Saturday, April 30, 2011

Raja Pun Kena Sekat Ke ?

Kan dia raja?
Betul.

Jadi kenapa raja tak boleh masuk?
Ini arahan encik.

Arahan siapa?
Pihak pengurusan. Encik nak jumpa manager kami?

Emmm.... alang-alang ada sebijik je. Tak berbaloi aku nak bertekak. Jom kita pekena kat sini.
Jom encik. Saya pun dah lama tak pekena. Mahal lagi sekarang ni. Jom di wakaf sana.

Ye mahal betul... Yang ni D24, RM12 sekilo.... Sebiji RM30...
Woooo.....  Durian kampung?

Durian kampung pun dalam 7-8 ringgit sekilo.
Wuisshh isi belum tentu elok tu..

Betullll....
Ada tanah elok tanam sendiri je...




Friday, April 29, 2011

Dialog Marhaen di Atas Jambatang Sultang Mahmud

Berpeluh Pak Rais mengayuh basikal membonceng anaknya, Amri yang debab walaupun baru masuk pra-sekolah. Mereka dari Pulau Duyung dalam perjalanan ke seberang sungai untuk ke pasaraya Sabasun. Di Sabasun harga tepung dan telur murah beberapa sen daripada di tempat lain. Berbaloi lah tu. Fikir pak Rais. Lagipun basikal Pak Rais setakat ni belum pakai petrol atau diesel.


"Banyak bendera atas jambatang ni. Siapa nak datang ayah?" Tanya Amri.
"Presiden Umno dan BN nak datang," jawab Pak Rais.
"Presiden  Umno & BN? Adik tak kenal la. Siapa?" Tanya Amri.
"Tuu...." Pak Rais menunjukkan ke arah satu bunting di tiang lampu.


"Itu Perdana Menteri kita ayah," kata Amri.
"Yalah."
"Kenapa ayah tak cakap saja Perdana Menteri Malaysia?" Tanya Amri.
"Sebab dia datang bukan sebagai PM, tapi sebagai Presiden Umno &  BN," jawab Pak Rais.
"Kenapa pula?" Tanya Amri
"Kalau datang atas kapasiti PM, bendera Malaysia dan Terengganu lah yang sepatutnya penuh di atas jambatang ni. Ni penuh dengan bendera kati dan keris sahaja," Terang Pak Rais.


Sampai di hujung jambatan, Signage 'Allah Peliharakanlah Terengganu' jelas kelihatan di atas Bukit Kechil Besar. Pak Rais berpesan kepada Amri.
"Nanti di kedai, adik jangan minta macam-macam ye"
"Jadi ayah, tak boleh beli kaler warna untuk adik?" Tanya Amri.
"Kaler tu nanti ayah dapat wang ehsang, ayah beli selaluh."
"Buleh ke adik nak duduk dalang trolley, ayah tolak?" tanya Amri lagi.
"Yang tu boleh...."
"Yahuu..............."
Gembira betul si Amri hari ini.
Pak Rais lagi gembira kerana dapat memenuhi hajat anaknya untuk ditolak dalam trolley. Selagi mampu, apalagi tak payah keluar modal, ayah sanggup buat apa saja, nak.


***
Malam ni tiru gaya penyampaian Pn Kartini, seorang Cikgu Biologi yang kreatif

Ingatan Untuk Kaki Sumpah

Kalau nak bersumpah, tak payah buat di masjid atau surau.

Buat saja kat tengah padang atau tepi laut. Paling baik atas gunung.

Bukan apa, kalau takdirnya penyumpah tu dipanah petir, tak adalah masjid atau surau yang rosak.

Lainlah kalau hangpa semua memang tengah usyar projek bina masjid baru.

Thursday, April 28, 2011

Racist

Gambar hiasan
1. Aku cukup pantang jika pemimpin yang kononnya Berhormat bercakap bohong, tapi aku pantang 4 kali ganda jika pemimpin yang sedang berbohong itu seorang betina garik.

2. Aku menyampah orang laki-laki cakap lucah openly depan-depan orang macam dia sorang je ada napsu, tapi aku lebih menyampah kuasa tiga bila orang perempuan yang tak tahu malu cakap lucah depan-depan orang.

3. Aku timbul rasa nak amarah dan amaki jika ada pemandu menyucuk-nyucuk belakang kereta aku macam dia sorang nak cepat, sedangkan jalan jam. Tapi aku lebih timbul rasa nak amarah dan amaki jika yang menyucuk itu seorang perempuan. Macam dia sorang je ada Vios!

Salahkah aku kerana sentiasa mengharapkan yang baik-baik daripada kaum wanita?

Tuesday, April 26, 2011

Kisah Jin & Email

Di sebuah kampung, sepasang suami isteri sebak melihat kegembiraan anak mereka.

"Inilah hadiah hari jadi saya yang terhebat, mak, ayah," kata Amin sambil memeluk kedua orang tuanya.

Kegembiraan Amin berpunca daripada sepucuk surat daripada bapa saudaranya yang tinggal di kota.

"Sempena hari jadi Amin yang ke 18, Pak Ngah hadiahkan email address untuk Amin.
Amin93@ggmail.com. Harap Amin gembira.
Bukan itu sahaja......
Pak Ngah juga telah createkan satu blog untuk Amin. http:///aminbudakberjurus.blogspot.com/
Dan guess what... Amin juga ada FB, Pak Ngah createkan akaun FB untuk Amin. Nanti Pak Ngah emailkan.
Happy happy joy joy . From Pak Ngah"

"Kenapa ayah dan mak macam tidak gembira?" Soal Amin menyedari ibu dan ayahnya sedang berduka.

Ayahnya lalu bercerita.

Dulu ada seekor jin telah mengurung 2 orang manusia di dalam gua. Sebelum dikurung, jin bersetuju untuk menunaikan satu permintaan mereka. Pemuda pertama mahukan makanan. Ditunaikan. Pemuda kedua dengan sombong berkata,
"Aku mahu rokok," katanya yang memang perokok tegar. Ditunaikan.
Selepas 10 hari, pintu gua dibuka.
Pemuda pertama sihat walfiat kerana dapat makan sedap.
Pemuda kedua keluar dengan wajah masam mencuka.
"Celaka lu jin. Lu bagi gua rokok. Tapi lu tak bagi lighter. Jenuh gua cuba buat api pakai batu, tapi tak jadi. Gua fail bab sains ni....." Marah betul dia. Jin cuma gelak Ha Ha Ha.

Habis cerita.

Amin termenung. Masih tidak berapa faham.

"Amin, berapa banyak email address yang kamu ada pun. Berapa banyak blog yang kamu ada pun. FB ke twitter ke, friendster ke. Kalau tak ada line internet, macam lah cerita pemuda tadi dengan rokok," ibunya menjawab ketidakfahaman Amin.

Amin yang berumur cukup 18 tahun hari ini menjadi semakin lebih faham tentang kehidupan dan putar alam.

Monday, April 25, 2011

Lain Kali Jangan Tidur


Angkara MIC

..... Aku menyambung lagi.

"MIC ni bahaya sungguh. Beracun. Boleh membawa bencana besar," Semua mata tak berkedip tertumpu padaku.

"25 tahun lalu, akibat MIC 3500 orang mati di India. 170,000 orang pula terpaksa dirawat selepas itu. Memang teruk," aku menyambung.

