Selagi orang pakai, selagi tu insyaAllah pahala di top-up. |
Thursday, May 31, 2012
Wednesday, May 30, 2012
Selamat Hari Lahir Salsa
Tuesday, May 29, 2012
Bila Abah Sudah Marah!
Abah : Kamu bertiga ni, asyik main I-Pad je... Cepat pergi mandi, mengaji.
Anak-Anak : Kami ni generasi-Y abah. Bukan lagi generasi-X macam abah.
Abah : Betul... Tapi generasi-X ni dah banyak kali dah khatam Dragon Ball Z!
Mama : Cepat, sebelum abah kamu jadi Super-Sayyan...
Abah : ...... Kaa.... Me.. Ha.... Me.. Haaa..........
Anak-Anak : Alamakk... Rambut abah dah terpacak la.... Lariii......
Anak-Anak : Kami ni generasi-Y abah. Bukan lagi generasi-X macam abah.
Abah : Betul... Tapi generasi-X ni dah banyak kali dah khatam Dragon Ball Z!
Mama : Cepat, sebelum abah kamu jadi Super-Sayyan...
Abah : ...... Kaa.... Me.. Ha.... Me.. Haaa..........
Anak-Anak : Alamakk... Rambut abah dah terpacak la.... Lariii......
Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
1234 - Aris Ariwatan
Satu... kasih yang abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai kau peroleh bahagia
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara
Harus kau renungkan
Andai kau peroleh bahagia
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara
Sunday, May 27, 2012
Thursday, May 24, 2012
Cikgu Paling Cool
Pada usia sementah 8 tahun, kerana desakan hidup, Akihiro terpaksa
berpisah dengan ibunya. Ibu Akihiro terpaksa bekerja di Hiroshima dan
meninggalkan Akihiro bersama neneknya di sebuah desa bernama Saga, nun jauh
dari Hiroshima.
Akihiro seorang budak yang agak ‘lurus’ dan tidak berapa
bijak dalam pelajaran. Memandangkan Saga adalah sebuah kampung yang kecil,
masyarakat di situ saling mengenali di antara satu sama lain. Cikgu di
sekolahpun mengenali setiap pelajar dan kehidupan mereka sorang-sorang.
Suatu hari Akihiro amat teruja apabila karangannya yang
bertajuk ‘IBU SAYA’ mendapat markah 100%. Akihiro balik ke rumah dengan girang
dan memberitahu neneknya.
“Bagus....” Puji nenek Akihiro sambil terus melakukan kerja
dapurnya.
“Tapi nenek....” Kata Akihiro.
“Tapi apa?” Tanya neneknya.
“Besok cikgu minta buat karangan ‘AYAH SAYA’,” beritahu
Akihiro.
“Buat je lah....” Kata si nenek.
“Saya tak pernah tahu pasal ayah saya. Saya tak ingat
apa-apa tentang ayah saya,” kata Akihiro, bernada sedih. Memang seorang ayah
tiada dalam kamus hidup anak kecil ini selama ini.
“Kamu tulis saja saya tak tahu,” cadang nenek Akihiro. Tangannya
tidak berhenti-henti bekerja.
Cikgu sedang mengembalikan kertas karangan “AYAH SAYA’
kepada murid-murid. Akihiro begitu gementar apabila namanya dipanggil cikgu.
Pasti dia akan dimarahi cikgu. Dengan teragak-agak dia mengambil kertas
karangannya dari tangan cikgunya yang tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Tiba-tiba Akihiro tersenyum, kali ini karangannya juga
mendapat 100%. Ya karangannya yang hanya sebaris ayat berbunyi ‘Saya tidak tahu’
mendapat 100%.
Cerita ini aku lihat di TV al-Hijrah. Klik sini untuk maklumat cerita The Amazing Grandma of Saga |
Sunday, May 20, 2012
Thursday, May 17, 2012
Mupti Sana Mupti Sini
"Buah nenas ini patut diharamkan," syor Mupti Sini.
"Kenapa?" Tanya Mupti Sana.
"Coba ente rasa," Mupti Sini menyuakan sepotong nenas ke mulut Mupti Sana. "Ate ada ente rasa macam buah epal?"
"Betullah takde rasa epal pun. Sikit pun tidak," iya Mupti Sana.
