Sesetengah manusia dikurniakan Allah S.W.T kelebihan sehinggakan menjadi ikon dan ikutan kepada sesetengah orang. Mereka mempunyai aura sehingga mampu mencetus suatu fenomena di kalangan rakyat.
1. Fenomena Mawi
Juara AF 3 ini, Asmawi Atan memang ada auranya yang tersendiri. Dia berjaya mencetuskan 'tsumawi' dalam bidang yang diceburinya. Aku yang tiada astro pun jadi tahu apabila dia menjadi juara AF. Budak kecik, besar, makcik, datin, ustaz, raja, rakyat, semua minat Mawi. Kepopularannya bukan setakat kepada dirinya, juga berjangkit kepada orang yang dekat dengannya, iaitu tunangnya. Anak Felda Taib Andak ini berjaya memberi nafas semula kepada lagu-lagu lama seperti Gadis Melayu dan Seroja yang pastinya membawa untung kepada penyanyi asal lagu itu. Juga lagu nasyid seperti Pergi Tak Kembali dan Intifadhah. Mawi tidak perlu menisbahkan namanya kepada AF seperti peserta reality show yang lain seperti Faizal AF4, Zahid AF2, Farah AF3, Ramli AF19 kerana sememangnya, dia memang popular.
(Sebenarnya yang mempopularkan lagu Seroja adalah Ustaz Akil Hayy di dalam ceramahnya... Aku agak Mawi pastinya pernah mendengar lagu Seroja dalam ceramah Ustaz Akil Hayy versi dia sendiri itu)
(Sebenarnya yang mempopularkan lagu Seroja adalah Ustaz Akil Hayy di dalam ceramahnya... Aku agak Mawi pastinya pernah mendengar lagu Seroja dalam ceramah Ustaz Akil Hayy versi dia sendiri itu)
2. Fenomena Nizar
Sejurus menjadi MB bidan terjun di Perak walaupun Pas mempunyai kerusi paling sedikit dalam Pakatan Rakyat, Ir Nizar serta-merta menjadi ikon anak muda dan warga emas. Bendahari Pas Perak ini yang sebelum itu hanya dikenali oleh sebilangan kecil orang yang biasa melihatnya berdemo di pekarangan Masjid Negeri Ipoh apabila ada isu tertentu atau yang terlibat dengan bisnes yang diceburinya terus menjadi pujaan ramai. Apalagi dengan kebolehan dan keperibadian beliau, Ir Nizar melonjak terus namanya sehinggalah dia digulingkan oleh Robert Mugabe Malaya secara pondan dan tidak beretika.
Aku yakin, selepas PRU13 nanti, Ir. Nizar akan menjadi MB Perak sekali lagi.
Aku yakin, selepas PRU13 nanti, Ir. Nizar akan menjadi MB Perak sekali lagi.
3. Fenomena Apek
Penjaga gol Pasukan Presiden Kelantan atau penjaga gol no. 4 Kelantan ini tiba-tiba melonjak namanya apabila beraksi cemerlang dalam Piala AFF Suzuki 2010 sehingga Harimau Malaya muncul juara. Sebelum itu nama Apek atau Khairul Fahmi Che Mat harum apabila membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama pada 2010. Apek berbintang cerah apabila dia pandai mengambil peluang yang diberikan apabila penjaga gol utama Kelantan tidak dapat diturunkan. Jalan inilah yang membawa Apek menjadi penjaga gawang no. 1 Malaysia. Kemasyhuran Apek bukan hanya di dalam padang, tetapi juga ceritanya di luar padang. Memandangkan dia pernah berpeluang mencium tangan MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz, memang elok Apek elakkkan berkecimpung dengan dunia artis yang melebih-lebih. Buat masa ini, Apek masih laku dan hot di kalangan gadis-gadis.
4. Fenomena Ustaz Azhar Idrus
Walaupun bercakap Tenganu pekat, Ustaz Azhar ternyata hebat dan diterima ramai. Klip video Youtubenya memang boleh challenge Cikgu Shida. Pendekatannya yang mesra anak muda dan unik membuatkan Ustaz Azhar tersohor. Setiap kali ceramahnya dihadiri oleh ribuan orang. Ustaz Azhar juga jelas dalam perjuangan. Dia tidak berselindung atau malu-malu apabila menyatakan pendapat, pandangan atau pendirian. Inilah keistimewaan Ustaz Azhar. Dengan fenomenanya yang masih segar sekarang, tidak mustahil Terengganu akan diperintah semula oleh PR pimpinan PAS selepas PRU13 nanti.