Seorang bangun dengan muka sungguh tak puas hati.

"Eh... Ni nak mengajar ke nak berpolitik fitnah!!!" Marah menyinga dia dengan kedua-dua tangan menggenggam penumbuk.

"Ni apa hal pulak... Lu ada masalah ke bro?" Aku bertanya.

"Gua nak report, lu main politik fitnah di sini, nanti lu kena ban selamanya," Dia masih marah.

"Lain kali kalau datang kelas, jangan nak tido mangkuk. Dengar professor nak mengajar ni...."

Tragedi Bhopal

Tragedi Bhopal pada 1984 adalah musibah industri terburuk dalam sejarah dunia. Ia diakibatkan pengeluaran 40 metrik ton Methyl Isocyanate (MIC) secara tak sengaja dari pabrik pestisida Union Carbide yang terletak di kota Bhopal, di negara bagian Madhya Pradesh di India.

 

Pabrik tersebut dibuka pada 1969 dan diperluas untuk menghasilkan karbaril pada 1979. MIC merupakan perantara dalam pemhasilan karbaril.



Kecelakaan ini langsung menewaskan ribuan jiwa dan melukai antara 150.000 hingga 600.000 lainnya—15.000 di antaranya kemudian meninggal dari luka-luka tersebut. Ada yang menyebutkan jumlah kematian yang lebih tinggi.

 

Penyebabnya adalah dimasukkannya air ke dalam tangki-tangki berisi MIC. Reaksi yang kemudian terjadi menghasilkan banyak gas beracun dan memaksa pengeluaran tekanan secara darurat. Gasnya keluar sementara penggosok kimia yang seharusnya menetralisir gas tersebut sedang dimatikan untuk perbaikan. Penyelidikan yang dilakukan menyatakan bahwa beberapa langkah keselamatan lainnya tidak dijalankan dan standar operasi di pabrik tersebut tidak sesuai dengan standar di pabrik Union Carbide lainnya. Selain itu, ada kemungkinan langkah-langkah keselamatan tersebut dibiarkan sebagai bagian dari "prosedur penghematan" yang dilakukan perusahaan tersebut di pabrik itu.

 

Sebuah penyelidikan BBC pada 2004 memastikan bahwa kontaminasi masih terus berlangsung.


Tanya Google untuk lebih tahu. Jangan asyik tido & komplen.




Pengayuh Beca

suatu hari di Jalan Pusara
seorang pengayuh beca
mengayuh beca kosong
di bawah terik mentari


ke manakah tujuan
beca kosong dibawa?


sudahkah pagi ini dia mendapat
duit yuran SPM anak bongsu
dan bil letrik yang expire esok


berjayakah sudah si pengayuh beca adakan
harapan isteri yang lumpuh
untuk mendapat sebelah ayam
yang sudah RM8.50 sekilo


atau 2 ekor anak kembong
yang tiba-tiba menjadi RM14 sekilo
walaupun rumah mereka bertanah pasir pantai
dan angin yang masuk ke tingkap mereka berbau hanyir laut


oh pengayuh beca
salahkah tempat ini?
kerana tiba-tiba menjadi bandaraya


Saturday, April 23, 2011

You Asal Mana ?

Wherever I lay my hat,
that's my home
 - Kata Paul Young
Bila aku melalui kampung Telaga Putat di Terengganu, aku terfikir pernahkah seorang budak yang dipanggil Putat telah membuat jasa di sini dengan menggali sebuah telaga yang akhirnya dapat digunakan oleh seluruh penduduk kampung?

Aku tahu nama Guchil kampung aku di Kelantan adalah sempena nama pokok guchil yang buahnya sebesar manik dan rasanya masam-masam manis.

Nama Beaufort di Sabah mungkin digunakan untuk mengubati hati terlara kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negeri kerana tidak credit Bahasa Malaysia.

Nilam Puri bagi aku adalah nama yang paling indah dalam Malaysia yang menempatkan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Kampung Aur Cina, Pasir Mas adalah tempat aku bertemu jodoh. Di situ yang ada hanya aur, Cina tak ada seorang pun di situ. Yang berwajah iras-iras Cina adalah. Yang iras Kajol pun ada.

Batu Buruk mungkin hanyalah kata-kata penyair yang kedapatan di situ yang frust dengan harga sotong celup tepung yang naik mendadak atau mungkin juga gelaran penduduk untuk ketua kampung mereka yang ada masalah kelelakian.

Pengkalan Chepa tempat aku mengenal kehidupan di MRSM KB dahulu menggambarkan sebuah pengkalan yang mungkin diasaskan oleh seorang yang bernama Mustafa yang kebiasaannya dipanggil Che Pa. Dekat Pantai Sabak di sinilah menjadi pengkalan pendaratan tentera Jepun semasa menjajah Malaysia. Di sini juga terletaknya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Taman Temiang Jaya pernah aku diami semasa berintensif Bahasa Inggeris di Kolej Negeri, Negeri Sembilan. Ianya berdekatan Taman Rasyidah Utama yang menjadi tajuk lagu popular Wings yang menjadi teman study aku untuk menghadapi SPM.

Taman Shamelin Perkasa, Cheras adalah tempat aku mengambil A-Level. Shamelin, aku pernah diberitahu adalah Syarikat Melayu Insaf yang diasaskan untuk mengumpul kuasa beli orang Melayu. Wallahu a'lam. Err... Perkasa tu tiada kaitan dengan Ibrahim Ali pada masa itu.

Bath, Avon tempat aku belajar dahulu bukanlah kerana orang di situ suka menggunakan barangan Avon semasa mandi. Di situ banyak kolam air panas dahulu, hinggakan hentian keretapinya dinamakan Bath Spa. Lagi ada Roman Bath yang popular yang dibina oleh penakluk Rom zaman dahulu. Avon itu adalah nama county atau jajahan di situ. Mungkin pengasas produk Avon adalah anak jati di situ.

Setelah bekerja, aku pernah merempat di Bandar Tasek Selatan yang pernah menjadi tajuk lagu dendangan Kumpulan Olan yang aku tak pernah minat kerana lagunya yang bagiku berlendir-taber. (Di Malaysia, kebanyakan orang terpaksa merempat di awal kerjayanya. Kenapa?)

Sembrong di Johor aku tak pernah kenal, tetapi namanya ... Ahhh...kalau aku komen nanti orang di situ marahkan aku pulak. Yang aku tahu ahli parlimennya adalah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn.

Sauk di Perak popular dengan tragedi Al-Maunah lama dahulu. Jika kita dari Kelantan ke Ipoh, kita akan melalui pekan Kuak, Sauk dan Kati. Ada orang Perak bilang, ianya menggambarkan orang kampung yang mencari rezeki di sungai dan bendang. Kuak dulu semak-samun, sauk, dapat ikan, kemudian timbang kati untuk jual.

Di Perak juga sebelah utaranya ada Larut, Matang, Selama. Maknanya sama sahaja. Menggambarkan masa yang lama, kematangan, forever. Tak ada kena mengena dengan motto Umno dulu, kini dan selamanya. Ahli Parlimen Pas yang pertama dahulu bertanding dekat-dekat sinilah. Perempuan lagi!

Kota Sarang Semut di Kedah namanya begitu unik. Menggambarkan impian kanak-kanak dan fiksyen seorang marhaen.

