Friday, April 1, 2011

Potong Stim

Jangan leburkan semangat penjaga gol kita dengan
menyebut perkara yang mereka alergik
"Boss, minta pelepasan petang ni, saya nak attend mesyuarat PIBG," teragak-agak aku memberitahu boss yang tengah tekun mengadap komputer walaupun sekarang waktu rehat.

Sebenarnya, dah berkali-kali aku dok gi-mari depan pintu bilik boss. Last-last aku masuk juga, selepas berdoa ala-ala Sudin dalam Seniman Bujang Lapok.

Boss mendongak dan aku mendengar "Emmmm" daripada boss yang jarang membuka mulut melebihi seinci itu.

Dengan bersemangat aku pergi ke sekolah anak aku untuk menghadiri mesyuarat PIBG. Kali pertama ni. Si kakak sudah darjah 4, Yong pula darjah 2, tetapi tak pernah aku hadir mesyuarat begini. Mulai sekarang, aku mahu menjadi warga dan ibu bapa yang cakna!

Bila pengerusi PIBG membuka mesyuarat, memang nampak kaliber yang ada pada beliau apabila mula bercakap. Suaranya jelas, lantang, bahasanya macam bahasa orang belajar agama, ber ana-ana.

Tiba-tiba pengerusi PIBG melihat seorang otai tua yang berada agak kehadapan. Seorang otai yang dia kenal benar nampaknya, dengan mesra dia menegur sambil mengangkat tangan.

"Abe Joh.... Orang lama kita. Apa khabar? Ana masih ingat cara Abe Joh kendalikan mesyuarat cawangan UMNO dulu. Hebat. ...."

Uhhh.... Mendengar penisbahan kepada Umno, alergik aku tiba-tiba datang dan semangat untuk mengikuti mesyuarat hari itu terus ke Laut Cina Selatan yang hanya beberapa minit dari situ, tidak jauh dari Masjid Rusila.

9 comments:

  1. salam Tuan,
    sabar tuan, rileks rileks rileks.......... (",)

    ReplyDelete
  2. Salam tuan,
    Tuan minat bola juga ke......... mlm ni game best menanti kita tuh,,,,,,,,,,,,,

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum:)

    Mungkin otai tua sekadar nak bukti masih banyak saraf neuron di otak masih OK..ingatan kuatnya pada Abe Joh ..:p

    ReplyDelete
  4. cikgu zam,
    minat juga team kelate, tetapi terkadang dipotong stim oleh nuar musa haha

    ReplyDelete
  5. pn kartini,

    darah type K. keris. haha

    ReplyDelete
  6. Kat sekolah anak gua ajk PIBG nya terdiri dari pelbagai warna baground politik... sama banyak...

    Tapi nasib baik diorang tak campor adok kan politik dengan kepentingan sekolah... cool!

    Kitorang berpegang pada satu motto
    PIBG = Persatuan Ibu-bapa Bantai Guru....!

    Haha!

    ReplyDelete
  7. gedek!
    di sini pun biasanya takde politik sangat, kecuali pengerusi bercita-cita nak jd yb.

    pibg - persatuan ikutan blog gedek!

    ReplyDelete
  8. Ibu bapa ni time bagi peluang komen ke usul ke tak datang... tapi tiap hari je nak komen dan bantai guru... betul la persatuan ibubapa bantai guru...

    ReplyDelete
  9. moksu,
    cikgu sendiri pong ambik peluang jd ibubapa hari tu dan bantai sama. kahkah

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...