"Kan ana dah cakap, buah ini menyeleweng, patut diharamkan," Mupti Sini menguatkan syornya.
"Betul, namun ana serah pada kebijaksanaan ente. Ente lebih senior, ente lah yang mulakan muzakarah pengharaman buah nenas ni," Mupti Sana memberikan bola sepenuhnya kepada Mupti Sini untuk dimainkan.
Hari itu Mupti Sana dan Mupti Sini mencapai resolusi untuk mengharamkan buah nenas atas alasan nenas memakai nama orang putih sebagai 'pineapple', walhal nenas tiada sedikitpun rasa buah epal!
**
Friday, May 11, 2012
Loji Petronas Kemalangan Lagi
Hari Rabu lepas, seawal 6 setengah pagi, aku sudah meluncur laju ke Selatan. Destinasi..... INTAN Kemaman. Ada seminar berkaitan pengurusan strategik di situ.
Lebih-kurang pukul 8 pagi, aku sampai di Paka. Tempat yang pernah aku diami sekejap dahulu semasa bekerja di sebuah tapak pembinaan loji pemprosesan gas.
Di antara Paka dan Kerteh, kereta dan motosikal berduyun-duyun banyak di atas jalan, pastinya menuju ke tempat kerja masing-masing. Kerteh memang menyediakan kerja kepada puluhan ribu orang di loji-loji oil & gas dan stesen janakuasa yang kedapatan di sana.
Sambil memandu aku melihat seorang hamba Allah yang sedang menunggang motosikal agak perlahan. Dia memakai coverall warna hijau tua. Di atas belakangnya tertulis ' Hyundai-PFCE'. Aku tertarik kerana PFCE itu adalah penaja utama team bolasepak Terengganu tahun ini disamping TOP-IT.
Semalam, ada kejadian sedih.... Kejadian letupan di satu loji pemprosesan gas di Kerteh. Khabarnya melibatkan pekerja kontraktor Hyundai-PFCE. Khabarnya juga seorang maut dan beberapa orang lagi cedera.
Harapan aku agar brader naik motor yang aku lihat pagi itu tidak terlibat di dalam musibah ini. Dan mudah-mudahan kesabaran jua hendaknya Allah anugerahkan kepada mangsa dan juga keluarga mangsa yang terlibat. Amin.
Monday, May 7, 2012
Jin Pakai Toncet
3 manusia yang berlainan fizikal dan warna kulit tiba-tiba mendapati diri mereka terkurung di dalam sebuah gua. Mereka berusaha untuk meloloskan diri, tetapi hampa.
Sekonyong-konyongnya datanglah seekor jin bagak dan bertempik di hadapan mereka.
"Hei manusia, kamu semua telah menceroboh tempat aku, akan aku sumpah ......."
"Tolong jin.... Kami tak sengaja. Bagilah peluang untuk kami," mereka bertiga merayu bersungguh-sungguh.
"Baiklah. Sesiapa di antara kamu yang jujurrr, dia akan aku lepaskan. Ha ha ha ha," bagitahu si jin. Macam dalam cerita Ahmad Albab.
"Sekarang kamu mesti ceritakan kepada aku satu kejahatan dan satu kebaikan yang telah engkau lakukan," itulah syarat si jin. Senang sekali nampaknya.
Manusia pertama yang bermisai tebal tidak melepaskan peluang. Lalu mula bercerita.
"Jin.... Aku dulu, kini dan selamanya, sentiasa berbuat baik. Aku tiada kebobrokan. Tiada yang jahat melainkan yang baik-baik belaka."
"Takkanlah," argue si jin.
"Betul, aku sentiasa lakukan kebaikan. Aku bagi baja subsidi dan benih subsidi kepada petani, aku bagi duit RM500 untuk keluarga kurang mampu, aku bagi lagi RM100 untuk anak-anak sekolah, baucer buku RM200 lagi, baucer tuisyen dan macam-macam lagi. Ikhlas ...."
"Duit siapa yang kamu gunakan untuk buat benda tu semua?" Tanya si jin.
Belumpun sempat si misai tebal membuka mulut untuk menjawab, dia sudah disumpah menjadi seekor cipan.