Nama Tongod, Moynod, Sukau, Paitan, Bundu Tuhan, Bundusan, Tamparuli, Leepang mungkin ada maknanya yang tersendiri dalam bahasa Kadazan atau Dusun atau Bajau.

Jeroco bukan hanya berada di Israel, tetapi di 80km off-road Lahad Datu-Sandakan. Jalan tanah merah berbatu kerikil. Kalau hujan tersangkutlah di situ. Jauh dan ulu pun, ada juga cikgu terutama ustaz dari Kelantan mengajar di situ.

Satu nama yang aku suka ialah Kota Samarahan, sebab ia berbunyi seakan-akan Samarkand.

Pantai Remis di Perak bukanlah kawasan pantai untuk berkelah. Ianya nama pekan lama yang sesuai untuk Pengarah Filem Mamat Khalid buat cerita zombie dan hantu yang seterusnya.

Kunak berdekatan Madai yang berada di antara Lahad Datu dan Tawau tiada kena mengena dengan kerabat istana Kelantan samada yang masih hidup atau yang telah mati.

Semporna, gateway to Sipadan tidaklah sesempurna mana. Shafie Afdal perlu tumpukan kawasan dia ni dulu sebelum ke hulu-ke hilir tak tentu kalu dengan mulut mengondem pentadbiran orang lain.

Kinabatangan semestinya berkait rapat dengan Sungai Kinabatangan di Sabah. Di sini didiami ramai orang etnik Sungai yang mengikut bancian rambang aku, kaum wanitanya adalah antara yang tercantik di Sabah. Yang lelaki adalah sekacak Bung Mokhtar Radin.

Chendering tempat aku tinggal sekarang, adakah ianya pernah tersohor dengan penjual chendol berambut kerinting yang kurus kering?

Banyak lagi nama tempat yang semuanya ada kelebihan dan cerita tersendiri. Andalah yang mengulasnya sendiri. Sekian.

Friday, April 22, 2011

Anuar Kecik, Anuar Besar

Set-set megge nih
Dulu semasa di asrama, teman sebilik aku ada 2 orang bernama Anuar. Seorang besar macam Giant, seorang kecik macam Suneo.

Depa ni nama je sama Anuar, tetapi selalu bergaduh macam Anwar dengan Mahathir.

Suatu hari entah apa kes, tiba-tiba Anuar Giant naik angin dan mencabar Anuar Suneo.

"Nak goccoh? Mung ingat aku takut ke mung?" Cabar Anuar Giant. Memanglah dia tak takut sebab dia besar macam gajah.

Kami yang menyaksikan peristiwa itu menjadi suspen. Ada yang lebam bijik mata nanti ni.

Aku memandang Anuar Suneo yang cekeding. Habislah kau, fikir aku. Tiba-tiba Anuar Suneo menjawab,

"Mung ingat aku berani dengan mung?"

Ayat diplomatik Anuar inilah yang menyelamatkan Anuar daripada Anuar.

Takkan Anwar Sorang Je Yang Boleh

Suatu hari aku check-in di sebuah hotel 5-bintang terkemuka di ibu kota. Aku menalipon housekeeping untuk menukar tuala. Tak sampai seminit, sampai dah.... Hebat.

Housekeeper: Ni tualanya encik.
Aku : Adik, saya nak tuala yang besar. Yang ni dah ada dah.
Hosekeeper: Saiz tuala hotel kami standard encik. Satu saiz sahaja.
Aku: Yang labuh sampai ke kaki dan boleh menutup aurat tak ada ke?
Housekeeper: Yang macam mana tu encik?
Aku: Alaa... Takkan kau tak tengok dalam video tu.
Housekeeper: Oh... Saya tengok gambar je. Video tak tengok.
Aku: Saya pun. Eh! Tolong bagi saya tuala labuh macam tu? Tak lawas la pakai tuala singkat ni.
Hosekeeper: Tak ada encik. Saiz ini sahaja kami ada.
Aku: Macam mana Anwar boleh dapat tuala labuh tu?
Housekeeper: Mungkin dia bawa dari rumah encik.
Aku: Ish... Takkanlah orang macam dia nak bawa tuala sendiri.
Housekeeper: Mungkin dia beli kat Bukit Kayu Hitam kot.
Aku: Kau jangan nak loyar buruk. Boleh ke tak aku nak tuala labuh tu?
Housekeeper: Kami tak ada encik.
Aku: Apa punya hotel, kata je 5-bintang. Tuala pun cap ayam.
Housekeeper: Maafkan kami encik.
Aku: Heh... Siapa punya hotel ni?
Housekeeper: Datok C, encik.
Aku: Ohhh... Aku ingat Datuk T. Maaflah ye.

*** Cerita tipu semata-mata.

Thursday, April 21, 2011

Pil EQ

Aku pernah bercakap dengan seorang kakak yang menjual pil EQ.

"Bagus pil ni dik. Kalau Pil IQ untuk bijak. Pil EQ ni untuk sikap dan pertimbangan yang positif," bersungguh-sungguh dia cerita.

"Anak akak sendiri. Dulu dia payah bangun pagi. Sejak makan pil EQ ni, bukan setakat bangun awal, baju pun dia basuh sendiri," bangga sungguh dia.

"Jadi baguslah untuk anak-anak dan orang yang ingin berubah," dia meyakinkan aku.

"Kakak......" Aku mamanggil untuk menarik perhatian.

"Kenapa tak propose je pil EQ ni kat pusat serenti? Budak-budak dadah tu, depa pun nak berhenti sebenarnya, tetapi bila ketagih, mindanya tak terkawal, lalu ambil dadah semula," aku melontarkan cadangan.

"Betul juga ye," naif juga kakak ni, disokongnya pula cadangan aku yang sinikal itu.

"Satu lagi elok jual kat Ahli-Ahli Parlimen, supaya bila berhujah di Parlimen, nampak cerdik sikit," kataku lagi mendedikasikan cadangan khas buat Bung Mokhtar Radin 'bocor' Kinabatangan, Mohamad Aziz 'macam bagus' Sri Gading dan Mohd Yusof Said 'tutup sebelah mata' Jasin.

Mereka inilah the real trio Datuk T yang terawal dan teroriginal.

Wednesday, April 20, 2011

SPOIL

Hari yang paling letih.

Balik kerja, ikut Salsa pergi sekolah. Ada program sembahyang hajat, baca Yaasin dan tahlil.

Lepas Isyak, ada pulak ceramah motivasi untuk pelajar dan ibu bapa. Layan je la.

Last-last, di penghujungnya, program motivasi bertukar menjadi sesi menjual pil penguat minda. Ish....ish. Apa ni Mr. Motivator ... tak rock la macam ni bro.

Tuesday, April 19, 2011

Siapa Ganti Haji Hadi ?


PGU - Pas Ganti Umno bukan Presiden Untuk diGanti
 Suara-suara supaya Presiden Pas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang digantikan kembali geger apabila Pas kalah kesemua 5 kerusi DUN yang parti Islam itu bertanding di dalam PRU Sarawak baru-baru ini.

Mereka mengaitkan kekalahan dengan Haji Hadi macamlah kerusi DUN Beting Maro, Muara Tuang, Sebuyau, Sadong jaya dan Tanjung Datu itu selama ini diwakili oleh Pas, dan baru sekarang terlepas ke tangan PBB yang bukan Bangsa-Bangsa Bersatu itu.

