangat yang menyokong PAS. Itupun banyak diam kerana takut dicop pembangkang.


Di rumah Zalmi kami di layan baik sekali. Makan saja....


Tengah makan malam, kami bersama ayah Zalmi menonton berita TV pukul 8. Tengah makan muncul muka Isa Samad, MB Negeri Sembilan pada masa itu.


Aku ingatkan Power Rangers datang, rupa-rupanya suara ayah Zalmi.


"TUKAR...... Ayah benci tengok muka dia!"


Nasib baik TV rumah Zalmi dah ada remote masa tu. Senang la tukar channel.


Aku yang masih bersekolah masa tu terfikir, rupanya ramai juga orang yang menyampah dengan pemimpin Umno, bukan orang Kelantan je. Cuma mereka diam je.


Ha...Ha...Ha...... Kepada orang Bagan Pinang, BERTUKAR !

Thursday, October 8, 2009

PAS's Sixth Magnitude Men


“Friends are like stars, they may not be seen, but they are always there”

Kecerahan bintang yang boleh dilihat dari bumi diukur pada awalnya diukur oleh ahli-ahli astronomi Yunani Hipparchus dengan skala magnitude 1 hingga 6. First magnitude stars lebih cerah daripada sixth magnitude stars .

Kemalapan sixth magnitude stars berbanding first magnitude stars bukan bermakna mereka bintang yang serba kekurangan dari segi saiz mahupun cahaya, tetapi kerana jaraknya yang jauh dari bumi yang membolehkan hanya sebahagian daripada cahayanya dilihat dari bumi.

Kadang kala sixth magnitude stars jauh lebih cerah atau lebih besar daripada bintang-bintang yang bermagnitude 5,4,3,2 atau 1.

Begitu juga dalam perjuangan, memang terdapat ramai ahli-ahli parti mahupun bukan ahli yang berhabisan berjuang mengorbankan tenaga, idea, keringat, wang ringgit, jawatan, masa untuk parti yang dicintai. Semestinya kerana dasar parti yang tidak berganjak daripada Islam.

Mereka ini kadang kala jauh lebih bijak dan lebih cerdik dari segi pembawaan dan pemikiran daripada ahli yang menonjol di barisan hadapan. Tetapi memang sudah pilihan mereka untuk menzahirkan hanya se’fraksi’ daripada kerja-kerja dan sumbangan mereka.

Dengan begini mereka kekal sebagai sixth magnitude stars dalam parti atau boleh dipanggil ‘sixth magnitude men’.

Jika mereka akhirnya ke barisan hadapan, atau diminta ke hadapan, atau bertanding untuk ke barisan hadapan, mereka bukan lagi bermagnitude sixth. Magnitude mereka mungkin 2 atau 3 atau 4 atau 5 atau terus 1.

Bila mereka bermagnitude 1 atau 2, sudah semestinya mereka sentiasa diperhatikan. Kesilapan mereka sentiasa diawasi. Perlakuan mereka diperkatakan.

Saya agak memang ramai sixth magnitude men dalam PAS, sebab itulah parti ini terus teguh dan diminati. Saya pun kalau diberikan kekuatan oleh Allah mahu juga menjadi salah satu sixth magnitude star untuk parti ini. Atau juga 29th magnitude stars sebagaimana skala terkini kecerahan bintang dalam era teknologi sekarang.

Jangan pula kita sibuk menjadi meteoroids yang sering melanggar sana-sini di angkasa raya. Apalagi menjadi tahi bintang yang memecah masuk atmosphere untuk cuba melekukkan permukaan bumi dan memporak-perandakan orang ramai.

Masjid Guchil Yang Baru Dah Lama Siap


Alhamdulillah.

Masjid baru ni telah mula digunakan sejak beberapa bulan lalu.
***Pandangan dari rumah Mak Eshah.

Tuesday, October 6, 2009

Biarlah Lawa Pun Asalkan Baik Hati



Setelah menunggu lebih kurang setengah jam, akhirnya nomborku dipanggil. Lalu aku bergegas ke kaunter 8.


“Buka akaun”, kataku sambil menyerahkan borang yang telah siap diisi.


“Buka akaun kaunter 6”, beritahu si jelita di kaunter.


“Tak payah ambil nombor?” Tanyaku semacam tak puas hati.


Si jelita menggeleng kepala.


Aku ke kaunter 6, memang disediakan tray di situ untuk letakkan borang yang telah siap diisi.


“Berapa lama?” Tanyaku pada si cantik di kaunter 6.


“Kita ikut turn encik.....” Jawab si cantik.


“Saya tahu, tapi biasanya berapa lama proses? Setengah jam ada?” Tanyaku lagi. Dia mengiyakan sahaja.


Aku menunggu lagi sambil melihat jam di tangan. 5 minit sudah limpas jam 2. Esok sajalah....Putusku. Lalu aku ke kaunter 6 semula.


“Saya ambil baliklah dulu borang saya ni, tak sempatlah hari ni. Tadi saya tunggu nombor,” beritahuku sambil menunjukkan nombor giliranku. Tak puas hati lagi sebenarnya kerana penantianku hampir sejam telah sia-sia.
.

Esoknya aku terus ke kaunter 6 dengan borang yang telah siap diisi. Tiada tray disediakan di situ. Orang pun tiada.


“Buka akaun di sinikan?” Tanyaku pada si ayu berdekatan.


“Kena ambil nombor encik”, beritahu si ayu.


“Semalam saya ambil nombor, kata letak di sini saja. Hari ni kenapa kena ambil nombor pulak?”Aku menyatakan rasa tak puas hati.


“Time lunch encik,” terang si ayu.


Aku malas nak cakap banyak, terus ke mesin ambil nombor. 1107 ada 7 orang lagi menunggu. Aku lantas ke meja perkhidmatan.


“Nak buka akaun kena ambil nombor ke?” Aku memulakan bicara kepada si lawa di meja perkhidmatan.


“Semalam saya ambil nombor giliran, kata ke kaunter 6 terus. Sekarang kena ambil nombor pulak. Semalam pun saya datang time lunch jugak,”Beritahuku semacam mengadu pada si lawa.


Si lawa senyum. Memang cantik, tertarik dan da bomb. Tahi lalat di bawah hidungnya menambahkan seri lawanya.


“Biar saya tolong proses dulu, nanti di kaunter terus boleh buka akaun” si lawa terus menyemak dan memproses borangku.


Tiba-tiba hati berbunga semula, terasa nyaman. Inilah baru 1Malaysia. Syabas.

PRK Blues

Entah kenapa ketika hampir semua orang rancak membicarakan soal Bagan Pinang, aku lebih asyik memikirkan Kuala Trengganu. Walhal PRK di Kuala Trengganu sudah lama diketahui pemenangnya. Mungkinkah ada kesamaan antara kedua PRK ini? Atau ada sebab lain?
Aku juga asyik teringatkan Masjid Terapung Kuala Ibai walaupun di hadapanku tersergam indah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Adakah aku diserang blues? Blues apa?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...