Saturday, June 30, 2012

Bola Bola Kerja Kerja

Memang dah tua...
Alamak.... Lupa lagi la tahun ni. Sekali lagi aku perlu diingatkan, itupun pada 27 hb. Jun, iaitu sehari selepas...

How can I repay?

Dulu pun sama juga.  Dah lebih daripada hattrick ni.

Happy Birthday pengarang jantungku Kajol, sorrylah kanda lupa lagi.

Monday, June 25, 2012

Bayi Berkacamata, Berambut Putih Ditemui Keseorangan Di Dalam Makmal Sains

Prof. Datuk Dr. sentiasa casligas dan tidak pernah kenal erti jemu walaupun rambutnya sudah memutih di usia 76 tahun. Seharian dia menghabiskan masa di dalam makmalnya. Teori yang baru dijumpai mesti segera dibuktikan kebenarannya. Biarlah apa jua kata orang, Prof. Datuk Dr. tidak peduli. Dia berani menentang arus. Sia-sia saja dia bergelar Prof, doctorate lagi, dapat Datuk lagi kalau dia hanya duduk diam mengangguk dalam ceramah sahaja.

Bahan-bahan penting telah disediakan oleh Prof. Datuk Dr, tinggal untuk membancuhnya sahaja. Air kolah dari  8 buah masjid di setiap jajahan di Kelantan telah diperolehi. Tanah liat dari Jeli dan tanah pasir dari Bachok menjadi ramuan utama. Bunga keluduk dari Peringat dan miang buluh dari Ketereh pula menjadi ramuan penyeri.

Ramuan rahsia yang menentukan kejayaan ujikaji Prof Datuk Dr. tidak lain dan tidak bukan adalah lendir katak yang suka panggil hujan tak kira siang malam pagi petang kemarau hujan. Mujurlah setelah mencari seantero negara, lendir katak ini akhirnya dijumpai di tepi stadium mini Pasir Mas.

POOOMMMM!!!!!

Satu letupan agak besar berlaku apabila lendir katak sebagai bahan rahsia dimasukkan sebagai ingredient terakhir. Lengkaplah sudah pati rahsia ciptaan Prof Datuk Dr. Kini, tinggal untuk uji keberkesanannya sahaja.

Mengikut buku tebal rujukan utama Prof Datuk Dr, pati rahsia yang dihasilkannya boleh membuatkan seseorang muda remaja. Kembali casligas, kembali segar, kembali kembang. Namun barang diingat, ada kata-kata amaran sebagai nota kaki dalam buku rujukan itu, pengambilan oral perlu amat mengikut sukatan iaitu, satu SUDU TEH boleh mengembalikan keremajaan sehingga 40 tahun kebelakang.

Prof Datuk Dr mencari sudu teh. Tidak sabar dia mahu menguji pati ramuan rahsia ciptaannya.

"Mano pulok sudu teh ni. Maso oghe nok ni lah dio takdok. Sekalo berlambak..." Gerutu Prof Datuk Dr. setelah gagal mencari sudu teh.

Akhirnya Prof Datuk Dr hanya menjumpai sudu besar yang biasa.

Gambar hiasan
"Sudu ni pun ok jugok. Janji sudu!" Kata Prof Datuk Dr.
.
Sesudu penuh pati rahsia ditelan Prof Datuk Dr dengan gelojoh. Tiba-tiba kepalanya berpusing, rasa macam migrain. Telinga rasa macam tiada, hidungnya rasa macam rebeh, matanya rasa macam nak keluar, berpinar. Fikirannya kachar, kachar, kachar! Tubuhnya  semakin mengecil. Ya, dia sedang shrinking....

Ya, sesudu penuh pati ramuan rahsia telah menjadikan Prof Datuk Dr kembali muda belia. Kalau satu SUDU TEH, boleh kembali muda 40 tahun. Kini setelah minum pati rahsia satu SUDU BESAR, Prof Datuk Dr hanya mampu menelentang sebagai bayi berusia 6 bulan di lantai makmal.

Ya! Teori Prof Datuk Dr berjaya menjadikan dia kembali bayi. Nampaknya dia perlu bersunat sekali lagi.
.
**Cerita rekaan semata-mata. Kalau terasa, sendiri mahu ingat.

Sunday, June 24, 2012

Di Antara Gelombang Hijau, Biru & Merah

Bila balik kampung Kajol di Pasir Mas, soalan faveret Tok penghulu dan Tok Imam kepada aku adalah,

"Guano? Terengganu boleh ambil balik ke?"

Biasanya aku menjawab pendek, "Boleh."

Tapi hujung minggu lepas, jawapan aku panjang sikit.

"Bukan saja Ganu, Johor pun boleh."

Yang penting semangat tak pernah kalah.

Thursday, June 21, 2012

Apa Peter Butler Buat Kat Sini?

Time rehat, aku menapak ke bank di perut bandar Kuala Terengganu.

Di sebuah kopitiam, aku ternampak seorang yang amat familiar sedang termenung keseorangan di depan secawan kopi. 

"Apa pulak si Butler ni buat kat sini?" Aku bermonolog.

"Ehh!!! Diakan dah jadi coach Terengganu sekarang. Lupa la pulak...." Aku sendiri menjawab pertanyaanku.

Kalau tak kerana lorat ke bank, nak juga aku menyapa dan bersalam dengannya. Soalan pertama aku mestilah,

"Guaner dok leh bahang Layeng (Lions XII) baru ni coach?"

Mesti dia jawab,

"Well, Saya dari England, saya tak panik."

Monday, June 18, 2012

Kasi Nizar La...

Hari ini aku interview seorang budak Cina yang berasal dari Pulau Pangkor.

Habis interview, aku berkata padanya.

"Saya ada kenal satu orang di Pangkor..."

"Siapa?" Dia bertanya serius.

"Zambri Kadir."

"Ooooo..... Dia tuuu..." 

Sebelum keluar bilik interview, budak Cina itu sempat berkata kepada aku dalam nada bergurau,

"Nanti kasi pas ye...."

Aku hanya gelak sambil membalas,

"Sebab you orang Perak, saya pun nak bagi tahu benda yang sama. Nanti kasi PAS ye...."


Sunday, June 17, 2012

Tak MunaSABAH Langsung


Assalamualaikum,
  1. Perlawanan Liga Super malam tadi, 16 Jun 2012. Singapura 9- Sabah 0.
  2. Pilihanraya Umum, PRU7 pada tahun 1985 dibuat dalam musim Haji.
  3. Pilihanraya Umum, PRU11 tahun 2004 dibuat semasa Malaysia menganjurkan Grand Prix di Sepang.
Tepuk dada, tanya otak.

Tuesday, June 12, 2012

SMACKDOWN!!!


WWF Wrestling memang top dulu. Walaupun semua orang tahu, TIPU, tetapi menghiburkan.
Faveret sudah tentu Hulk Hogan...


WWE yang menggantikan WWF di kaca TV semakin menghiburkan. Semakin TIPU dan BERLAKON, semakin menarik. Walaupun Hulk Hogan masih membuat penampilan, tetapi faveret bertukar kepada The Rock.



WWW15 memang tak boleh blah. TIPU, CILOK, SANDIWARA, COVER UP, COVER LINE hanya menjadikan suasana semakin soilek dan menarik untuk ditonton. Feveret yang tentunya  akan menenggelamkan populariti Hulk Hogan & The Rock semestinya wrestler kolar putih, Liow Tiong lai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...