Mereka juga mengungkitkan keupayaan Haji Hadi yang hanya mampu sepenggal menguasai Terengganu, padahal sebelum ini merekalah yang berpencak berlalak mengatakan penipuan ‘grand design’ yang berjenamakan ‘gelombang biru’ yang dilakonkan Idris Jusoh dan rakan-rakan yang menjatuhkan kerajaan berhemah dan cermat pimpinan Haji Hadi.

Bertambah lucu apabila semasa pemilihan sebelum ini, mereka menamakan Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai calon Presiden baru. Macamlah mereka tidak tahu iqamat itu datangnya kemudian daripada azan.

Sekarang pula, untuk pemilihan akan datang, dinamakan pula anak didik kesayangan Tok Guru Nik Aziz, Husam Musa sebagai calon Presiden. Anehnya Husam awal-awal telah menolak mentah-mentah.

Yang jelas, calonnya tiada, tetapi Presiden mahu digantikan.

Lantas membuat aku teringat cerita seorang rakan tentang seorang ustaz di Perak. Seorang telah bertanya kepada ustaz tentang hukum air mani.

“Ianya suci, tetapi tidak menyucikan. Walaupun ia bukan najis tetapi tidak boleh dibuat bersuci” jawab ustaz.

“Kalau cukup 2 kolah macam mana? Boleh buat ambil wuduk?” seorang itu terus bertanya. Bau macam nak loyar buruk pun ada. Dari segi logik pun memang out!

Ustaz hanya menjawab dengan selamba untuk menutup perbualan.

“Anta kumpulkan air mani cukup 2 kolah dulu, kemudian baru saya jawab.” Full stop.

Begitulah dengan isu tukar Presiden Pas sekarang. Ada calon, baru cerita.

Aku Tak Pernah Pangkah Warna Biru Tua

Kepok & nisan bawah papan tanda membuatkan aku lebih berhati-hati
Habis mesyuarat lebih kurang pukul 3, aku terus memecut balik ke Terengganu. Aku mahu cepat sampai ke rumah. Tiada apa di kota raya ini untuk aku. Dalam hati aku hanya ada pasiran pantai di Terengganu dan perbukitan di Guchil.

Aku hanya berhenti mengisi minyak yang entah bila nak turun harga. Malas aku nak berhenti makan. Kalau boleh di plaza tol pun aku tak nak berhenti. Tapi apakan daya, negara ini diperintah oleh Barisan nasional dan dihuni oleh rakyat yang asyik makan Beras nasional.

Dalam kereta, dengar berita mandarin. Tak faham sikit. Baru tak sakit hati.

Azan Isyak dari Masjid Abidin, Kuala Terengganu berkumandang di radio. Aku berhenti di sebuah masjid kayu di Tok Dor. Sembahyang jamak taakhir. Jemaah di masjid sedang wirid semasa aku mula sembahyang. Jamak qasar.

Tengah tahiyyat akhir, lampu masjid dah ditutup, tinggal satu samar-samar, mungkin untuk menemani aku sembahyang. Selesai salam, aku terus bangkit. Seseorang dah menunggu di pintu, pintu pun dah tutup sebelah. Tak dan beredan depa ni. Nak balik pun tunggulah dulu.

Aku tengok karpet masjid. Biru tua dengan line merah!

Tengok jam. Belum pukul sembilan lagi!

Pukul 9.34 aku sampai di Kedai Buloh. Aku tengok masjid yang ada bunting 'Pas Ganti Umno' di depannya, masih terang benderang.

9.44 Aku tarik hand brake depan rumah.

Sunday, April 17, 2011

Perjuangan Pas Dangkal?

Pesan abah:
Bila besar jangan jadi pembaca berita,
tak boleh guna otak sendiri,
asyik baca teks saja,
Berita radio RTM pukul 5 hari ini. Komen kangkung-kangkung dari universiti disiarkan.

Pembaca berita berkata, kekalahan Pas menunjukkan rakyat menolak perjuangan parti itu yang dangkal.

DANGKAL?

Berjuang menegakkan hukum Islam itu DANGKAL?

Berhabisan menghapuskan rasuah itu DANGKAL?

Kau jawablah dengan Allah nanti dangkal ke tidak.

Aku di Lebuhraya Pantai Timur, on the way to Bangi. Walaupun sakit hati, aku hanya memecut setakat 110 km/j sahaja.

KoNtEsT KeNaNgAn zAmAn SeKoLaH

Demi memeriahkan contest yang dianjurkan Cik Nurussalwa
Tok! Tok! Tok!

Pintu kelas 1 Merah di ketuk oleh seorang pelajar. Kami yang sedang asyik mendengar cikgu di depan masing-masing berpaling ke muka pintu.

“Assalamualaikum cikgu. Nak jumpa Ramli, Cikgu Dol panggil dia,” beritahu budak di muka pintu.

Aku membontoti budak itu hingga ke kelas 4 Merah. Di dalam kelas 4 Merah aku lihat Cikgu Dol sedang menanti. Semua mata pelajar dalam kelas 4 Merah juga tidak berkelip-kelip memandang aku. Alamak! Apa aku dah buat ni. Apa kesalahan aku.

Cikgu Dol adalah cikgu yang paling ditakuti oleh pelajar termasuk aku. Tangannya se’laser’ mulutnya. Dia mengajar Bahasa Inggeris di kelas aku.

“Ramli, pisang dalam Inggeris apa?” Soal Cikgu Dol apabila aku merapatinya.

“Banana,” aku jawab walaupun dalam fikiran aku tertanya-tanya apa tujuan dia panggil aku ke kelas senior ini.

Selepas itu Cikgu Dol terus bertanyakan beberapa vocabulary mudah yang sepatutnya diketahui oleh budak darjah satu seperti aku sambil diperhatikan oleh pelajar kelas 4 Merah. Di dalam kepala aku masih tertanya-tanya. Apa ni? Kalau setakat nak tanya vocabulary, tak perlulah panggil aku ke sini.

“Sikat,” soalan terakhir daripada Cikgu Dol.

“Comb.”

“Budak kelas ni tak tahu, sebab tu saya panggil awak datang ke mari,” akhirnya terjawab pertanyaan kenapa aku dipanggil ke kelas ini.

Tindakan Cikgu Dol berbuat begitu mungkin satu teknik pengajaran yang baik dan berkesan. Rasulullah S.A.W juga pernah berdialog dengan malaikat Jibrail yang menyerupai seorang pemuda di hadapan para sahabat berkaitan persoalan Islam, iman dan ihsan.

Cuma bagi aku, kelemahan manusia biasa seperti kita ialah kerana terdapatnya unsur ‘humiliation’ di dalam tindakan itu. Cikgu Dol seakan-akan secara tersiratnya berkata kepada semua pelajar 4 Merah, ‘tengok... budak darjah satu pun tahu apa yang kamu tak tahu’.

Anggapan aku ternyata benar apabila sebelum melepaskan aku pergi, Cikgu Dol bertanya satu soalan maut yang aku tak mahu jawab tetapi terpaksa menjawab jua.

“Budak kelas ni cerdik ke bodoh?” Kuat suara Cikdu Dol. Cukup untuk didengari oleh makhluk yang berada di sekitar 12 meter radius.