Terkejut dengan apa yang terjadi, manusia kedua yang bersongkok tinggi pula bercerita.
"Jin, dulu aku jahat. Aku pernah ambik rasuah, bohongi rakyat, menaja samseng, sekat baja subsidi, memaki orang alim, mengadu domba sesama penduduk kampung....."
"Huh! Taik rasuah dan taik segala-gala rupanya engkau," komen si jin, seakan jijik melihat si songkok tinggi.
"Kini aku dah baik, aku jadi wakil rakyat bebas. Aku berjuang semata-mata untuk kemajuan bangsa aku," si songkok tinggi bangga bercerita tentang kebaikannya.
"Bohong!" Tempik si jin." Itu bukan kebaikan, itu kejahatan! Engkau telah mengkhianati pengundi yang telah mengundi engkau," marah si jin sambil menukarkan si songkok tinggi menjadi seekor katak gomok.
Melihat apa yang berlaku, manusia ketiga, seorang perempuan berkulit gelap mula berkata dengan terketar-ketar.
"Jin, aku menyokong gerakan LGBT. Lesbian, gay, biseksual, transgender."
"Gila engkau! Bodohnya! Engkau lesbian ke? Atau biseksual?" Tanya si jin tidak bertapis.
"Aku normal jin," jawab si perempuan.
"Habis? Kenapa kau beriya-iya sokong LBGT?" Tanya si jin kehairanan.
"Aku pengamal undang-undang jin. Ikut kitab undang-undang tempat aku, aku mentafsirkan bahawa itu hak asasi mereka untuk berLGBT. Aku mesti sokong," terang si perempuan.
"Bengongnya engkau. Ok.. Itu memang suatu kejahatan. Apa kebaikan yang pernah kau buat pulak?" Tanya si jin, macam nak cepat habiskan cerita ini sahaja.
"Aku anjurkan gerakan besar-besaran BERSIH 3.0 untuk free and fair election," beritahu si perempuan berkulit gelap itu.
"Free & Fair Elction? Itu memang satu kebaikan, engkau boleh keluar dari gua ini sekarang," beritahu si jin.
"Ini tidak adil, ini tidak adil......." Tiba-tiba si cipan dan si katak bersuara bersahut-sahutan lagak lagu Yuna.
"Kenapa pulak?" Tanya si jin.
"BERSIH 3.0 yang dia anjurkan itu perhimpunan haram...... Itu kejahatan, bukan kebaikan. Tukarkan dia menjadi binatang macam kami....." Protes si cipan dan si katak. Sebijik macam orang berdemonstrasi.
"Woi... Hang tak ada internet ke? Tak baca ke?" Tanya si jin. " Tuntutan BERSIH 3.0 itu adalah;
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
Ini kebaikan, bukan kejahatan," si jin pula yang tolong menjawab. Rupanya si jin ini sering membaca media alternatif.
"BERSIH 3.0 itu haram, Majlis fatwa kata haram jika cetuskan huru-hara," si cipan dan si katak masih tak mahu mengalah.
"Betullah kata Majlis Fatwa tu," jawab si jin. " Memanglah haram cetuskan huru-hara. Bukan saja dalam BERSIH 2.0, 3.0, cetuskan huru-hara di sekolah tadika, di pasar malam, di ekspo barangan elektrik semuanya haram. Yang datang dengan aman tak ada masalah. Yang buat huru-hara itulah yang HARAMJADAH!" semakin lega si perempuan berkulit gelap apabila si jin asyik menjawab bagi pihaknya.
Gambar dari internet |
Si perempuan berkulit gelap terus bergerak ke pintu gua untuk pulang.
"Nanti dulu!" Tiba-tiba si jin memanggil. Adakah dia berubah fikiran dan termakan kata-kata si cipan dan si katak?
"Kalau lapan tuntutan tadi masih tidak lunas. Kau buat je BERSIH 4.0. Itulah 8 keharaman yang perlu dibersihkan dahulu sebelum bercakap haram itu-haram ini," pesan si jin.
"Baik jin," akur si perempuan berkulit gelap lalu pergi.
**Cerita adalah rekaan semata-mata bersumberkan isu semasa. Sebarang persamaan watak adalah kebetulan, nak buat macam mana...
Thursday, May 3, 2012
Tuesday, May 1, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)