Aku serba-salah. Kerana aku tahu apa jawapan yang dimahukan Cikgu Dol. Dengan penuh kenaifan, aku menjawab ‘bodoh’.

Dalam perjalan pulang dari sekolah hari itu, seorang budak tiba-tiba menuding jari ke arah aku sambil berkata kepada rakannya.

“Inilah budak yang kata kita bodoh tadi.”

****
Sori last minute tag. Saya pun tahu last minute. Selamat mencuba
 
Puteri
Anak Haji Amir

Saturday, April 16, 2011

Keputusan MunaSabah Sarawak

Nor Shahrul Idlan Talaha paling ingat dia ni.

Friday, April 15, 2011

Indonesia 1 - Malaysia 0

Fakta kes 1:

  1. Wakil rakyat PKS Indonesia telah dilaporkan menonton video lucah dalam Dewan Rakyat.
  2. MP tersebut mengaku, tetapi mengatakan dia tidak sengaja. Dia hanya membuka email yang ada attachment. Dia tak tahu attachment itu video lucah. Dia claim dia diframed.
  3. Bagaimanapun dia meletak jawatan MP sebagai tanda bertanggungjawab dan menjaga nama baik parti setelah ditekan parti lawan.
  4. Tiada timbul isu siapa pelakon dalam video. Yang nyata salah adalah si penonton, apalagi di Dewan Perwakilan Rakyat.
Fakta kes 2:
  1. Satu video lucah dipertontonkan kepada beberapa individu dan media terpilih oleh sejenis makhluk satu nama tiga badan enam telur.
  2. Individu dalam  video yang diburu dan dicari termasuk sebuah jam.
  3. Pemilik, penayang dan penonton video lucah setakat ini masih bebas makan nasi kandar dan ikan bakar di mana sahaja mereka bernafsu tanpa rasa was-was.
Persamaan kes 1 & 2:
  1. Semua individu terlibat adalah Islam
  2. Semua adalah Melayu ( Indon pun Melayu jugak).

Wednesday, April 13, 2011

Blue Ocean Strategy Blues

Biru ke Merah ke, janji Rock!
Pak Jab memandang 3 pekerja harapannya dengan geram. Macam mana kantornya boleh mempunyai pekerja sebodoh mereka. Sesekali mereka bertiga kelihatan berbisik sesama mereka. Tetapi mereka masih tunduk memandang lantai, tidak berani memandang muka Pak Jab.

Pandangan Pak Jab beralih ke luar tingkap. Adakah aku yang tersalah cakap atau makhluk bertiga ini yang terlalu dungu?

Perusahaan Pak Jab telah mengalami kemerosotan kebelakangan ini. Tempahan perabut yang diterima amat berkurangan. Malahan ada juga tempahan yang dibatalkan oleh pelanggan. Dicampur dengan tempahan yang tidak menepati standard dan rosak yang dikembalikan, perusahaan Pak Jab boleh dikatakan di ambang kemuflisan.

Setelah berfikir dan menanyai ramai orang, akhirnya Pak Jab mendapat satu idea bernas. Dia mesti membuat transformasi dalam perusahaannya. Bagaimanapun sebelum membuat transformasi ke atas perusahaannya secara total, dia perlu membuat transformasi di dalam kantornya terlebih dahulu.

Lalu semua pekerja di kantornya dipanggil untuk satu taklimat terpenting pada suatu hari. Mandatori.

“Hari ini kita akan bercakap pasal BOS,” Pak Jab membuka bicara.

“Kenapa boss?” Tanya pekerja harapannya Tiby.

“BOS lah yang akan menjadi penyelamat kita semua,” beritahu Pak Jab penuh yakin.

“Memanglah boss, siapa lagi?” Sampuk pekerja kesayangannya, Tikay.

“Bukan boss, BOS. Bi. Oo. Es. Blue Ocean Strategy,” Pak Jab tersenyum kepada semua pekerjanya.

“Blue apa boss?” Tanya seorang lagi pekerja ayam tambatannya, Tishu.

“Itulah yang saya nak bagitahu hari ini.......” Ujar Pak Jab sambil memandang Tishu dan seterusnya pekerjanya yang lain seramai seratus sepuluh orang itu.

Pak Jab mula berceramah tentang Blue Ocean Strategy. Tentang konsep Blue Ocean dan Red Ocean. Baginya ini penting. Apalagi sekarang ini, Perdana Menteri pun bercakap tentang Blue Ocean, jadi kita pun mestilah berzikir tentang Blue Ocean. Itu fikir Pak Jab. Dulu semasa PM bercakap tentang KPI, Pak Jab berwirid KPI. Semasa mantan PM bercakap pasal OSA, One Stop Agency, Pak Jab bernafas pun bunyi OSA...OSA.

Masuk minit kelima, Pak Jab mendengar bunyi kroohhh.....

Celaka! Maki hati Pak Jab apabila dilihatnya Tiby sudah berdengkur. Dilihat di kanan, Tikay sudah melimpah air liur basi. Di sebelah Tikay, Tishu sudah terlopong dengan muka menghadap siling. Memang begitulah ketiga-tiga pekerja kesayangan dan harapan Pak Jab ini, bila ada majlis ilmu, awal-awal lagi mereka sudah ghaib entah ke alam mana.

Pak Jab meneruskan ceramah Blue Ocean kepada pekerjanya yang lain.

Menurut Pak Jab, suasana pasaran sedia ada sekarang dan permainan di dalamnya diibaratkan sebagai Red Ocean. Pasarannya di situ, permintaannya di situ, persaingannya di situ, peraturannya di situ, pemainnya di situ. Semuanya telah diketahui umum. Persaingan yang kadang-kadang mencantas dan memotong leher telah menumpahkan banyak darah dan menjadikan warna laut di situ berwarna merah darah. Sebab itulah suasana itu dipanggil Red Ocean. Tidak selamat lagi untuk di diami.

Red Ocean inilah yang melemaskan perusahaan Pak Jab sekarang ini.

Jadi, satu suasana baru yang tenang perlu dicari untuk kelangsungan hidup. Satu kawasan laut yang biru, nyaman, sesuai untuk mencandat sotong. Satu suasana pasaran yang belum diteroka, yang tidak ada pemain otai yang sedang memonopoli. Tidak ada peraturan lama yang menjerut. Suasana yang masih tiada persaingan yang kejam dan juga suasana yang menjanjikan pasaran baru yang meluas dan menguntungkan. Itulah yang dipanggil Blue Ocean.

Untuk mencapai ini, empat elemen utama perlu dijadikan strategi iaitu reduce, eliminate, create dan increase opportunities. Pak Jab menerangkan satu-satu strategi dengan penuh keyakinan dan bersemangat walaupun diselang-seli dengan dengkuran Tiby.

“Saya yakin 110% bahawa kita semua perlu berenang ke Blue Ocean sekarang!” Kata-kata terakhir yang penuh bersemangat daripada Pak Jab disambut oleh pekerjanya dengan laungan,

“BLUE OCEAN!!!!!!”

“Blue, blue, blue.......” Tiby terlatah apabila terkejut daripada tidur dek laungan kuat pekerja yang lain.

Tok! Tok! Tok!

“Tuan, ada 3 orang pegawai polis sedang menunggu di lobi, boleh saya benarkan mereka masuk?” Setiausaha seksi Pak Jab yang bertudung merah dan berbaju putih jarang muncul di muka pintu membawa perkhabaran.

“Minta mereka tunggu sekejap, nanti saya keluar,” jawab Pak Jab.

Mata Pak Jab beralih kepada tiga makhluk yang sedari tadi mendiamkan diri dalam pejabatnya. Tak lain tak bukan, mereka ialah Tiby, Tikay dan Tishu.

“Baghal punya orang, pasal kamulah, perusahaan aku semakin nak lingkup. Dah berkali-kali aku cakap pasal Blue Ocean.”

“Hari tu semasa boss berceramah pasal transformasi, saya hanya dengar blue, blue, blue saja boss. Itulah yang kami buat tu,” Tikay bersuara.

“Maafkan kami boss, itupun Blue Ocean juga boss. Orang lain belum teroka lagi bidang tu,” Tiby bersuara sambil melihat waktu di jam omeganya.

“Woi baghal, itu bukan Blue Ocean, itu blue film! Mangkuk betul!” Marah Pak Jab sehingga menyembur air liur betul-betul di atas hidung Tishu, sebelum dia meluru keluar untuk bertemu 3 pegawai polis yang pastinya ingin mengambil kenyataannya berhubung isu penayangan dan pengedaran video lucah di kilang perabutnya.

Sejak hari itu, Geng 3T, Tiby, Tikay dan Tishu berazam tidak mahu lagi tidur semasa ceramah apa saja, di mana saja.

Tuesday, April 12, 2011

Malam Ni Aku Nak Berkempen

Ada 3 cerpen aku di Kisah Klasik Kita , dan banyak lagi cerpen-cerpen lain. Silalah ke sana dan undi. Undilah cerpen siapa pun yang anda suka, asalkan bukan Taib Mahmud dan sekutu-sekutu yang sama level dengannya.

Cerpen aku ialah:


Kisah seorang gadis yang baru mengenal erti hidup dan kehidupan.
Klik gambar untuk ke sana.




Kisah seorang lelaki India yang akur dengan kesalahan sendiri.
Klik gambar untuk ke sana.


Kisah lelaki Y yang tercari-cari sesuatu berDNA di sebuah balai polis.
Klik gambar untuk ke sana.

Taib Mahmud, kita serahkan ceritanya kepada rakyat Sarawak. Cerita di atas, aku serahkan pada kamu. Undi jika suka. Gelak jika lawak. Terima kasih.

Monday, April 11, 2011

4 Golongan Layak Cermin Gelap

Cukuplah sekadar cermin tingkap yang gelap
Baru-baru ini, aku dan seorang kawan berkesempatan berborak dengan pegawai-pegawai JPJ. Sambil menyuap mihun si kawan bertanya soalan cepumas.

Kawan: Berapa ukuran sebenar untuk cermin gelap kereta yang dibenarkan?

Pegawai JPJ: Pasal cermin gelap ni, sebenarnya ada 4 golongan saja yang boleh pakai.

Aku langsung meneguk teh, buat-buat tak layan isu ini sebab aku bukannya minat sangat bab cermin gelap ni. Cermin kereta aku semuanya putih sueh lutsinar.

Pegawai JPJ: Golongan pertama, raja. Lepas tu, tok hakim. Ketiganya, yang memerlukan cermin gelap atas sebab-sebab tertentu.

Dia berhenti di situ.... Seakan memancing perhatian.

Kawan: Satu golongan lagi?

Pegawai JPJ: Oh.... Yang keempat ni paling ramai....

Aku tiba-tiba jadi berminat dengan golongan keempat, mungkin kereta aku pun boleh pasang cermin gelap lepas ni. Baru cantik.

Kawan: Apa dia?

Pegawai JPJ: Golongan orang-orang yang degil.

Si kawan lantas menambah mihun ke dalam pinggannya. Aku pula menambah teh.

Sunday, April 10, 2011

Raja Beruk

Siapakah Badruddin dalam hidup
 James Brooke?
Masa aku kecil belum bersekolah dulu, aku cukup boring bila ada rancangan Hari Ini Dalam Sejarah. Masa tu aku manalah tahu apa-apa pasal sejarah. Yang aku tahu Hari Ini Dalam Sejarah terbitan RTM yang biasanya disiarkan selepas berita, hanya akan melambatkan rancangan kegemaran The Incredible Hulk, CHiP, BJ & The Bear dan The Man From Atlantis yang sedang ditunggu-tunggu.

Ada sekali sebelum siaran The Incredible Hulk, Hari Ini Dalam Sejarah menyiarkan tentang sejarah pemerintahan Raja Brooke di Sarawak.

Aku yang masih kecil terfikir-fikir, kenapa, apa dan siapa Raja Beruk itu? Kenapa dia dipanggil Beruk? Kenapa dia dapat jadi raja di Sarawak?

Setelah belajar sejarah masa darjah 4, barulah aku tahu, Raja Beruk itu adalah James Brooke. Cuma aku masih tertanya-tanya kenapa dia dan keluarganya dapat memerintah Sarawak. Dan dinastinya bersambung-sambung.

Sekarang, selepas puluhan tahun, aku rasa pilihanraya negeri Sarawak 2011 inilah peluang keemasan untuk rakyat Sarawak melantik seorang 'manusia' untuk memerintah Sarawak.

Saturday, April 9, 2011

Politik Cover Line Orang Kampung

Setiap subuh pantai berselimut sepi, menanti berita kematian,
dari saujana lautan.... Kata Harmoni

Mimpi apa entah, ayah tiba-tiba meminjam batang kail daripada abang ipar. Dengan sabit terselit di pinggang dan bersemutar, ayah bergerak ke Sungai Kelantan dengan berjalan kaki. Ayah senyum sahaja bila mak berkata,

"Tak payah beli ikan dah nampaknya hari ni."

Menjelang zohor, aku nampak dari jauh kelibat ayah memikul sesuatu. Sampai di tangga, ayah menyandarkan batang kail di situ dan menghempap guni besar yang sedang dipikulnya ke tanah. Seguni penuh berisi pucuk paku! Ikan? Seekor pun tak nampak batang hidung.

Ayah senyum sahaja. Kali ni nampak gigi. Bijak betul dia cover line. Patutlah dia bawak guni siap-siap. Ada plan B rupanya.

Suatu Hari Seorang Cikgu di Malaysia....


"Nais pikcher," kata budak sekolah itu kepada gurunya.

Seorang cikgu baru bertugas di sebuah sekolah rendah di pedalaman Kelantan. Mengajar Inggeris dalam Bahasa Melayu.

Budak-budak excited betul bila dapat cikgu baru, muda dan cun jugaklah. Mula-mula budak-budak panggil teacher, kemudian bila dah mesra dipanggil cher aje. (Sebutan cer macam dalam 'cerita' bukan Cher penyanyi pujaan tu).

Suatu hari seorang budak menegur si cikgu untuk memantapkan vocabularynya,

Budak: Good moring cher, saya nampak pik cher....
Cikgu: Hah! (Terkejut betul dia..... Adakah budak ni juga dah dirasuk kelucahan datuk T?) Apa awak royat awak nampak tadi?
Budak: Itu....Pik cher. (Budak itu menunjuk ke dinding)
Cikgu: Oh... Picture... (Dalam hati, suspen betul hehehe).

Friday, April 8, 2011

Pilihanraya Sarawak: PAS 5 - UMNO 0

Apa? Umno? Tak kenal la...

Umno tak bertanding di mana-mana kawasan di Sarawak. Bukan tak mahu, memang tak dapat.

Dulu aku pernah terbaca di paper utama, masa Umno letak papan berlabel Umno di luar pejabat pun, parti komponen BN yang lain dah bising! Tak perlu, Umno tiada di sini, kata mereka.

Memang BN sebuah komponen yang bersatu padu dan saling memahami.

Thursday, April 7, 2011

Aku Bukan Takut Bini...Cuma...


Salsabila gelak besar melihat
Yong posing maut

Biasanya jika aku tiada kerja di luar, habis waktu pejabat, aku terus balik rumah. Jarang aku nak layan sembang kat kedai kopi selepas kerja. Bagi aku balik rumah lagi afdal.

Sesekali bila kawan ajak, aku join juga. Nanti orang kata anti-sosial pulak. Aku kalau bab berbual, champion jugak. Setakat sejam dua tu tak terasa. Dah masuk waktu Maghrib baru sampai rumah.

Wife aku tak pernah kesah. Dia cool aje. Cuma tuan puteri rumah aku aje yang sound.

“Kenapa abah balik lambat, mama?” Tanya Salsabila, anak sulung aku. Semasa tu umurnya baru 7 tahun.

“Kenapa tanya mama? Tanyalah abah?” Jawab isteri aku.


Dengan suara nyaring penuh tanggungjawab, Salsabila menginterrogate aku.

“Abah! Kenapa balik lambat ? Abah ada teman wanita ke?”

ADOISSHH.





Wednesday, April 6, 2011

Dasar Gay


Gay hanya nampak orang kupas
nyiur saja.

Semua orang pun semacam dipaksa lihat video porno datuk T apabila ianya disebarkan meluas di blog-blog dan paper utama negara.

"Amacam?" Tanya seorang taulan.


"Amacam apa?"

"Apa komen kau fasal video lucah tu?" Tanya dia bila aku buat-buat naif.


"Boleh tahan," jawab aku.

"Kalau rasa itu Anwar ke bukan?" Tanyanya lagi memancing.

"Anwar apa pulak, kenapa sebut nama Anwar ni...?" Aku jadi makin naif.

"Kau kata dah tengok. Dalam Kosmo! pun penuh dengan gambar video tu," Tak sabar betul dia.

"Memang aku tengok di Kosmo! la. Di blog pun aku ada tengok," aku buat pengakuan.

"So...Anwar ke orang lain? Muka dah sama tu bro," Hmmm dia ni masih nak memancing aku.

"Aku bukan bodoh bro...." Aku berhenti dulu sambil perhatikan mukanya. Lalu menyambung.

"Itukan video lucah. Aku bukannya gay nak perhati jantan dalam tu. Aku fokus pada keseksian awek tu saje."

Dia kecewa dan ingin berlalu.

"Woi bro, mamat sorang lagi yang tukang set video tu aku dapat cam, hang nak tahu sapa?" kali ni aku pula memancing.


Dia tak layan dan terus blah. Itulah akibatnya apabila minat kita hanya pada 'seorang' sahaja.

*** Ini cerita adalah pendapat penulis tentang isu video lucah datuk T-bone. Direka dalam bentuk dialog untuk keberkesanan penyampaian dan variety semata-mata. Khas untuk tatapan bro Gedek!

Tuesday, April 5, 2011

Maafkan Saya, Cikgu

Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi...
MRSMKB penuh nostalgia
Pemadam papan hitam kelas kami selalu saja ghaib. Ambil baru, ghaib. Ganti baru, ghaib. Tak ada orang lain yang empunya angkara, mesti budak kelas sebelah yang ambil. Kelas Faraday 2.

Jadi hari itu, sebelum kami semua ke makmal sains, aku mendapat idea untuk berbuat sesuatu untuk menangani krisis kehilangan duster di kelas kami.

Aku tulis satu nota dan masukkan ke dalam kotak kapur bersama duster. Lalu aku terus berlalu ke makmal sains.

Balik dari makmal sains, Cikgu Nik Roseny telah sedia menunggu di dalam kelas. Dia nampaknya baru selesai memadam papan hitam. Di tangannya menggenggam duster. Dan..... sehelai kertas.... Alamak.

"Siapa tulis ni?" Dia bertanya, serius.

Aku terus mengangkat tangan dan berdiri. Baik aku mengaku awal-awal. Aku yakin tiada siapa yang berani membohongi Cikgu Nik Roseny. Menentang matanya pun aku tak berani.

Cikgu Nik Roseny adalah cikgu yang terbaik yang pernah aku jumpa. Dia mengajar matematik moden. Ajarannya mudah, senang difahami. Dia seorang wanita yang cantik, bertudung labuh dan lemah lembut. Memang dia seorang muslimah sejati. Tetapi dia tegas. Aku tidak pernah lihat dia ketawa. Tetapi dia selalu tersenyum. Di kala peperiksaan, aku lihat, dia akan duduk di bucu kelas semasa murid-murid sedang menjawab soalan. Dia membaca surah Yaasin diam-diam di bucu kelas. Dia tidak membuang masa begitu sahaja. Murid-murid pun tak adalah berani meniru lebih-lebih bila cikgu mereka sedang tekun membaca Al-Quran.

"Maafkan saya, cikgu."

Belum apa-apa aku sudah mengaku kalah.

Cikgu Nik Roseny membaca nota di tangannya yang sah-sah ditulis oleh aku. Pastinya aku tujukan kepada pencuri duster bersiri dari Kelas Faraday 2.

"Hoi menatang! Jangan curi duster ini. Pergilah ambil sendiri di pejabat."

Begitulah ayat skema aku. Aku lihat Jenal dah mula mengekek dan sedang menahan ketawa yang lebih besar di dalam perutnya. Malunya aku tak usah cakaplah.

Cikgu Nik Roseny berceramah 2-3 minit kepada aku yang menunduk dan kuncup semacam pohon semalu yang baru disentuh. Selesai ceramah cikgu, barulah aku dibenarkan duduk.

Begitulah cara Cikgu Nik Roseny mendidik dan menghukum kami yang bersalah. Dia tidak pernah menjentik, apalagi merotan.  Al-Fatihah untuk seorang cikgu yang begitu baik.

Monday, April 4, 2011

Oh! Cikgu, Kenapa?

Al-Fatihah untuk cikgu yang telah tiada. Terima kasih semua.
Saya sayang cikgu.
Diambil dari FB Group Guchil Kita. Thanks.

 Hari ini hatiku menangis lagi
Kenapa cikgu?
Tak cukupkah pengajaran kisah lalu?

Cikgu
Semua tahu tugasmu mulia
Tugas kami juga begitu cikgu
Selagi kami tidak menipu dan tak makan rasuah

Cikguku dahulu terlalu baik
Kadang-kadang aku bising juga
Kadang-kadang aku berlari juga dalam kelas
Kadang-kadang aku juga tak buat kerja rumah
Selalunya aku terlepas
Cikgu selalunya membiarkan aku pergi
Sedangkan kawanku dijentik telinganya
Sedangkan kawanku dirotan tapak tangannya
Sedangkan kawanku ada yang digoncang kepalanya

Adakah kerana aku berwajah kasihan dan mengundang simpati?
Adakah kerana aku miskin dan perlu dikasihani?
Adakah kerana aku selalu dapat nombor satu?
Adakah cikgu pilih kasih?

Cikgu, aku cukup menyanjungimu
Aku cukup bangga denganmu
Aku betul-betul menghormatimu
Walaupun kadang-kadang engkau memualkan aku dengan songkok tinggimu
Walaupun kadang-kadang engkau menjengkelkan aku dengan bendera partimu
Walaupun kadang-kadang sesetengahmu digelak kerana berlagak serba tahu
Tetapi bisamu di mataku tak luntur kerana itu

Kenapa cikgu?
Bosankah engkau dengan tugasmu?
Bosankah engkau mengajar budak-budak yang benak dan bodoh?
Adakah engkau berimpian untuk mengajar hanya pelajar kelas A?

Kenapa cikgu?
Lupakah engkau pelajarmu itu masih kecil?
Bila kecil, perangainya budak
Bila perangainya budak, fikirnya singkat, otaknya ketat
Oh! Cikgu

Kenapa cikgu?
Stresskah engkau dengan kondisi hari ini?
Frustkah engkau dengan demokrasi hari ini?
Tertekankah engkau dengan isu-isu kebelakangan ini?
.
Kenapa cikgu?
Stressmu sudah melepasi tahap kawalan?
Apa engkau fikir engkau superman?
Engkau fikir engkau layak memakai underwear di luar dan memakai baju bersaiz ‘S’?
Tak sedarkah engkau cikgu?
Engkau seorang tak dapat mengubah dunia
Tetapi engkau mampu mengubah perjalanan hidup sebuah keluarga
Baik pun boleh, buruk pun boleh
Engkau berkuasa cikgu

Kenapa cikgu?
Lupakah engkau kepada Tuhan?
Engkau bukannya cikgu sekolah missionary yang ada patung dan salib geder di dewannya
Engkau bukannya cikgu di Akademi Fantasia yang asyik menjaga pitching pelajarnya
Engkau bukannya cikgu sekolah memandu yang mengajar orang yang sudah dewasa
Engkau cikgu sekolah agama
Agama apa?
Agama Islam

Kenapa cikgu?
Semua orangpun stress cikgu
Beratus ribu cikgu lain yang engkau wakili....
Mereka pun stress juga, malah ada yang sudah distress
Kasihan mereka cikgu
Tapi dunia ini bukan hujung jatuh mereka dan kita
Di sini bukan matlamat kita cikgu

Oh! Cikgu!
Budak itu baru 7 tahun mengenal kehidupan, cikgu...


Chendering
8.33 pm Isnin 4/4/2011

Tunjuk Power

Cathode Ray Tube
Allahu akbar Allahu akbar.

Azan Maghrib berkumandang daripada Surau Diri Jumaat Hajah Putih Mahami berdekatan rumah aku.

Tok! Tok! Tok! Hellooo...

Aku buka pintu. Cilakak! Berdetak hati kecilku. Time-time begini ada lagi orang nak berniaga. Tak mesra alam langsung.

"Abang. Wa mau survey sikit," satu Cina berperut buncit berdiri di muka pintu. Aku nak halau, nampak tak 1Malaysia pulak. Aku dengar saja, walaupun sebenarnya aku nak pergi sembahyang Maghrib.

"Rumah abang pakai barang elektrik brand apa?" Soalan pertamanya. Sambil matanya meliar ke dalam rumah.

"Barisan National, ooppsss National, " jawab aku acuh tak acuh.

"TV abang berapa inci?" Soalan keduanya.

"21 inci," masa tu tahun 2004, 21 inci kira masih mahal lagi. LCD dan plasma tv belum ada lagi masa tu kot. (Sekarang pun aku masih guna tv 21 inci nih...)

"Abang tahu tv 42 inci berapa harga?" Soalan ketiganya.

"Tahu...RM 400 lebih kurang...." Aku bagitahu.

"Jangan bergurau bang...Betul-betul la," dia tak puas hati. Dia ingat aku main-main.

"Di Makro R300 lebih pun ada...." Aku bagitahu lagi. Makro Bercham dekat dalam 15 minit saja dari rumah aku.

"Itu China made la brader. Ini original punya berapa?" Dia cuba memancing aku lagi.

"Apa beza maa... Dia punya dalam picture tube semua dari kilang Chung Hwa Picture Tube, Shah Alam. Dekat Kampar pun ada kilang buat picture tube. Semua brand pun beli situ punya. Bungkus saja lain-lain. Kalau National bungkus, brand National. Kalau Singer bungkus, brand Singer. Lu tahu tak, remote control tv Singer & Panasosonic boleh share?" Aku pulak bertanya selepas berhujah panjang.

Cina buncit itu nampak terkebil-kebil. Kesian pulak aku tengok.

"Kalau lu cakap itu macam. Wa pergi dulu ma..."

Dia berpusing lalu pergi. Huh! Berguna juga ilmu fizik yang aku belajar masa tingkatan lima dulu.

Sunday, April 3, 2011

Berniat Jahat

 Kenapa tudung yang dibicarakan?
Bukankah itu modus operandinya?

Kenapa menggigit tangan yang cuba menyuap?
Kenapa tak gigit si perompak?

Ahmad Talhah Di Musim Salji

Tajuk: Ahmad Talhah di musim salji
Oleh: Nur Syahidah Afifah (Kak Yong)
Sekolah: 2 Ibnu Sina SKKI, Chendering, KT
Tarikh: 5 Mac 2011

Friday, April 1, 2011

Bila Cikgu Biologi Bengang

Adik beradik Noel & Liam Gallagher
dari kumpulan Oasis
Semua kami dalam makmal Biologi tunduk menikus mendengar Cikgu Che Mat berleter. Jarang cikgu lelaki berleber. Puncanya kerana keputusan ujian kami teruk. Teruk sangat.

"Ingat, awak semua dah tingkatan 5. Kalau soalan basic macam ni pun tak boleh jawab, macam mana nak ambik SPM tahun ni," panjang leteran Cikgu Che Mat.

Aku tahu kenapa sebenarnya terjadi begitu. Soalan ujian yang diberi banyak berkaitan topik semasa tingkatan 4. Itulah yang banyak pelajar tidak bersedia dan lupa.

"Ini satu," Cikgu Che Mat mengangkat tinggi satu kertas ujian pelajar.

"Saya nak fotostat kertas ni dan tampal di serata sekolah, jawab osmosis pun tak tahu apa!" Cikgu Che Mat masih melampias kemarahannya. Tak puas hati benar dia.

Kebenarannya, Cikgu Che Mat bukanlah cikgu paling faveret pelajar-pelajar. Biasa-biasa saja dia. Tetapi dia guru penasihat homeroom aku. Jadi aku respek padanya dan memandangnya sebagai seorang bapa. Bagi aku dia baik dan ada kelebihan tersendiri.

Cikgu Che Mat terus membaca jawapan seorang pelajar di kertas yang dipegangnya dengan nada mengeluh.

"Osmosis adalah kawasan di gurun di mana terdapat air."

Kah Kah Kah

Patutlah ....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...